Stop please.

22:52

An ego machine

has less sympathy
has less empathy
will never understand
will never change shoes

It is useless
to keep nearing
to keep bugging
to keep begging
to keep forcing

Sometime
Time is needed
Space is required
Will is re-bounced
Power is acquired


Terfikir #1

14:12


Dan orang-orang yang cetak pemikiran saja yang akan rasa cinta antara lelaki perempuan tu adalah segala-galanya. 
Kalau berkecai yang itu, tanda berkecailah dunia.
Manusia... memang kadang-kadang lupa.

*** 5 Tahun 5 Bulan - Hlovate***

Terfikir: 
Kalau hubungan dengan tuhan tak dapat nak jaga lagi, macam mana nak jaga hubungan dengan manusia? Kalau telefon mak bapak belum cukup lagi hari-hari, boleh bayang tak lepas ada orang lain macam mana?






Rupa di luar tu hanya si kulit yang memberi makna. Nilai diri, dalam tu yang mau kira.
Mana ada manusia yang tak ada masalah sampai boleh jadi sempurna dalam hidup?

***5 Tahun 5 Bulan - Hlovate** *

Terfikir : 
Jangan risau kalau rasa diri tu sangat "insignificant", sebab tak ramai yang menilai dengan mata hati, macam statistik yang Prof Sahar cakap dulu, lelaki lebih tertarik kepada kecantikan wanita berbanding wanita yang tertarik dengan kebaikan lelaki.





Kalau kita sendiri yang tunduk dengan tanggapan orang, memang sampai bila-bila pun kita tunduk aja. Rendah diri tak kena tempat namanya tu.

***Contengan Jalanan, Fend - Hlovate***

Terfikir:
Saya patut bangga kalau saya pelik dan tak ikut stereotaip orang selagi saya tahu apa yang saya buat tu tak menyalahi undang-undang atas sana.




Biarlah kerja lelah asalkan masih boleh ketawa, daripada kerja mewah tapi berendam air mata

***Contengan Jalanan, Fend - Hlovate***

Terfikir:
Saya harap keputusan yang saya jumpa setelah sebelah kaki melangkah ke "The Road Not Taken" dulu adalah yang terbaik buat saya. Kalau ikut takwil hati, apabila perkara yang dibuat itu menenangkan, saya rasa apa yang saya buat ni betul.






Kerja memang bukan lagi dikatakan beban kalau dah tu memang benda yang kita suka lakukan.

***Contengan Jalanan, Fend - Hlovate**

Terfikir:
Saya rasa bahagia sangat lepas mengajar, saya harap saya rasa perasaan ini sampai saya dah pencen daripada mengajar.




Wardrobe Check

00:03


"Well...." Alexei letak garpunya ke pinggan. "You said that the covering-whatnot is to preserve chastity, modesty, and virtue..."

Dash angguk.

"But I don't really see the point of why do you have to cover your head when you're still wearing tight clothes? It's like... the point is moot?" Macam tak ada makna. Alexei menuturkan dengan muka pelik. "Is it about wrapping or covering?" Soalan jujur, bukan sarkastik.

Skinny jeans, hanging tee, kardigan di badan rasa macam menjerut. Terasa nak capai trench coat yang tersadai di kerusi sebelah untuk terus sarung ke badan dengan ayat membunuh Alexei tu. Terasa umpama kena panah petir dan kepala ditimpa pokok besar tiga pemeluk. Bertambah lagi bertimpa-timpa dengan batu-batu granit tiga empat tan, dan hujan batu yang setiap satu butirnya sebesar bola golf yang kelajuannya 110 kilometer sejam merejam bumi.

Sakit!

******* Anthem - Hlovate m/s 552 ********



Jujur. Saya. Terasa. Sekian.

A heart shape

21:02

"I love Fina" A girl wrote that on her paper. I assisted my friend, Farah yesterday to teach English Year 4. It was a priceless experience.

There were five students. My friend's idea was the students had to draw anything to decorate their mini-dictionary. Colourful markers were prepared. They used different colours. Then, we asked them to name the colour and write them in the mini-dictionary.

One student, Khalisah drew love shape. She tried to hide it from me but I caught her. She was trying to hide her drawing from me and I kept teasing her and then she asked, "Teacher nama apa?"

"Fina."

I saw she wrote "I love Fina". I was speechless but then I smiled at her.


*****

We usually report to our coordinator about our class on that day. I told him, a student wrote "I love Fina" and "I love Farah". He told us, "That is a good sign."


