Pantang

17:23

Pantang nampak buku. Kalau nampak mesti nak baca, kalau nak baca selalunya kena beli la, kecuali kalau nampak buku di perpustakaan.

Minggu ini, pesta buku sedang berlangsung selama seminggu. Disamping itu, terdapat juga PC Fair. Memang poket tu macam bocor je. Duit mengalir-ngalir. Dah la, dah habis RM200 untuk buku dalam kelas je. Makanya memang mencuba yang terbaik la untuk mengurangkan perbelanjaan, tu pun ada sedikit kegagalan.

Di pesta buku tu, ada gerai Jemari Seni dan aku memang peminat setia Jemari Seni dan JS Adiwarna. Memang tak boleh tahan diri daripada tak beli. Maka beli la buku-buku yang ada potongan sebanyak 30 peratus, yang tiada potongan atau yang kurang daripada itu jeling-jeling je.

Maka dengan kesbaran daripada untuk tidak memilih banyak buku, aku berhasil memilih 3 buah buku dan menghabiskan RM42 sahaja. Novel-novel yang berjaya dimiliki adalah, Gadisku Wan Adnin (Noor Suraya), Urusan Cinta Belum Selesai (Imaen) dan Kisah Cinta Seribu Wajah (gabungan penulis-penulis JS dan JS Adiwarna).

Photobucket
Pencahayaan terlebih terang di balik sana

Lagi seronok, dapat tandatangan daripada Kak Su, Abang Imaen dan Abang Hafizul. ^^


Photobucket
Ini dalam novel Kisah Cinta Seribu Wajah.

Beli buku tu hari Isnin lagi, dapat tandatangan Abang Hafizul masa hari Isnin sebab dia jaga gerai tu hari-hari, jadi dia memang sentiasa ada la. Tapi, tandatangan Kak Su dan Abang Imaen baru dapat tenaghari tadi. Rasa gembira dan seronok :)

Lepas tu, menjenguk juga PC Fair, tapi tiada apa yang menarik. Gerai-gerai baju kat luar lagi menarik, tapi bajet takde, maka cuci mata je la. Rasanya gerai-gerai baju yang lagi menarik, tapi nasib baik aku ni bukan orang yang suka membeli belah baju dan aksesori. Cuma bila datang anginnya sahaja, memang duit terbang.

Photobucket

Kawan-kawan semua rambang mata nak pilih bangle, cincin segala bagai, tapi aku tak pernah berminat. Setakat tengok dan mengesyorkan yang mana lawa sahaja. Entah la, "Accessories and jewellery never attract me".

Mungkin pelik sikit, tapi aku tak pernah pakai subang, cincin dan kalau gelang tu memang takkan tahan sehari. Payah jugak kan?

Mini Reunion : Adventuring !

16:39

Have you ever wonder to walk over a tree ?

Have you ever wonder to gliding through the air ?

Tak larat nak tulis banyak-banyak haa. Tak cukup masa, nak balik uni, maka tujuan post ini adalah untuk bagitahu, aku dah cuba SkyTrex !!


Memang, RM45 tu berbaloi-baloi. ^^


Maka, quick update lagi, bahasa pun dah rojak. Tengok gambar je la ya kawan-kawan :)

Photobucket
Pagi : Dari rumah Nawal



Photobucket
Baru sampai Taman Pertanian Bukit Cahaya


Photobucket
Nak naik bas, nak masuk dalam hutan


Photobucket
open air bus

Photobucket
Mendaftar :)


Photobucket
Gambar lepas habis, main.

Photobucket
Ramai yang terkejut, bila kami cakap kami main Extreme Challenge



Photobucket
mengganas


Photobucket


Photobucket
Dengan Insturctors

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Lepak-lepak


Photobucket


Photobucket

Photobucket


Photobucket
Paan dan Idham, lambat !

Photobucket

Photobucket
Group pictures !!

Photobucket

Photobucket
Dah nak balik dah masa ni.

