Packing

16:20

Dah seminggu duduk kemas barang, Kononnya nak, biar semua benda cukup lengkap. Tapi, kemas ikut peringkat. Ni dah sampai ke peringkat akhir. Pening.

Mula la, bila kemas-kemas barang, jumpa benda tu la, benda ni la.



Tengah berfikiran untuk tukar password facebook dan save password dekat PC kat rumah. Sebab tak nak bagi log in. Social network lain tak la lama sangat kalau bukak, kecuali kalau tengok drama korea takpun Running Man. *Oh! I've started watching RunningMan last week. =.='

Masalah bila log in facebook, adalah stalk orang. Aku ni kalau stalk dah ala-ala FBI. Parah betul. Jadi tunggu balik rumah je la baru log in Facebook.

Photobucket
Terjumpa formula Fizik dalam pencil case.



Photobucket
Berkotak-kotak.
Disebabkan aku ni pemalas, maka jadi macam ni la. Cari bekas plastik banyak-banyak, kategorikan barang-barang. Senang nak cari, susah nak hilang. Senang kerja. :)



Jalang-jalang

20:13

Sila baca tajuk dalam loghat Terengganu. Hehehehe. Dalam minggu ni je, dah dua kali pergi Kuala Terengganu. Satu beraya, satu lagi pergi buat sesuatu yang memberi hasil pulangan yang lumayan. ^^


1. Beraya di rumah Mira Manan.


Daripada Tingkatan 5 lagi, Mira jemput pergi beraya rumah dia. Tapi dulu, masa tingkatan 5 ayah tak bagi pergi jalan jauh-jauh, sebab masa tu dah nak dekat SPM. Takut la kalau ada benda buruk berlaku, kalau accident ke, patah tangan ke patah kaki ke, dah susah nak study. *My parents are very protective

Lepas habis SPM dah masuk asasi. Cuti raya dua minggu je, memang balik duduk rumah betul-betul. Tak keluar rumah pun. Beraya dengan kawan-kawan yang duduk dekat pun tak. *Ok teruk gila. Sorry kawan-kawan.

Jadi tahun ni, bersempena dengan kami yang semua belum masuk Uni lagi, dan cuti lama, dan kebetulan Mira balik raya kat Malaysia, jadi kami buat plan di saat-saat akhir. Last minute planning always working out. :)

Alhamdulillah sampai jugak rumah Mira.

Mira puasa, tapi dia masakkan kami Mee Kari. Sebenarnya, Mee Kari tu antara makanan kegemaran aku jugak. Jadi memang tak boleh makan sikit, kena makan banyak. Diet pun terganggu. Hehehe

Photobucket
Mee Kari Mira !


Kami bermusafir berlima. Seperti biasa, driver kami ialah Cik Zawani kita, Ain dan adiknya Izzah dan juga Hazwani. Semua classmates zaman sekolah menengah rendah. Zawani USIM, Ain UM dan Hazwani Nizhny, Russia.

Nak melawat rumah orang lain pun, ramai yang dah masuk belajar. Kawan-kawan kami ni, ramai budak UIA, jadi ramai la yang takde kat rumah. 

Photobucket
Izzah, adik Ain.

Sampai di rumah Mira dalam pukul 11 pagi, lepas makan, duduk borak-borak, sampai la Zuhur. Dah lama tak jumpa kan. Mira pun pindah keluar dari Le'Best masa Form 4. Jadi memang dah lama tak jumpa. Siap sembahyang Zuhur berjemaah campur usrah lagi. Ini la manisnya bila berkawan dengan orang-orang banyak ilmu. Kita pun pasti dapat tempiasnya.


Photobucket
Ini anak-anak saudara Mira.
Dalam pukul 2 petang baru beransur pulang balik ke rumah. Sempat singgah kedai Ikan Celup Tepung (ICT) yang popular sangat kat Pantai Penarek tu tapi bukan la sedap sangat pun. Nama je kedai ICT, tapi kami pilih sotong dan udang. Kesian Ain yang resdung, tapi makan jugak. Tengok-tengok bila balik rumah, habis gatal satu badan.



