Main masak-masak

18:09

Hari ni hari Ahad dan aku dah balik kolej sejak semalam lagi. Cuti kali ni, sempat duduk kat rumah dalam tiga hari sahaja. Hari Rabu dah pergi bercuti. Sebab itu la banyak sangat gambar yang aku post. Semua tu kat Penang dan Taiping sahaja.

Sabtu dah balik kolej. Tengahari buta juga la. Sampai kolej terus kemas bilik, kemas barang. Basuh baju, cadar, kain telekung semua. Habis RM6 sebab pakai mesin basuh dan mesin pengering. Malas nak basuh tangan, duit terkorban. Nasib la.

Teman sebilik pun datang awal, biarpun rumah dia tak sampai dua jam dari sini. Kali ni dia bawa periuk nasi, aku pula bawa pembakar roti. Jadi dari pagi tadi, makan kat dalam bilik je la. Pagi-pagi makan roti bakar, tadi tengahari makan roti bakar jugak, sebab terlampau sibuk buat tugasan.

Jam 3 petang tadi, baru kami mula memasak. Memasak pakai periuk nasi. Masak apa? Spaghetti sahaja. Kami kan "Mat Salleh". 

Kolej ni benarkan kami bawa periuk nasi dan pembakar roti. Dapur gas je tak boleh dibawa, kalau tak mesti kafe tak boleh jalan. Dalam rumah kecil comel kami ni pun ada bahagian dapur. Kecil tapi cukup la.
Photobucket
Sinki

Photobucket
Sedikit ruang yang boleh digunakan


Hari ni kami mencuba spaghetti dulu. Kekurangan bila pakai periuk nasi ni, lambat nak masak. Jadi ambil masa yang lama juga la nak masak spaghetti yang mudah ni. Bahan-bahan yang kami pakai tak banyak pun. Spaghetti, sos Prego, tomato, bawang putih, sosej (sebab tak jumpa daging kisar), lada hitam dan perencah cukup rasa.

Photobucket


Mula-mula, didihkan air untuk lembutkan spaghetti tu. Bila air dah nak mendidih, masukkan spaghetti yang masih keras kejung tu. Tunggu lembut sedikit sehingga boleh dilenturkan sebab nak bagi semua tenggelam dalam periuk tu. Lepas tu tutup periuk. Sambung buat tugasan yang tertangguh. Tempoh masa 10 minit.

Photobucket


Sebelum sambung buat tugasan, potong dulu bahan-bahan yang perlu dipotong: bawang putih, sosej dan tomato.

Photobucket

Photobucket


Nak tengok masak ke tak, rasa la, cubit sedikit spaghetti tu dan makan. Kalau keras lagi, tak masak lagi la tu. Lepas spaghetti tu dah masak, toskan.


Cuci periuk tu. Panaskan biar air kering, dan masukkan sedikit minyak. Macam biasa la, tunggu dah panas baru masukkan bawang putih.

Photobucket

Aku tau, buat spaghetti ni senang je. Semua orang tau tapi aku nak tulis jugak. Heeeeee. Lepas bawang tu nampak kekuningan, masukkan la sosej. Kalau ada daging kisar kan sedap, tapi kedai runcit depan kampus tu tak jual daging kisar.

Photobucket

Lepas, sosej tu dah masak, masukkan sos Prego. 

Photobucket

Tambah air sesedap rasa. Biarkan, tunggu biar mendidih. Kami sempat sembahyang Asar sambil tunggu ni mendidih.

Photobucket


Nak senang, pakai perencah Cukup Rasa, walaupun tak berapa bagus dan lada hitam. Orang Malaysia memang tak boleh tak pedas. Tambah air sikit lagi, kalau nampak pekat sangat.

Photobucket


Photobucket



Taraaaaa!!! Dah siap, resepi bujang pakai periuk nasi. 
Photobucket

You Might Also Like

4 comments