Translating

15:44

Saya rasa saya nak bekerja separuh masa, tapi dalam masa yang sama, kerja ini membantu pelajaran saya. Apakah pekerjaan itu?

Menjadi penterjemah mungkin.

Mengembangkan kosa kata Bahasa Inggeris disamping memantapkan Bahasa Melayu. Siapa yang berminat untuk saya terjemahkan nota-nota, atau bahan bacaan, sila email saya di sini 

jasmin_al_zahra@yahoo.com 

Seratus perkataan RM1. Daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu.


Ini serius. HAHAHAHA

Iliya berlakon?

21:49

Saya memohon maaf, sebab saya mengabaikan blog ini. 
Saya memohon maaf, kerana saya tidak berkesempatan untuk melawat blog-blog lain.
Saya memohon maaf, saya tidak berkesempatan untuk mencedok serba-sedikit isu-isu semasa.
Saya memohon maaf, kalau saya terabaikan rakan-rakan.
Saya memohon maaf, oleh sebab komen-komen anda di blog ini, mahupun di Facebook, tidak mampu saya balas.



Kat sini susah nak dapat Internet Connection. Kolej baru, fasiliti tidak lengkap lagi. Maka, saya cuba untuk hidup di dalam dunia tanpa internet. Nyata, saya agak mereng seketika. 

Bukti?

Saya tidak pernah gosok baju sampai, tiada pakaian yang perlu digosok lagi.
Saya bangun pukul 5pagi dan kemas rumah sampai pukul 10pagi.
Saya mengkhatamkan dua buah novel dalam masa dua hari, kemudian saya pinjam lagi empat buah novel di perpustakaan. 


Saya masih bertuah kerana, perpustakaan di sini, menyimpan koleksi novel-novel yang banyak dari pelbagai bahasa. Bahasa Arab pun ada. Tapi, saya buta bahasa arab, hanya beberapa perkataan sahaja yang saya faham.


Jadi, saya juga mencari hiburan sendiri kadang-kadang. Maka berbekalkan tiket berharga RM2, saya dan rakan-rakan menuju ke Panggung Eksperimen untuk menikmati teater Inggeris. Kami tiada Panggung Wayang, kami hanya ada Panggung Eksperimen.

Setelah, solat Maghrib, kami turun. Beginilah suasana di kolej saya,

Maghrib, ada juga pasar malam. Gerai sebenarnya.




Salah satu sebab utama, selain daripada mencari hiburan adalah, ingin melihat sahabat saya dari zaman sekolah menengah, Iliya. Dia pun berlakon juga. Sila cari gadis berbaju putih, berskirt biru dan bertudung biru di dalam gambar di bawah. Itulah Iliya.


Disebabkan malam, adalah waktu pasif saya, maka saya memang cepat mengantuk. Percayalah, saya tidur pada jam seawal 11malam, kalau diberi peluang, pukul 10, saya sudah lena. Jadi saya hanya dapat fokus pada persembahan teater kumpulan pertama dan kedua sahaja. 

Kumpulan Iliya merupakan kumpulan kedua, ceritanya lebih kepada cerita sebenar disebalik cerita-cerita puteri-puteri fantasi, Snow White, Cinderella, Aurora (Sleeping Beauty) dan Belle (Beauty and The Beast). Lebih kepada perangai sebenar mereka disebalik wajah "innocent" yang dipaparkan.




Selepas persembahan kedua, kami disajikan dengan tarian Oppa Gangnam Style. Macam tak percaya pelajar-pelajar di sini boleh menari dengan hebat sekali. Tapi saya yakin, mereka bukan bakal cikgu, kerana mereka pelajar Fakulti Kesenian. Ingin juga saya muat naikkan video tarian tersebut, tetapi kadar kelajuan internet di sini amat kritikal. Ini pun, nasib baik dapat post entri ini.