Mira hadiahkan gambar ni, comel kan? Lepas tu Mira bagi pashmina dia. *Okey sebenarnya, aku sibuk puji cantik, dan dia dah tak pakai pashmina lagi, jadi dia bagi kat aku. :p
Photobucket



2. Dating

Takde tajuk yang lagi sesuai nak bagi. Hehehe. Ceritanya, pergi duduk dalam stadium dua tiga jam, lepas tu dapat RM1000. Mudah kan? Alhamdulillah, rezeki Allah bagi :)

Jumpa ramai sangat kawan. Jalan sikit jumpa orang tu, jalan sikit jumpa orang ni. Bila ada majlis macam ni je la boleh jumpa. Kalau nak tunggu reunion, entah berapa tahun lagi la.



Ya Allah, Ya Tuhanku, semoga persahabatan ini kekal sehingga ke syurga. Ya Allah, moga kami diberkati dan dipermudahkan dalam segala urusan. InsyaAllah. :)



p/s : Teringat doa Mira baca, rasa sebak. Boleh lihat doa dia di SINI

Guessing

20:46

Hari ni pergi shopping alat-alat tulis sikit. Okey, tipu kalau cakap sikit. Banyak sangat! Duit pun banyak habis :(

Masa bayar tu kan, cashier tu tanya

"Cikgu ke?"
"Hah? Erm,Bakal cikgu." Aku jawab dengan tersenyum.

Yes! Ada muka cikgu! Ke sebab barang yang aku beli, dia kata cikgu?

Tadi beli Kertas A4 satu paket (1000 helai), Test Pad satu paket, (1000 helai), pen dua batang, ink refill berpaket-paket, pencil case, ubat stapler, klip kertas dan gam. Semua ni barang-barang yang cikgu selalu beli ke?

Tau tak? Aku beli ink refill banyak-banyak sebab takut tempat baru nanti, susah nak cari. Ayah siap cakap tempat tu takde supermarket. Memang banyak kot, barang yang aku beli. HAHAHAHA

Atau juga mungkin sebab dressing aku tadi? Tadi pakai pashmina, t-shirt hitam yang baggy, jeans dan flat. Kalau pakai baju kuung, mungkin la jugak boleh cakap cikgu baru balik sekolah, sebab tadi baru pukul 2 petang. Hmmmmm.



Dulu, pernah jugak, masa nak balik kampung, dekat LCCT. Masa tu nak masuk Boarding Hall, jadi barang kena scan la kan. Hari tu aku dan Ain berbaju kurung. Sebab lepas habis kelas, naik bilik untuk ambil barang terus pergi airport. Jadi malas nak tukar, bukan panas pun, naik flight pun kejap je kan.

Guard yang jaga bahagian scanning tu tanya

"Cikgu ke?"
Masa tu student PASUM lagi, jadi jawab la."Eh? Tak la. Student."

Sekali lagi, ada muka cikgu ke? Ataupun mungkin sebab dia tengok pencil case Ain. Masa tu Ain tak perasan dia bawak balik sekali gunting. Naik flight mana boleh bawak gunting, jadi kena keluarkan la.






Hehehe. Moga kata-kata mereka-mereka yang cakap aku ni Cikgu, bakal dimakbulkan. InsyaAllah =)

More real

23:10

I feel blessed. HE granted me this opportunity to do something that I love. Well, lots of people expect that I would become a doctor or dentist. The usual thing they say "Muka doktor dah ada dah ni."

Do the doctors have a stereotype face? Do they look the same? How can you say that I have a doctor look?

I had undergo lots of interview which were medical related scholarship. Okay, not that much, about three or something and every time I went for the interviews, I would always have a doubt, do I really want to be a doctor? 

Sincerely, the reason why I want to become a doctor was because their salary are quiet nice. Well, I want to go travel around the world, have a nice house, great cars, branded clothing and anything that money can buy. 

I have worked at a clinic before, looking at their job, money has not become the priority, it is more about the passion. Without passion you cannot last longer in this kind of profession.

Why?

(Some examples) To become a doctor, you need at least five years to finish the medical school. Everyday, you will learn new things. Memorize every single part of the body. Cadaver has become your best friend. Formalin is your perfume. It is had to finish it when you have no passion. ( Correct me if I was wrong, I just knew a little about this stuff, got this from friends' stories)

I can't stand that. It just not my thing.


Then, why teacher?

I don't have any exact answer but I do feel that this kind of thing do give me a great feeling. The salary is just average, just enough for a comfortable life but not a posh life.

I was inspired by a few teachers of mine. They are Sir Hamid, Madam Azimah and Teacher Nik. They are great teacher for me.

