Hikayat bergambar

10:07

Semalam, aku buka fail aku. Fail yang mengandungi kertas-kertas warna. Sebab aku rasa aku sudah lama tidak menggunakan daya kreativiti aku. Kreativiti penulisan dan kreativiti mengeksploitasi kertas dan warna itu lain.

Lalu aku terjumpa kertas ini bersama-sama gambar aku semasa di PASUM.

Kertas yang meragut hatiku. Sedih kerana aku rasa kosong. Kosong di mana, aku tidak lagi dapat menyelesaikan permasalahan seperti ini. Rasa sedih sangat. Aku sangat mencintai Matematik tetapi ilmu itu sudah pergi. Aku rasa rugi. Ilmu sepatutnya ditambat, tetapi aku telah melepaskannya pergi berlari mengikut angin. Soalan seperti ini tidak dapat aku selesaikan. Sungguh aku rasa ingin menangis.

Photobucket



Gambar-gambar yang aku jumpai aku gabung bersama dengan gambar-gambar yang telah aku pamerkan di ruang almariku. Kukumpulkan semua dan kuletakkan di sudut dinding kepala katilku. Keluarga dan rakan-rakan. 

Photobucket


Ini bukan hasil kreatif, tetapi sebagai peringatan kepadaku. Kalau orang tahu,
-Betapa aku sangat menjaga berat badan sekarang 
-Betapa aku sedang berusaha untuk mencapai keputusan 4 rata.
-Betapa aku tidak ingin mendapat mudarat kerana komputer riba
-Betapa aku ingin menjadi gadis yang baik mengikut skema Allah

Tentu orang tidak akan pelik apabila membaca catatan yang aku tampal di dindingku ini. Jika dia tahu,
Kenapa aku jaga berat badan? Sebab aku ingin sihat. 
Kenapa aku inginkan keputusan 4 rata? Sebab aku sudah terbiasa mendapatkan yang terbaik.
Kenapa hanya komputer riba? Kerana ini tabiatku yang sukar dikikis
Kenapa ingin jadi gadis baik? Siapa tidak inginkan syurga?

Photobucket

Adik lelaki aku yang aku panggil Abang kerana dia anak lelaki pertama dan aku juga rasakan dia seperti abangku dan juga adik dalam masa yang sama. Kompleks betul. Aku anak sulung dan satu-satunya perempuan. Sudah terbiasa dengan perlindungan.

Abang pandai buat Milo. Milo dia sedap dan aku selalu habiskan tetapi bukan senang nak dapatkan Milo dia. Abang baru berusia 15 tahun tetapi sibuknya mengalahkan aku. Seorang pemain bola keranjang yang tegar, aku harapkan dia tidak menjadi mata keranjang. Maksud tegar aku adalah, cutinya dihabiskan dengan kemana-mana yang untuk bermain bola keranjang. Kalau cuti bukan di rumah tetapi serata Malaysia. Selatan, Utara, Timur, Barat.

Orangnya pandai, dalam sibuk mewakili negeri, dia tidak berjaya mendapat A untuk Pendidikan Islam dan Geografi sahaja untuk peperiksaan percubaan. Kita tengoklah keputusan PMR dia nanti, dia sudah tambah masa belajarnya, agak-agaknya macam mana ya?

Terlebih bercerita pula. Dia risaukan aku tiada stok Milo sebenarnya. Lihatlah, aku masih mampu bertahan dengan Milo tapi mungkin akan bertukar pula pada Vico.

Aku sedang berperang dengan Starbucks dan Mc Donald. Sudah beberapa kali aku mengendahkan Starbucks. Betapa aku teringin untuk menikmati Cookie Crumble, tetapi ditahan. Tunggulah kalau aku jumpa Gloria Jeans ataupun San Franscissco takpun Coffee Bean, pasti aku minum!
Photobucket

Bagaimana aku boleh berhikayat panjang pada pagi ini? Aku sedang berada di dalam perpustakaan. Ingin mendalami ilmu Linguistik, yang pada mulanya aku rasa mudah kerana aku suka padanya. Namun, rupa-rupanya (tinggal tempat kosong).

Sebenanya linguistik adalah subjek dimana aku mendalami bahasa daripada sudut saintifiknya tetapi aku sedang melayari internet. Mendengar muzik daripada YouTube. Satu aktiviti yang aku sangat ingin lakukan sejak di UM lagi. Mendengar muzik di dalam perpustakaan tetapi semasa di UM dulu, tiada kesempatan.

Tengoklah gambar itu, disebalik kabus tebal itu adalah Banjaran Titiwangsa. Sekarang, kabusnya sudah hilang dan gunung itu cantik. 

Photobucket

You Might Also Like

4 comments