Baiklah, sampai di sini sahaja. Yang pasti saya rasa seronok belajar Bahasa Inggeris sekarang. Tidak rasa terbeban seperti belajar Sains, mungkin bila minat yang susah pun rasa boleh redah. :)

@awesomeatul

18:25





A special post for Atul, today is the day. She will be going to Southampton, to further her study. Be strong Atul. I know you can do it.

Semoga Allah sentiasa melindunginya.

Pictures update

18:05


Photobucket
Tengok, gambar siapa ada kat locker kita ?? Gambar family ada juga, tapi pintu sebelah lagi.

Photobucket
Postcard. Dalam gambar tu tempat sesi pembelajaran. Antik gila.








Photobucket
Hiburan untuk weekend kali ini.




Photobucket
Tumbler yang Atul bagi, baru dua kali guna, sebab baru dua kali tak puasa. :)

Ranting, as usual.

10:01

I don't have much time to do blogging.

The real reason is because I barely get the internet connection. When I am bored, I read or write. Well, you can look at my unknown project of writing, it has reached chapter 13!! Check it out here.

First week of lectures, I already got lots of assignment. Well, this is just a bit of it, I wonder how will it be in the few weeks before the Final Examination.

I can't do blogwalking much. Sorry everyone and sorry to myself too, I don't know what happened out there. I never get hold to the latest newspaper for about two weeks. Pity me.

I should be updated, as I need to do an assignment about the controversial issues. Comparing the pros and cons but I have no idea yet, what topic should I focus on.

Now, I am in the library, alone on the second floor. It is kind of therapy to be in a very quiet place, and I will borrow few books to fill my weekend.

Seriously, I want to go home but I got Olahraga on this Saturday and every coming Saturday. :(

Hari Pertama !

19:22


Hari pertama kuliah dimulakan dengan menunggu bas pada jam seawal 7pagi. Hampir setengah jam menunggu, baru berpeluang untuk meneruskan perjalanan. Jarak antara kolej dan fakulti memakan masa kurang 10 minit.

Kami diturunkan di hadapan pintu pagar besar, sebaik pintu bas dibuka, terus bertebaran semuanya mencari arah. Aku?

Memang terkial-kial, kerana selok belok kampus itu langsung tidak difahami. Masa berbaki 15 minit digunakan sebaiknya untuk mencari bilik kuliah. Dibantu oleh Leeya melalui telefon, akhirnya ketemu juga Tadahan Utara di mana bilik kuliah untuk kelas terawal pada pagi itu berada. TU1B.

Kulihat kerusi dihadapan masih ada yang kosong, terus aku duduk. Hari pertama, duduk dihadapan dahulu. Lepas ini, harapannya agar kekal konsisten.

Rupa-rupanya, pensyarah tidak dapat hadir, tapi kami terus setia menunggu sehingga jam sembilan. Tiada siapa yang berani untuk bangun keluar, lima minit sebelum kelas berakhir, kelihatan dua orang pelajar perempuan berdiri dan terus keluar.

Aku hanya duduk, kerana masih tiada arah tujuan. Jadual pada hari Isnin, satu kelas di awal pagi dan kemudiannya pada pukul 2 petang. Disebabkan hari itu merupakan hari pertama, maka lebih baik jika aku meronda kawasan kampus, mengenalpasti dimana kelas seterusnya bakal berjalan. Menapak ke sana ke mari, memang memerlukan tenaga yang bukan sedikit. Pada mulanya, niat ingin menyambung Puasa Enam, namun ditangguhkan dahulu sehari.

Perpustakaan juga turut aku jejaki. Inilah syurgaku di sini. Kawasan yang kondusif dan menarik, sesuai barangkali untuk melakar kejayaan seterusnya. Sempat juga aku melelapkan mata barang sebentar sambil menunggu waktu Zuhur tiba. Enak sekali.