1.Sir Hamid
He teaches English. No one ever dare to sleep in his class or perhaps no one don't want to miss his class. His style of teaching is kind of unique for me. You will understand the grammar better. He took over my class during my second former, the only second former class that he taught. Surprisingly we became the best class in English for the final exam.

2. Madam Azimah
I got the chance to be in her class once. She taught me EST during form 4 before I moved out to MRSM. She has incredible talent. Creative is one of the word to describe her. How she handle her job always impress me. Now, I run out of words to describe her. (Blame my poor vocab. Hahaha)

3. Teacher Nik Nor Azura
My biology teacher. She is genius. Graduated from UKM with First Class of Honours in Bio-Technology (if I was not mistaken). She chose to become a teacher after few years of working because she wants to be with her family. Pretty and has her own charm. Was a debater and very good in English. The funny thing that she asked me was "Although the situation is much about the same as me, but how come a 4flat student want to be a teacher?"


Besides, I love sharing knowledge. I love to be surrounded by people and then I start talking about what I do know. I just want to have lots of younger friends. HAHAHAHA. Why ? Probably, to stay young. XD



Okay. I've been babbling a lot.

Actually, I just want to show you my new timetable for this coming semester. YES. I just want to say something about the timetable, but since there are lots of people asking, so I put the answer why I want to be  a teacher. Well, the answer is kinda inaccurate, but those are my current answers if you ask me but seriously I think my passion is more towards this thing.



I need to adjust myself to this kind of schedule. I'm not used to a non-hectic timetable. I hope I will not procrastinate too much. Pray for me people.


Erm, I have this kind of dream to go travel around the world and I'm thinking of doing a side job, so I think writing would be nice since I will become a language teacher, so I do think writing a novel would be great. I just started this and don't know how the outcomes would be. Since I also need to polish my Malay Language, so I write. You can see it here.

Vibrate

13:07

Tadi nak pergi kenduri sebelah rumah. Kebetulan depan rumah ada segerombolan pasukan kompang sedang tunggu pengantin sampai. Jadi sebagai jiran tetangga yang baik hati, Ibu suruh la budak-budak kompang tu duduk berteduh kat porch rumah.

Jadi bila nak keluar dari rumah tu dah jadi satu hal la nak mengharung anak-anak muda yang berpuluh-puluh orang tu. Dah la kasut aku pun kena block. =.='

Maka dengan muka confident dan selamba, aku redah je la. Ada la suara-suara nakal, biasa la orang lelaki tak kisah sama ada perempuan tu cantik ke tak, main tegur aje, yang melayan diorang swap je la.

Seperti biasa aku memang tak ambil kisah dengan strangers. Tau tak apa yang aku dengar ?



"Vibrate rupanya yang ni."



Vibrate ? Huh ? HAHAHAHA. Aku ingatkan phone je yang vibrate, rupanya manusia pun boleh vibrate jugak. =.='

Memang kalau ikut fakta sains semua benda bergetar (vibrate) ya kecuali dalam vacuum.

Jadi, mari kita buat teori baru untuk gadis-gadis di luar sana, mari la kita semua berada dalam keadaan Vibrate atau Silent mode terus bila disapa lelaki-lelaki ni. Diorang ni tak kisah dah perempuan lawa ke tak lawa, asalkan kita melayan sikit je dah jadi. Lepas tu mula la buat benda-benda tak elok.

Katakan YA pada Vibrate dan Silent Mode !! ^^


Huha-huha

16:32

Suasana raya yang mengasyikkan bagi aku adalah, bila semua ahli keluarga ada, tapi tahun ni tak lengkap. Dah lama dah tak lengkap, sejak sepupu sepapat semua dah besar panjang, jadi ada yang dah berkahwin dan pulang ke rumah mertua masing-masing. Tapi masih ada pengubat hati, anak-anak sepupu yang comel-comel ni, sekarang aku sudah dipanggil Auntie Fina ! *rasa tua

Photobucket
Irfan dan Wafiy :)

Takde gambar famili besar :(


Jadi, tahun ni kita duduk borak-borak makan nasi dagang dan tambah lemak dengan makan Kek Baldu Merah, disambung dengan acara ritual makan satay di rumah Abah dan makan Nasi Bukhari di rumah Chik pada waktu tengahari. Bersambung pula dengan open house di rumah Poh pada hari raya kedua. Ritual setiap tahun. Tidak pernah berubah. 

