Penyelesaian

21:02

Setiap masalah ada penyelesaiannya. Jadi masalah yang aku senaraikan dua hari lepas, yang sepatutnya bukan masalah besar pun aku macam dah nampak jalannya tapi setakat ni jalan tu nampak kecil je lagi.



Jadual waktu aku tu nampak je menyenangkan, tak padat tapi masalah besarnya ada dua hari kelas yang kebarangkalian besar menyebabkan aku tidak sempat untuk menunaikan solat fardhu Asar. Macam mana nak dapat keberkatan belajar kalau tinggal solat? Kalau solat lewat pun dah rasa tak sedap hati, bila tinggal solat apatah lagi.

Jadi jalan penyelesaiaan yang aku nampak adalah (berdasarkan cadangan daripada rakan-rakan)

1. Minta budi bicara pensyarah untuk masuk lambat atau keluar awal, sebab nak solat Asar. Ini boleh dipertimbangkan tetapi bukan jalan penyelesaian pertama walaupun alhamdulillah pensyarah untuk semester ini semua muslim, jadi senang sedikit la.

Tulisan dah macam apa, baru cuti sebulan.


2. Ulang-alik ke fakulti bahasa pada minggu add/drop subject, untuk tukar kumpulan. Satu subjek paling kurang ada tiga kumpulan, jadi kalau tak boleh nak tukar kumpulan secara atas talian, terpaksalah aku buat secara manual. Ambil borang, isi borang kemudian minta tandatangan pensyarah. Perkara yang leceh untuk proses ini adalah tandatangan pensyarah. Sama ada, pensyarah tersebut nak terima aku masuk kelas dia atau tidak itu yang bakal menjadi persoalan untuk langkah ini.

3. Penyelesaian yang bakal membuatkan aku kurus adalah, berlari-larian ke sana sini, semasa nak tukar dewan kuliah, lepas tu solat je kat mana-mana. Tak payah surau pun, (sebab kat universiti di Malaysia ni memang dah terbiasa solat kat surau) boleh pilih bawah tangga, belakang blok takpun tengah padang. Satu kebaikan lagi, langkah ini bakal memastikan aurat aku terjaga dengan baik, sebab nak solat cara macam ni, baju semua pun memang perlu yang jenis sesuai untuk dibawa solat tanpa memerlukan telekung la.


*Tengok jadual kawan-kawan non-muslim takde pula yang sambung terus sampai tak sempat nak solat asar. Kalau boleh tukar jadual sesuka hati dengan orang lain kan senang.

You Might Also Like

3 comments