Aigoo!

07:42

Dua malam berturut-turut, aku dapat kesempatan untuk berbual dengan beberapa orang pelajar antarabangsa yang berasal dari Korea. Satu pengalaman yang sangat menyeronokkan dan meletihkan juga. Seronok sebab dapat berbual dengan orang asing, meletihkan kerana kedua-dua belah pihak cuba untuk berbahasa dengan cara yang paling mudah sekali, agar dapat difahami semua.

Bagaikan ayam bercakap dengan itik.

Yang lebih aneh adalah, Ko Ki Ug Oppa (23 tahun) pelajar sains sukan lebih fasih berbahasa Inggeris berbanding pelajar TESL. Apabila aku tanya kepadanya, "Dimanakah dia mempelajari Bahasa Inggeris?" Jawapannya, "Di sekolah, dari sekolah rendah sehingga ke universiti."

Aku bertanya kepada Park Oppa (24 tahun), "Kenapa belajar Bahasa Melayu?". Jawapannya adalah, dia ingin menghasilkan filem. Aku terfikir juga, dia hendak buat filem melayukah? Kelakar juga apabila dia menyebut perkataan panas, yang keluarnya "panase".

Banyak lagi perkara yang menarik dan yang paling melucukan adalah, mereka sangat terkejut apabila ada diantara kami dapat berbahasa Korea dan pengetahuan kami yang sangat luas mengenai industri hiburan Korea. (My friends are fanatic fan of Kpop). Komputer riba mereka dipenuhi dengan pelbagai jenis drama, lagu, filem dan rancangan tv. Kalau bosan, aku hanya perlu minta sahaja. Running Man yang banyak tu pun aku tak sempat nak habiskan. Tunggu cuti nanti la baru boleh layan.

*This past few days, I slept past 12 am which is late for me.   Aigoo!!! Anneyonghassayo.

You Might Also Like

0 comments