Rasional

20:47

Hujung minggu yang macam bukan hujung minggu.

Kelas hari Sabtu, kem hari Ahad. Lantas, membuatkan minda aku malas untuk mengulangkaji. Padahal peperiksaan itu bakal menjelma tidak lama lagi. Pejam celik, pejam celik hari penentuan menjelma. Oh, terbayangkan hari penentuan kepada segala penentuan pula.

Teringin nak pergi Big Bad Wolf sekali lagi, tapi bila tengok jumlah terkumpul di dalam akaun bank, lebih baik diteliti dahulu. Aku bukan anak bangsawan, semudah itu mendapat wang.

Mungkin lebih baik, kalau aku habiskan masa di gedung ilmu di perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran, agar lebih tenang hati apabila pulang ke rumah nanti.

Rasional perlu mengambil alih.

You Might Also Like

2 comments