Percaya

20:28

Hari tu aku dan kawan-kawan ada tempah sesuatu untuk kawan kami yang berada di benua lain yang jauhnya beribu batu. Kami membuat tempahan melalui internet, dan kedainya berpusat di negara yang sama dimana kawan kami itu berada.

Tempahan yang dibuat pada saat-saat terakhir, dan pekedai itu sanggup menghantar tempahan tersebut kepada rakan kami di sana, tanpa kami membuat bayaran terlebih dahulu. Terdetik di hati aku, "Kenapa dia percaya yang kami akan menjelaskan bayaran itu nanti? Sedangkan kami tidak memberi sebarang jaminan. " Kagum betul aku dengan sikap mereka.

Kalau kami ini orang yang tidak jujur, pasti kami tidak menjelaskan bayarannya, tapi kerana kami ingat mati, kami cuba mencari jalan penyelesaiaan yang termudah untuk melangsaikan hutang tersebut. Apatah lagi melibatkan tukaran mata wang asing, dan kami sendiri kurang memahami bagaimana transaksi perniagaan dijalankan disana.

Apa yang aku ingin tekankan di sini adalah, nilai percaya mereka sangat tinggi dan aku bagi tabik spring kepada mereka. Rasanya tidak perlulah aku hebahkan negara mana, takut nanti ada orang suruh aku keluar dari Malaysia tanah air tercinta disebabkan aku membandingkan negara sendiri dengan negara lain. hehehe


Ini klu untuk negara manakah yang aku maksudkan.

You Might Also Like

7 comments