Photobucket
Nasi Dagang, Eti punya.

Photobucket

Photobucket
Dah besar gajah pun, kira duit raya lagi. Aku pun !!

Pasti la berat badan boleh mendadak naik sebanyak 3 kilogram dalam masa dua hari, dengan pelbagai jenis makanan yang tak boleh ditolak. Terus, hari raya ke-5 mula puasa, disebabkan melawat rumah orang pun tidak. Ini la nasib bila, sahabat-sahabat handai ramai yang tinggal jauh. Orang jauh ajak pergi open house, dengan berat hati terpaksa menolak. :(

Oh, tapi ada juga kawan-kawan datang melawat tapi semua lelaki, takde perempuan pun. Saban tahun, lelaki sahaja. Jangan ibu ingat aku berkawan dengan lelaki sahaja, sudah la.

Photobucket
Diorang datang, aku selamba je pakai t-shirt dengan tudung bibik, bukan bakal mak mertua pun ;)








Jadi, apa nak buat dengan seminggu berbaki ini ? :'(


p/s: Tak boleh letak watermark, sebab semua gambar cilok Nana punya. XD


Iras

16:53

"Adik-beradik ke ?"
"Huh ? Tak la, anak beranak."

Sekarang tak tahu mana satu, aku yang muka terlampau matang ke, Ibu yang awet muda ?


Cerita dekat ayah, "Kakak tu nampak tua, hahahaha."

=.='

Dumb

16:19

Smartphones make me dumb.

HAHAHAHA

Ye la, sebab smartphones boleh access internet, nanti Twitter, Facebook, Blogger, semua pakai 24 jam. Bila nak belajar ? Bila nak bersosial di alam nyata? Tahap penglihatan pun makin teruk nanti.

Saya ni bukannya seorang yang boleh kawal diri, kalau jumpa internet, asyik-asyik stalk orang, asyik-asyik post di wall orang lain. Daripada niat nak buka 5 minit, boleh jadi dua jam.

Jadi, baik pakai laptop je, boleh jugak nak tinggal sekali-sekala. Kalau handphone tu kena bawa pergi mana-mana, kalau tak mula la ramai membebel bila nak cari, tapi selalunya bila ada handphone kat tepi, takde la pulak mesej masuk, takde la pulak orang call.

Yang ada, hanyalah Celcom. *Forever available

Tapi yang susah, takde dictionary, kalau pakai laptop, Dictionary.com tu memang dah jadi bestfriend la, kalau tengah travel memang main agak je la maksud perkataan tu.




Random topic ^^

Selling yourself

15:14


[1]
"Although you are fluent in English tapi kalau cakap merapu, memang dah kena reject awal-awal."

Ilmu baru yang dipelajari semasa menjadi salah seorang panel Mock Interview beberapa hari lepas. Selama ni aku ingatkan, kalau tak tahu pun boleh putar belit, asalkan bercakap. Rupanya salah. *Lesson learnt




[2]

"When we ask them in Malay Language, they might be confused because, tadi kita cakap English, tiba-tiba cakap Melayu pulak, they have the right to ask, 'Can I answer the question in Malay?' "

Biasanya kita sepatutnya respond menggunakan bahasa yang digunakan oleh panel. Kalau panel cakap dalam Bahasa Cina pun, kena cakap dalam bahasa Cina la. Tapi, kalau confuse, boleh la tanya. 

Hari tu aku pergi interview untuk TESL, mula-mula panel tanya soalan dalam English, kemudian sebelum tamat sesi, panel suruh perkenalkan diri dalam Bahasa Melayu. Selama ni biasa perkenalkan diri dalam English, jadi tergeliat la juga lidah bila nak perkenalkan diri dalam Bahasa Melayu yang baku.

Panel tu pun cakap juga, "Sebenarnya kita tanya dalam Bahasa Melayu ni sebab nak beri peluang pada mereka untuk tonjolkan kelebihan, sebab ada yang ada idea, tapi tak boleh nak keluarkan sebab masalah bahasa."






[3]
"If you are given a chance to choose to go to any place that you want, where is it ?"

The question does look simple, but Cikgu Irwan whispered to me, "I am expecting the answer of going to the moon." Sadly, no one give that answer. All of them talked about popular countries, UK, Hong Kong, etc. Do you see what I see ? The panel want you to think out of the box. Don't stick to normal answer.




