Pengat Pisang (Versi kolej)

14:20



A natural cook can really utilize anything to cook.

Semalam teman sebilik aku menggunakan perkakas elektrik yang lebih mesra disebut sebagai rice cooker untuk memasak pengat pisang. Kolej kami hanya benarkan kami membawa rice cooker, pembakar roti dan pemanas air sahaja, kalau boleh bawa dapur, mesin pengisar dan peti sejuk sudah tentu kafe akan bankrap.

Jadi aku mahu kongsikan resipi pengat pisang lebih untuk kelebihan aku sendiri, nanti boleh cuba masak di rumah. Sejak jadi teman sebilik dengan Nana ni, aku makin rajin nak masak kalau duduk kat rumah. Rajin sedikit sahaja tak banyak pun. 

Amaran ini resipi Nana, aku pun takde masa dia masak semalam, sebab hari Isnin jadual penuh daripada pukul 8 pagi sampai 7 malam, jadi balik-balik tengok dah ada pengat pisang mana tak seronok. Untung betul siapa yang jadi laki Nana nanti.




Apa yang anda perlukan adalah:
1 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula putih
4 atau 5 sudu sagu
4 biji pisang beli kat Billion
Garam secukup rasa

Alatan yang penting sekali bagi budak kolej : Rice Cooker

Cara-caranya:
1. Campurkan satu cawan santan cair, gula merah dan gula putih ke dalam rice cooker yang sudah ditetapkan dalam pengaturcaraan memasak. (Dalam Bahasa Inggeris: Cook)

2. Bila gula dah cair, masukkan sagu dan tunggu sehingga masak. (Kalau dah bertukar jernih tu masak la)

3. Masukkan santan pekat dua cawan dan secubit garam.

4. Masukkan pisang yang dipotong serong.

5. Tunggu sehingga mendidih sedikit tapi jangan sehingga mengelenggak. (Dalam Bahasa Inggeris dipanggil simmering)



You Might Also Like

2 comments