Kelas kedua bermula pada pukul 2 Petang. Hari pertama sudah disuruh menulis karangan sebanyak 300 patah perkataan. Katanya ingin dibuat perbandingan pada suatu hari nanti, setelah kursus ini tamat. Pastinya kemahiranku untuk mengarang essei berbahasa penjajah sudah berkarat. Terkial-kial ku menulis. Bahasa langsung tidak puitis, maka sesuatu usaha perlu dijalankan selepas ini.

Kelas seterusnya pada pukul 4 petang. Jauh juga mahu menapak ke bangunan lain. Memang aku rasa, aku bakal menurunkan berat badan dengan jayanya lagi selepas ini. Mungkin lima kilogram lagi. Doakan aku terus sihat wahai rakan-rakan.

Beberapa minit sebelum jam mencecah 5 petang, aku sudah bergerak mencari bas untuk pulang ke kolej. Penat. Sangat penat. Sudah lama rutin ini tidak bermula, maka badan agak memberontak sedikit. Bersin sana-sini, batuk sedikit, tidak apa la badan, ambillah masamu untuk menyesuaikan diri.

Pulang ke bilik dengan satu bekas nasi ayam. Sistem pembungkusan kafe disini adalah menggunakan bekas plastik yang kalau dibeli, adalah lebih kurang dalam 20sen. Sayang untuk dilupuskan, namun memang bilik aku ini sudah dipenuhi dengan bekas-bekas plastik.

Terbaca pengumuman di mana, pada malamnya pula ada taklimat daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Desas-desusnya mengatakan Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi. Namun, untuk mengetahui perkara sebenar lebih baik melihat menggunakan mata kepala sendiri. Digagahkan juga diri untuk pergi ke Dewan Besar yang memakan masa dalam 5 minit dengan menaiki bas.

Hati digembirakan dengan hadiah sampingan yang diberi oleh pihak mereka. Cadar dan selendang yang menawan diberikan kepada pelajar perempuan. Tidak pasti pula aku apa yang pelajar lelaki perolehi. Aku tiada kawan-kawan daripada kaum Adam lagi.



Menarik juga taklimat yang diberi oleh Dr. Syahira. Aku ingat namanya kerana sama dengan sahabatku Syahira Tuan Baharom bakal doktor pergigian itu. Tapi, kali ini bukan doktor pergigian, tapi Doktor Falsafah dalam bidang yang tidak aku ketahui, mungkin ekonomi kerana beliau berbicara mengenai keusahawanan.

Waktu kritikal pada pukul 10 malam, aku tertidur juga di dalam dewan yang dilengkapi pendingin hawa itu. Tersedar apabila semua orang sudah berdiri untuk pulang ke kolej. Sayangnya, kami terpaksa berjalan pulang ke kolej. Perjalanan yang memakan masa 5 minit menggunakan bas bertukar menjadi setengah jam, apabila kami menggunakan kudrat kami sendiri. Angin malam, dan nyanyian katak menemani kami malam itu. 

Dikepalaku, aku hanya memikirkan katil. Letihnya badan. Kasihan teman sebilikku, kelasnya yang berakhir pada pukul 7 Malam, menyebabkan dia tidak sempat untuk menjamu hidangan malam.

Sesudah solah Isya’ dan rutin membaca al-Mulk, mata sudah tidak dapat bertahan lagi daripada beradu.


p/s : Ni balas dendam sebab tak dapat tulis karangan Bahasa Melayu dah. Sekarang tak tahu nak buat apa untuk balas rindu pada Matematik dan Sains. Setakat main Sudoku, tak mencabar minda lagi.

GODAS : 2012

12:14

Entri ini sepatutnya panjang ditambah lagi dengan lambakan gambar yang kebayakannya sangat tak senonoh nukanya. Tapi disebabkan aku kesuntukkan masa, dan lepas ni bakal tak dapat internet connection buat satu jangka masa yang lama, maka entri ini akan cuba dipendekkan.

Lepas ni dah nak balik gunung balik, nak pergi bertapa. :(


Selepas lima bulan tak bersua di dunia luar yang nyata, maka weekend kali ni baru berkesempatan nak berjumpa dengan GODAS. Jumaat hari tu, datang rumah Atul, hari ni dah 3 hari dah duduk rumah Atul, lepas 3 hari dah tak kira tetamu dah, jadi boleh balik dah la.