[4]
"Sekiranya anda diberi peluang untuk menjadi salah seorang menteri, menteri apakah yang anda pilih ?"

Kat sini, kita tak boleh pilih sesuka hati je, kalau boleh kena berkait dengan cita-cita kita, contohnya kalau nak jadi doktor, kena la pilih Menteri Kesihatan.

Masa interview tu ada salah seorang pelajar ni, dia keluarkan statement " Doktor akan mula menganggur pada tahun 2015." 

Encik Zaim yang juga seorang pensyarah medical terus tanya, " Mana awak dengar pasal benda ni?"

"Kawan pada kawan saya yang bagitahu."

"Salah tu, doktor kat Malaysia takkan pernah cukup, setiap tahun akan ada yang berhenti, yang tua-tua tu mana boleh kerja sampai bila-bila."

Jadi jangan keluarkan statement yang kita tak pasti, kebenarannya atau tidak, lagi-lagi khabar angin.






[5]
"You are now selling yourself, you can't talk bad about yourself although it is true."

Bila baca biodata budak ni, dia cakap kelebihan dia, dia emotional

"I'm emotional, for example, when A broke up with B without a solid reason, I will say, why you broke up with her ?"

"So, do you think, this is good for your career later ?"

"Yes."

Kalau difikirkan ikut logik, mana boleh orang emotional nak bekerjasama dalam kumpulan. Sikit-sikit nak marah. Bahaya tu. Tapi memang nampak la bila dia bercakap, intonasi dan bersemangat. Suara pun kuat, muka pun sampai merah-merah.

Satu jawapan lagi, 

"I was a naughty boy. When I was a child, I stole my mum's money to buy a new toy car."

Bahaya statement ni. Encik Zaim dah berbisik-bisik, " He said he stole ?"

Tips paling penting, jangan ceritakan perkara negatif, ingat, you're selling yourself now. Lain la kalau nak pergi temuduga untuk organisasi mafia.

Jadi, bila ditanya soalan "What is the worst thing about you ?", my usual answer is,

"I hate waiting. I am a punctual person. So I can't tolerate with the late comers."









Qber : Volume 3

07:53

This is my third time visiting Qber for this year. *Sigh

Okay, let me tell you

First time was on May, 
visiting teachers just to wish them Selamat Hari Guru with clans.

Photobucket

Second time was on July, 
Ain and I had a promise, to retrieve our SPM certificate together, because Ain was still at Moscow on last May, so when she was in Malaysia, we went to Qber joined by Zureen.

Photobucket





So, what makes me come again to Qber ?

The plan started during my second visit. Our counselors, Tc Ruby and Sir Najib asked for a help from us, to find a few Alumni to become the panels of Mock Interview. 

If you are a MRSM student you must be familiar with Mock Interview. It is compulsory for each Form 5 students in each MRSM to undergo this process. This is a training to prepare them to the real world. Where, nowadays to get a scholarship, place, position or what so ever, everyone must undergo an interview.

I went there a day earlier, alone.

So, here is the journey of a loner. *Sadis T.T

Reached Qber at 1 o'clock, after running some errand in Kuala Terengganu. The weather was extremely hot, and I almost got dehydrated.

Because I had nothing to do, so I followed Teacher Ruby to the Gemilang Hall, to listen to UniKL's presentation. It was all about engineering. Engineering and I can't be put in a sentence. ( Although I just did it. =.=' )

Photobucket

I never fall in love with engineering, although my physics was pretty good. So, this is sure can portray how bored was I, because I can survive in an engineering talk.

Photobucket


Have a little bit rest  in college's chalet, before breaking fast. Got the chance to Teraweh with the juniors. Now I miss my friends who are used to be the Imam, during my days. Faris, Wajdi, Afif, Hilmi, Arep and more.

After teraweh, I had a small chit chat with some of the girls. Conclusion, everyone wants to go study abroad, nevertheless they don't care which courses. This is a big problem. Everyone should know what are their passion ? Studying without passion will fail you.

How to change this stigma ? *Sigh


The next morning, the day of the interview, woke up at 4.30 in the morning with the help of the siren. I miss the siren. Went for sahur and followed Wawa to her room. Wow ! They aired al-Quran at the girls' blocks for every Subuh.