******

The simple thing that the girl did, really made my day, although I was tired of standing for two hours non-stop  (it is a policy that every teachers has to obey, no sitting while you are in class) but it vanished in a blink of eye.





Three - 3 - iii

11:56





I'm currently reading three books right now and I have more books to be read but yet I'm eager to go shopping for more books. I know, it is a symptom. A symptom of a shopaholic but I don't shop clothes and shoes, I shop books.

I read based on my mood. If I am having trouble to sleep I will read Great Expectation, I'll doze off after five minutes. I'm sorry Charles Dickens but it's really hard to digest your writing but I have to, because we are going to analyse your novel later.

Week 10 is nearing, the final week for assignments submission. I have to sit in front of the laptop everyday, and it is bad for my eyes. When my eyes are tired I have to stop doing my assignments, so I read Skandalous Ika, as the novel is light and suitable to release some stress.

For Reclaim Your Heart, I read it when I am in a moment of feeling hopeless. When I think I am not good enough, when I feel dejected. Yasmin Mogahed, her writing does soothe my heart, makes me closer to Allah. The book is a present from Ain. I feel like, she sends me an angel.

Diverged

10:12


Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference. 



That has made all the difference. 
Where am I standing right now? 
How I view life? 

It is from a different perspective, and I know if I choose the other choice I might be at my worst.






Take that rage, put it on a page
Take the page  to the stage


MPH

19:05



The bookstore came to me. I don't even need to go to the bookstore to own the books that I just received. So much win! I just sit on my couch and browse through the net, a few clicks there and there and then I got the books! 

Why I would suggest MPH online to you?

1. You don't have to travel to the bookstore, unless you want to burn some calories and you need transport which will cost you few bucks.

2. The delivery charge is ZERO if you shop in one bill for more than RM50. (Penisular Malaysia)

3. The books condition are great

4. You can even send books to your friend, perhaps as a gift?

Why I would not suggest MPH online to you?

1. You need to use online banking/ credit card

2. The service only available on Weekdays, and the delivery is a bit late. I ordered on Saturday and got the books on Wednesday.

3. If your bill is below RM50, you have to pay extra fee for delivery charge.

4. You don't realize that you spend a lot on books because you don't really see it. It is different when you spend about hundred at the bookstore compare to through online shopping.



These are the books that I ordered.

Poskad

21:57

Atas permintaan Cik Farah yang ingin melihat semua koleksi poskad yang telah saya kumpul, maka saya dengan rendah diri ingin mempersembahkan koleksi saya yang masih pada peringkat permulaan lagi. 

Al-kisahnya saya berminat untuk mengumpul poskad ini adalah setelah membaca novel Relevankah Aku di Hatimu (RADHA). Seronok apabila membaca mengenai Akasyah dan Carl Duke Adam yang sering berbalas poskad. Jadi saya pun dengan tanpa segan silu, selalulah meminta-minta dengan rakan-rakan yang dimurahkan rezeki untuk menjejak ke tanah asing. 

Sampaikan ramai yang tahu saya suka mengumpul poskad, maka ada juga yang hantar secara tiba-tiba yang membuatkan saya berasa amat terharu. Setakat ini saya baru ada beberapa poskad daripada beberapa buah negara. Mungkin lebih mudah jika saya senaraikan.

1. Turki

Poskad pertama yang saya dapat adalah daripada Farishah Nur. Dia dengan baik hatinya mengirimkan satu set poskad dan beberapa keping poskad tambahan. Sebenarnya dia tanya, nak apa daripada Turki? Terus saya jawab poskad!!


Kemudian, satu poskad yang saya baru terima daripada sahabat saya yang bermastautin di Russia sekarang, Ain Sakinah. Dia berpeluang untuk menghayati sejarah kegemilangan Turki Uthmaniyyah pada cuti musim sejuk yang lalu. Daripada dia juga saya ambil iktibar, sebelum menziarahi sesuatu tempat, eloklah jika kita membuat sedikit penyelidikan mengenai sejarahnya, baru perjalanan yang memenatkan itu bermakna.




2. England
Sahabat saya yang seorang ini mengejutkan saya dengan sepasang kasut dan tiga keping poskad daripada tiga buah negara yang berlainan. Sekarang dia sedang menuntut ilmu di Eropah sana. Jadi peluang untuk mengembara terbuka luas. Poskad ini daripada Norkhalizatul Akmal,





3. Perancis
Atul baru sahaja menjelajahi kota cinta yang terkenal tu, Paris. Katanya takde apa pun kat sana, setakat Eiffel Tower sahaja. Okay, noted!





4. Sepanyol
Satu poskad daripada Atul lagi, yang panjang tu. Satu lagi daripada Nana, sepupu saya. Main letak je dalam bilik. Hahaha. Mentang-mentang orang takde kat rumah.




5. Beijing, China
Ini pun tidak disangka juga. Balik-balik tengok ada satu sampul surat panjang, ada satu set poskad! Azlin rupanya. Dah la tak tahu bila dia pergi Beijing. Teruk betul saya ni. :(




6. India
Ini baru dapat semalam. Bila berjumpa dengan tuan pemberinya, Kak Syida yang sedang bercuti semester. Pemastautin di Bangalore, India.



Tu pun dia kata ada satu poskad Taj Mahal hilang. Dia ni pembekal kain sari, kalau nak pesan tolong dia belikan pun boleh, 6 meter harga RM60 ke RM70 je.

Selain itu juga, dengan poskad-poskad ini, saya dapat melihat dunia. Saya dapat tahu banyak-banyak tempat yang saya tak pernah dengar pun selama ini. Saya belajar Geografi sampai tingkatan 3 sahaja, jadi tak banyak negara yang saya tahu.

Siapa-siapa nak hantarkan poskad, saya amat mengalu-alukan, tapi atas sebab keselamatan saya tak sertakan alamat rumah saya di sini. Bahaya, mana tahu ada orang nak masuk meminang secara mengejut. hehehe


p/s: Kebanyakan gambar ada satu bentuk bulat bewarna putih, maafkan saya sebab saya pakai flash dan tak perasan gambar jadi macam tu, nak tangkap balik dah malas. Sebab dah simpan. 

Majestic

09:33






Saya sebenarnya dilahirkan di Kelantan tetapi menetap di Terengganu. Keadaan ini menyebabkan saya berasa keliru sama ada ingin menyertai persatuan anak negeri Terengganu atau Kelantan. Saya juga dapat berbahasa Kelantan dan Terengganu tetapi pada kadar yang sederhana dimana saya dapat memahami apa yang dipertuturkan tetapi kurang dapat membalas balik dalam pelat yang sebetulnya.

Oleh itu, untuk tugasan bagi subjek Kenegaraan, dimana setiap individu ditugaskan untuk melawat muzium, saya telah melawat ke muzium untuk kedua-dua buah negeri. Namun, pada pendapat saya muzium negeri Terengganu lebih menarik berbanding muzium negeri Kelantan ini adalah kerana senibina muzium negeri Terengganu lebih menarik dan gah.

Mungkin disebabkan oleh muzium negeri Kelantan terpecah kepada beberapa jenis muzium dan terletak  di tempat-tempat yang berlainan manakala muzium negeri Terengganu pula terletak di dalam satu kompleks yang besar, maka saya lebih menyukai muzium negeri Terengganu.

Sekarang ini, saya perlu merangka satu laporan lawatan, dimana formatnya adalah berbentuk penulisan ilmiah. Tambahan lagi terdapat satu tugasan lain untuk subjek BMW yang perlu dihantar pada minggu hadapan, dimana masih berbaki 13 muka surat. Nampaknya misi saya untuk mengabaikan lambakan tugasan pada cuti pertengahan semester ini berjaya, walaupun perkara ini dilakukan dengan rela hati tanpa paksaan.

Dan kami juga anak jati Terengganu sanggup meredah hujan untuk bergambar di Masjid Kristal

Ked's story?

18:33



I flipped the pages of the magazine, one by one. Just to make sure the 50 minutes journey was well spent. I looked at the guy who sat beside me, hmmm. He's talking to his wife. I looked at the girl beside me, she was staring at the cloud through the window.

I continued reading the magazine. Wow! These shoes do look great. Three different colour of shoes appeared on my sight of vision from Keds brand. A brand that I never found in Malaysia but I had read about it in one of the Hlovate's novel, I guess.

The shoes were really nice! I wanted one.

======================================

Reached home.

Put my bag in my room and looked around. What a messy room. Okay, I had left you for about two months, so this is the time to clean you up. But then, before starting the housekeeping process, I spotted a white weird parcel. Why I called it weird? Because Malaysian's parcel usually in chocolate.

I searched for the sender's address. Brunei house?

Hmmm. Seems familiar. I opened the parcel. Oh my goodness! There was a pair of shoes! A pair of shoes and three postcards!

I took out the shoes, the colour is unique and what made me jump was it is a pair of Keds shoes!!!

I should thank the sender, :)


Thanks Norkhalizatul Akmal binti Mohd Jamil for such nice pair of shoes!

Annyeonghasayur!

14:06


Jumaat yang lalu aku telah berhasrat untuk pergi menumpang ataupun lebih tepat lagi merempat di bilik Syahira tetapi lain yang jadinya, hanya kami berdua termasuk Farah yang mengetahuinya. Bertepatan dengan motto kami "Expect the unexpected". 

Tapi, aku boleh bercerita apa yang aku buat sebelum perkara selepas itu berlaku. Petang Jumaat tersebut Syahira dan aku pergi ke sebuah kafe yang terletak di Subang Jaya, atau lebih tepat lagi berhadapan dengan Taylor's University. Taylor's University mempunyai dua kampus, kafe itu bukan berhadapan dengan Lakeside Campus tetapi yang di Subang Jaya.

Kami sebenarnya tak tahu pun macam mana nak menghala ke sana, terima kasih kepada teknologi terkini yang memudahkan kami mencari jalan, dari UM hanya mengambil masa lebih kurang setengah jam sahaja.

Nama kafe tersebut adalah, The Street Cafe. Ada dua cawangan, satu di Sunway Pyramid dan di Subang Jaya. Syahira cakap cawangan di Subang Jaya yang lebih menarik, nampak macam Korea sikit sebab kalau di cawangan Sunway Pyramid macam kafe biasa sahaja berlainan pula dengan di Subang Jaya dimana pelanggan boleh memilih untuk menikmati hidangan di meja-meja seperti di kafe lain atau di kompartmen-kompartmen yang lebih bersifat privasi.

Sedikit hiasan dalaman kafe tersebut.
Dari dalam kereta lagi, Syahira sudah bising mahu makan Ais Kacang Korea, aku dah lupa namanya dalam Korea apa. Parkjang.... Rasanya sedap! Manis, masam, kelat, berkrim, dan sejuk.Ada buah tembikai lagi kat dalam tu.

Ais Kacang Korea.

Untuk hidangan utama, aku pilih Jajangmyun atau pun Mee Sejuk. Kalau nak diikutkan berdasarkan apa yang aku lihat dalam drama Korea, Jajangmyun ni sebenarnya berasal dari China, tapi setiap kali tengok mereka makan Jajangmyun ni setiap kali aku terasa nak makan, Mungkin sebab gaya mereka makan tu sangat bersemangat itu yang membuatkannya nampak sangat sedap.

Rasa sebenarnya? Sedap! Tak tahu mereka pakai kicap apa, sebab nampak je makan kicap tapi rasa takde sikit pun rasa kicap kipas cap udang tu. Ada ayam yang dipotong kecil-kecil berperisa BBQ, jagung, timun, kentang dalam Jajangmyun ni.

Jajangmyun

Syahira pula pilih untuk makan Bulgogi (Korean BBQ Beef). Aku tak pilih yang ini, sebab sebelum ni aku pergi makan di Taste of Asia di Times Square, rasanya tidak sedap, tapi bila aku rasa yang Syahira ni sedap pula. Rasanya pedas, pedas menyengat kot. Pedas masakan Korea ni agak berlainan kalau nak dibandingkan dengan pedas masakan Melayu. Amaran! Bulgogi ini dihidangkan panas-panas, lebih-lebih lagi dalam mangkuk tembikar.

Bulgogi

Kami juga ada ambil satu lagi set, iaitu set Kimbap dan Toboki. Kimbap ni macam sushi manakala toboki ni kalau ikut terjemahan dalam drama Korea adalah Spicy Rice Cake. Kimbap sedap, rasa macam sushi, tapi bukan macam sushi yang dekat Jusco tu. Toboki pun sedap dan pedasnya menyengat! Nasib baik ada ais kacang yang tu boleh neutralkan balik.


 Lama juga kami berdua di situ. Menikmati makanan satu-satu. Tambahan pula pedas dan panas, memang makan secara perlahan-lahan la.


 Yang penting kafe ini:

1. Halal.
2. Tunjuk kad pelajar, dapat diskaun.
3. JJCM pun pernah pergi.
4. Dapat gula-gula Hello Kitty yang comel!



Farah dan Asiah

14:30


"Call me when you read this tweet" - Ini yang aku nampak bila baca bahagian interaksi Twitter aku. Okay, aku baru tukar kad sim Maxis aku, nak telefon Farah kena periksa baki kredit dulu. Hmm.. Baki dah tinggal sedikit. Tukar kad sim Celcom balik, sebab hari tu baru tambah nilai untuk nombor Celcom.

Jadi aku pun telefon la Farah, "Hello..."

"Hello Fina! Kat mana tu? Kat UP** ke?"

"A'ah. Kenapa?"

"Kita nak pergi sana ni."

"What? Sekarang?" Pada waktu itu aku tengah bersiap-siap tunggu azan Maghrib.

"Fina sibuk ke malam ni?"

"Tak kot. Sorang je ke?" Padahal keesokannya ada forum, ada ujian, ada drama, ada ujian lagi tapi sebab kawan dari jauh nak datang haruslah cari penyelesaian sendiri.

"A'ah. Okay, kita tengah drive ni, nanti kita telefon balik."

Aku ketawa, sebab macam tak boleh nak masuk dalam kepala, yang Farah nak datang kolej aku. Okay, hari Ahad. Malam. Esok Isnin. Ada kelas. Aku ada kelas. Dia ada kelas.

Tapi sebab memang kami dah biasa dengan idea gila tak tentu masa, jadi redah je la. Aku terus cepat-cepat siapkan kerja. Buat perjumpaan dengan ahli kumpulan forum, bagi penerangan sebab aku moderator, jadi tak payah nak hafal fakta sangat.

Tertanya-tanya juga, sebab tadi telefon Farah pukul 7 petang, tapi pukul 9 pun tak sampai lagi. Sebab kerja banyak, fokus pada kerja dulu, tengok-tengok ada panggilan masuk, Asiah.

Angkat. 

"Assalamualaikum Fina! Kitorang dah sampai dah ni."

"Eh!! Asiah pun datang jugak ke? Korang kat mana tu?"

"Heheheh. A'ah. Kitorang kat Bitarasiswa ni."

"Alamak! Tu kampus lama la. Kita kat kampus baru."

Mulalah aku memberikan penjelasan untuk sampai ke kolej aku. Bagi orang yang pertama kali datang memang mengelirukan dah la malam tapi bila dah biasa senang sahaja. Nak masuk UM lagi susah kot. Jejambat depan UM Research tu selalu buat orang keliru.

Kalau nak datang kolej aku ni, ikut papan tanda je. Cuma kena tahu kampus mana satu je la.

Setelah susah payah lalu 4 bulatan (baca roundabout) sampaikan Farah cakap "Dah macam Shah Alam dah tempat ni, banyak betul roundabout." barulah mereka berdua sampai. Mula-mula duduk kafe dulu, sebab dua-dua tengah lapar. Boleh pula buat adengan tiup lilin, nasib baik tak ramai orang. Sebab tak ramai orang juga la Farah tak dapat tangkap mana-mana mamat hensem kat sini dan sememangnya mamat hensem kat sini boleh dikira dengan jari.

Lepas tu borak-borak sambil makan. Aku bawa mereka berdua ni masuk rumah, dah cakap dah, "Stay la kat sini malam ni."

"Tengok la dulu. Kita naik je dulu."

Tengok-tengok boleh kamceng dengan teman serumah aku Nana, Vivien dan Chris. Siap tambah kenalan dekat Facebook lagi. Boleh dikatakan selesa sampaikan Asiah boleh menari-nari Bollywood depan diorang, dan Farah boleh bersenam lagi. =.='

Dalam pukul 2 pagi tutup lampu, aku dah tertidur. Pukul 5 bangun, kejut mereka berdua. Tiga-tiga ada kelas pukul 8 pagi hari Isnin. Gila betul!

Pukul 5.30 pagi Farah dan Asiah balik. Aku pun naik solat subuh, tidur sekejap sebab kepala pening. Nasib baik teks forum dah siap, ujian Bahasa Arab pun macam yakin je boleh buat padahal tadi kabut juga baca sebab nak pastikan ejaan betul. Petang ni ada drama, nasib baik dialog empat baris sahaja, ujian pula ujian pemahaman, jadi kena sambung tidur sejam lagi sebab tadi baru tidur empat jam, dapat tidur sejam pun cukup la nak bagi segar,

Tapi memang terharu sangat Farah dan Asiah datang sini. Sayang, Syi ada ujian juga hari ni kalau tak mesti lagi meriah. Semoga jumpa lagi!