Makan sebab stress. Hmm..

14:33

Aku ada satu tabiat yang tak baik. Setiap kali stress mesti nak makan benda yang sedap-sedap. Kalau setakat makan ikan keli, sambal tempe tu pun dah kira sedap sebenarnya. Cuma ada masa bila aku jadi sedikit gedik nak makan konon-konon macam mat saleh. Eheh.

Jadi bila stress dan ada masa atau pun buat-buat ada masa yang tu bahaya. Sebab, kaki aku akan mula meneroka dan menjelajah ke tempat-tempat yang jauh dan menelan kos. Mungkin semester depan kena sibukkan diri, masuk lagi banyak persatuan kot.

Dah lama tak buat food review. Semalam aku punya stress level boleh tahan tinggi. Sebab minggu lepas sibuk dan terkejar-kejar sangat, ditambah dengan seminar lagi. Dah dua minggu tak jogging, itu pun menyumbang juga. Jadi semalam pukul 2.30 petang aku masuk bilik Vivien dan Chuin. "Jom keluar!"

"Pergi mana?"

"Mana-manalah tapi nak makan."

"Chuin tengah pokai tu."

"Oh, masaklah nak?"

"Nak masak apa?"

"Apa-apa je."

"Okay telefon sewa kereta dulu."

Entah macam mana, boleh sampai The Curve, daripada nak pergi pasar je. Haha

Mula-mula Vivien nak makan Nandos, tapi Nandos macam dah biasa makan. Aku cadang kat dia jom makan Bubba Gum. Sebab teringin nak rasa lepas Farah asyik recommend. 

Memang makanan kat Bubba Gump sedap! Sebab tu kot Farah merajuk sebab tak ajak dia. Ramai merajuk dengan aku semalam. Nawal pun merajuk. Sebab dia ajak jumpa banyak kali tapi aku sibuk. Sibuk-sibuk pun boleh terpacak kat The Curve yang sekangkang kera dengan rumah dia. Tu pun dia yang nampak aku semalam. Okay. Sorry sister! Ampun maaf dipinta.


Dah macam panjang la pulak entri ni. Entah kenapa, sekarang macam senang luah macam ni. Gaya naratif. Ikut suka la orang nak baca tak nak baca. Food review bersambung di entri seterusnya. Heeee

You Might Also Like

0 comments