Then I went to Surau for Subuh prayer. Seriously, I can't remember when was the last time I prayed in Jamaah for Subuh. Then the usual ritual, Al-Mathurat. It ended up, feeling great. :)

Photobucket


By the way Surau An-Nur is under renovation, it is getting bigger !! YEAY !!

Photobucket


Aisyah's block had been converted into Al-Ayyubi. So the boys are living there. The 4E's class had been transformed into a changing room for the girls. Because girls' block are far from surau. So it does give convenience to the girls. Some of them also sleep here during this last 10 days of Ramadhan.


Photobucket




Got the chance to peep their roll call activity. Ustaz K is the Head of the Warden, so guess how the disciplines are.

Sadly, I have no picture of the Mock Interview session from the start till the end. To become a panel at this young age is a very precious chance for me. Idid learn a lot.

I partnered with Cikgu Irwan, the new Mathematics teacher and a lecturer from MSU. I talked to the MSU's lecture the way I usually talk to my friend. He does look young, I guess 20 something but then 

"You are a lecturer ?"
"Yes, I am."
"What do you teach ?"
"Medical."

Dush ! What have I done ? MSU people are lucky enough to get such a cool lecturer. He is very humble and nice. I re-calculate my estimation. People grad from medical school when they are 24 or 25. Then, they have to undergo the housemanship for about two years. So, he should be around 30.  *Jaw drop

He did said, "I would recommend these two girls for SPC." They were Ayu Mazira and Azra. Well, both of them are debaters.

The thing ended at almost 1 o'clock. So, I took the chance to meet the teachers and gave the bookmarks that I made the night before coming to Qber.

Photobucket


The weird thing was, I contacted the senior for this event through Facebook but when I met them in the real life, it turned out that I can't even speak to them. Luckily, Abang Akmal was kind enough to talk to me. Well, it  is hard for me to start a conversation with older guys. 

Other thing is, they are respected people. They were four of them, Abang Akmal, Ashraf, Rahizat and Faiz. Abang Akmal is from batch 2007, while the other three, are from batch 2008. All of them are BWP and three of them are medical students, and Rahizat is studying pilot. Abang Akmal studying in Egypt, Ashraf in Dublin and Faiz in Indonesia.

I feel inferior. Worthless. The youngest and the only girl and yet still a teenager. The one with the least experience.




p/s : No picture of me because I am really bad in taking a self-capture picture. Well, I was all alone. Cikgu Rohaidah said I got slimmer. XD

The Journey

07:31

Dulu, kalau dah dua bulan tak balik rumah pun dah sedih. 

Ini kisah si buta dan si celik. Kedua-duanya yatim. Si celik yang sukar untuk bertutur. Kedua-duanya seusia dengan adik-adik yang kalau kita bawa mereka jalan-jalan, masih dipimpin lagi tangan mereka. Cuba bayangkan kalaulah mereka ini ahli keluarga kita.

Perjalanan pulang untuk mengecapi sedikit erti kegembiraan pada hari raya.

"Maafkan kami, kami anak yatim, kami nak tumpang ke kampung"


Satu perkataan sahaja. Bersyukurlah.





Mak Ahmad pun Mak Fizi juga.



Sheeesh. Who's cutting the onion here ?




Cornetto

17:13

Ramadhan (Minggu 1)

"Kakak ! Kakak nak aiskrim tak ?"
"Hmmm... Beli je la."


"Kakak nak makan tak aiskrim ni?"
"Kenyang la. Adik makan la."


Ramadhan (Minggu 2)

"Kakak nak aiskrim tak?"
"Tak nak."


Ramadhan (Minggu 3)

"Hmm. Bestnya aiskrim Cornetto ni ! Kakak nak ?"
"Tak nak."
"Haaa ! Saya tahu kenapa kakak tak nak makan, mesti sebab takut gemuk, kakak kan diet."



YES. I'm on a diet program. 1 kilo per week but in a healthy way. No starvation and I eat rice everyday. :)

I bought a complete set of e-book written by Kevin Zahri. A well-known fitness instructor, you can check his site HERE .



Grint

22:33


From my opinion, Rupet Grint who carried the role of Ron Weasley is the best actor in this series. Why did I say that ? Take a look on each video first :





1. Harry Potter and The Philosopher Stone







2. Harry Potter and the Chamber of Secret






3.Harry Potter and the Prisoner of Azkaban







4. Harry Potter and the Goblet of Fire




5. Harry Potter and the Order of Phoenix





6. