Handbagging

07:44

There is no such word as handbagging. I create it and I don't know either the linguists will accept it or not. 

I chose handbagging over backpacking and that cause me back ache. Sakit oi!


Salah sendiri juga, konon tak nak nampak pelik masuk shopping mall pakai backpack yang besar gedabak tu.

Sebenarnya saya tengah stress hari tu. Okay bukan la stress sangat pun. Tapi desakan dalam diri tu atau mungkin si Id (ini hasil menelaah subjek pembangunan sahsiah) yang mempunyai naluri binatang itu membuatkan saya mengambil keputusan drastik untuk mencari makanan-makanan sedap. (Sila baca "good food")

Mungkin juga faktor duduk dalam tempat tu, asyik-asyik makan nasi bungkus. (Okay kena bersyukur dapat juga makan). Lepas tu, takde air lagi and I've been studying everyday except for weekend I do procrastinate a bit. Okay manusia memang suka bagi alasan kan. 

Nak cerita saya pergi berjalan ikut kehendak hati je. Tanpa perancangan rapi, setakat bawak toiletries dan baju sehelai, (I pakai jeans boleh jimat seluar, baju kat bilik berlambak tak basuh lagi) dalam handbag besar gedabak, okay tu sebenarnya handbag buat balik kampung.

Photobucket
Inilah beg besar gedabak tu

Kebetulan roommate pun nak pergi Mid Valley sebab nak teman kawan kitorang shopping dress for christmas. Rupa-rupanya diorang pakai baju baru jugak untuk Christmas. 

Masa tu dah duduk dalam Library, dah bukak laptop nak buat revision untuk Listening and Speaking tapi badan macam letih, otak pun blurr terus hantar sms pada roommate, "Nak ikut pergi Mid Valley boleh tak?"

Lepas tu terus keluar daripada Library, pergi naik bas sebab nak tukar beg. Everyday, I carry a backpack full of files of notes, few books and a super duper heavy laptop. Memang bakar kalori kalau kena berdiri dalam bas tambah pulak kena naik tangga sampai tingkat atas yang 4 tingkat tu.

Tunggu bas nak gerak adalah dekat setengah jam, memang frekuensi bas yang ada sejam satu bas. Kalau terlepas bas memang baik pergi melantak dulu la.

Oh panjangnya cerita pasal pelan tiba-tiba ni.

Naik KTM, kena tunggu dalam setengah jam lagi dekat Stesen Tg Malim, sampai Rawang kena tukar train lagi dalam setengah jam jugak. Ada la dalam dua jam baru sampai Mid, nasib baik tiker RM3.60. Rugi tau kalau takde kad diskaun KTM tu, dapat 50% diskaun!!


Mula-mula menjelajah cari makan. Sampai waktu lunch hour dan sekarang cuti sekolah dan Mid Valley tu tak pernah takde orang, memang pusing-pusing la cari tempat nak makan. 

Masuk Kenny Roger's. Dapat duduk makan. Alhamdulillah.

Lepas tu pergi solat Zuhur, terus berpecah. Masuk coffee bean semata-mata nak minum caffeine tapi pilih Double Chocolate with Coffee sebab takut overdose caffeine nanti terus pening, macam mana nak study?

Tapau Tako Tao, sebab lama tak makan lepas tu bawak buah tangan nak pergi tidur tempat orang. Okay, pelan berubah, masa dalam bas dekat kampus tiba-tiba sms Asiah, "Can I stay at your place for a night?"

Sebabnya nak jumpa Cik Asiah kita ni susah, dia ni terlampau aktif dengan kolej kesayangannya KUAZ tu.

Sebab nak jimat kos, dari Mid naik bas ke LRT Universiti. Kat LRT Universiti tu lama juga kena tunggu bas, kebetulan satu bas rosak.

Naik bas baru pakai RM2 tapi kalau naik teksi RM7. Okay RM5 tu boleh beli Tako Tao. Terkejut kot bila naik bas masuk dalam UM. Ramai betul Indon! Mula dari depan Fakulti Law dah naik sikit, Fakulti Kejuruteraan dah penuh bas tapi tak padat lagi. Sampai kat belakang Library, padat macam sardin! Okay, Indon ni memang tak nak kalah, semua berebut macam orang tak bertamadun. =.=' Sampaikan aku nak turun kat depan PASUM tu pun susah.


Jalan kaki dari PASUM ke Kolej 11. Mengimbau memori tengok bangunan PASUM, tengok kolej 12. :') Sampai kat Kolej 11, sempat lagi usha orang main tenis. ( Okay tak senonoh!)


Petang tu Asiah siap buatkan teh lagi, minum petang sambil makan Tako kot. Syira ajak keluar, tanya nak makan mana??

Apa lagi, jawapan aku "Mahbub!!"

Mahbub ni kedai Nasi Beriani dekat Bangsar, depan Bangsar Village 1. Cuba la Nasi Beriani Ayam Madu Mahbub, terbaik!!

Lepas  tu jalan-jalan nak duduk kejap. Ada la dalam tiga kali kami pusing Jalan Telawi yang tak sebesar mana tu. Dulu senang je, lepak Starbucks, sekarang boikot!!

Alih-alih pergi Bisou! Sebelah Bisou pulak ada Chatime. Okay la tu. Ambil syarat nak duduk situ kena la beli makanan satu, tengok rainbow cakes tu. Teringat kesedapannya, tambah-tambah cupcakes nampak tak menarik, jadi pilih Rainbow Cake!

Photobucket



Atul called from Bristol! Seronok betul mak cik sorang tu meronda keliling UK.

Kedai tutup, kami pun balik. Kedai kat Bangsar ni kebanyakannya style macam oversea semua tutup awal.

Malam tu tengok-tengok video kitorang dulu. Kelakar gila, video syok sendiri la banyak, video karaoke pun ada. Okay rindu korang :(

Keesokan paginya hari Khamis. Sebenarnya aku tak tahu lagi nak balik bila, tapi teringat dekat sebakul baju yang belum dibasuh lepas tu air pun dah ada, jadi aku balik pagi tu. Sebelum keluar dari UM, sempat jumpa Ain dulu dekat bilik dia, borak la juga sekejap.

Mula-mula nak pergi makan Nasi Lemak Kak Liza dekat KK12, tapi segan la pulak pergi sorang-sorang, jadi terus ambil teksi untuk ke LRT Uni, malas nak jalan, tak breakfast lagi tau!

Photobucket
Sempat lagi ambil gambar LRT Uni.

Sampai di KL Sentral pukul 10.00 pagi, mula-mula pergi tengok tiket ETS, tak sempat nak beli yang premium yang harga RM10 tu, yang ada Gold Class tapi pukul 12, lambat lagi. Baik naik KTM, harga RM3.50.

Pergi breakfast kat KFC, sebab dah lama teringin nak makan KFC's breakfast tapi tak sempat.

Sempat pergi tinjau-tinjau MPH booksale, tapi sebab baru borong kat BBW rasa serba salah pulak nak beli buku baru, buku yang beli hari tu tak habis baca lagi dah la nak exam.

Pukul 10.45pagi dah naik KTM. Habiskan Vampire Diaries dalam tren, bila transit kat Rawang sempat aku habiskan kek Turkish Indulgence, kek Secret Recipe yang selalu habis bila aku nak beli. Dalam tren ke Tangjung Malim, aku baca nota Linguistic, terus tertidur. =.='

KTM tu pun takde orang, jadi memang aku duduk bersila terus la.

Photobucket
Tak berorang


Sebab nak jimat duit lagi dan bahaya naik teksi dengan Pak Cik India aku jalan je ke kampus. Dekat je ha, dengar mp3 kaki berjalan. Orang pun ramai, ada pejabat pos, ada balai bomba, ada kedai makan, student berjalan-jalan, kalau jerit insyaAllah ada orang dengar.

Photobucket
Great pair of shoes will bring you to great places :)

Balik bilik terus kemas bilik yang macam tongkang pecah, basuh baju pakai mesin. Tak larat nak memberus. Duduk tunggu turn punya la lama, boleh habiskan 50 soalan sudoku yang peringkat senang tu. Tu pun tak sampai turn lagi, naik bilik kawan tengok movie siap, adalah sampai ke petang. Malam tu terus rasa tak larat, pukul 9 dah tidur. Bila tidur pukul 9 plan nak bangun pukul 4 pagi, boleh study, tengok-tengok pukul 5 jugak, tapi okaylah daripada tak bangun-bangun.

Post ni macam random gila, rasa nak tulis aku tulis. Kalau rasa tak nak, aku tak tulis. Seronok juga macam ni. Bahasa pun macam terabur, gambar pun malas nak edit tapi memang seronok pergi berjalan tanpa tujuan, kadang-kadang ikut kata hati ni seronok, tapi tak baik diamalkan selalu. Yang aku tau, tujuan aku pergi berjalan sebab nak makan benda-benda yang lain sikit.



You Might Also Like

3 comments