Ok, tipu. Kalau boleh nak duduk lama lagi, tapi kelas pukul 8 pagi esok.

Jadi malam hari Jumaat tu, pergi lepak dekat JJ dengan Atul, mencuba makanan yang dah lama tak makan.


Keesokan harinya, Sabtu yang juga semalam, baru dapat jumpa semua orang. Mula-mula macam tak jadi sebab Farah ada orientasi yang tak habis-habis lagi, lepas tu Syi dan Asiah pun baru habis MHS yang super duper letih tu.

Tapi, semua orang menggagahkan diri, maka dapat la kami bertemu.



12 Tengahari


Lokasi : Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah
Target : Syi nak ambil barang, dan kami nak jumpa Weng dan Lutfi.

Photobucket
Jumpa bakal-bakal doktor ni. ;)
12.30 Tengahari

Lokasi : Kolej Kediaman Ungku Abdul Aziz
Target : Jemput Asiah
Photobucket
Tangkap gambar dulu. HAHAHAHA



1.00 Tengahari

Lokasi: UiTM Shah Alam
Target : Menculik Farah M

Berpandukan penunjuk arah yang dicetak menggunakan printer di rumah Atul, kami mengahrungi traffic jammed untuk sampai ke UiTM Shah Alam untuk Jemput Farah M.



2.30 Tengahari

Lokasi : Sunway Pyramid
Target : Makan !!

Kami kalau hang out, memang kerja kami makan je la. Bukan shopping, bukan tengok wayang, bukan benda-benda yang selalu orang buat. Sebab bila makan baru boleh berinteraksi. Baru boleh cakap banyak-banyak. Baru boleh update crush masing-masing. *ehem

Jadi banyak gambar yang kurang senonoh menyusul. Bear with it!
Photobucket


Photobucket
Cenderamata daripada Syi.


Photobucket
Ini namanya melantak


Photobucket
5 orang je makan. =.='


Photobucket
Kembar.


Photobucket
Twins. Love them !!


Photobucket
Lagi gambar pelik


Photobucket
Rindunya :'(


Photobucket
Bersama Atul


Photobucket
Bersama Asiah


Photobucket
Camwhore. Dengan diorang je reti nak camwhore, orang lain tak reti.

Dah masuk setahun dah kami kenal. Mematangkan diri bersama-sama. Lepas ni semua dah berbeza haluan. Susah nak jumpa dah :'(
Photobucket
Add caption


Photobucket



6.30 petang

Lokasi : UiTM Shah Alam
Target : Hantar Farah

Sempat jumpa Tikah, Farah roommate dengan Tikah. Seronokkan bila jadi roommate dengan orang yang kita dah biasa?


8.00 Malam

Lokasi: Kolej Kediaman Ungku Aziz
Target : Solat Maghrib dan Jumpa Ain

Jumpa roommate sebelum ni. Kitorang kenal sejak sekolah rendah kot. 


8.30 Malam

Lokasi : Kolej Kediaman Dr. Nazrin Shah
Target : Small gathering for PP dan bagi buku dekat sepupu Kak Syida, Mursyidi.

Teman Atul,Syi dan Asiah jumpa PP-PP yang jadi PP masa MHS PASUM hari tu.
Photobucket
Rasa Bancau babe !!


Photobucket
Ramai lagi rupanya budak PASUM yang aku tak kenal.






Kesimpulan, puas hati! Dapat jumpa semua orang. Dapat makan benda-benda yang dah lama tak makan. Time well spent. ^^


Photobucket


Photobucket


p/s: Bila nak jumpa The Jaggers ni?
p/p/s : Dah nak balik kolej, jadi akan hibernate balik.
p/p/s : Sorry kalau ada spelling errors, tak sempat nak re-check.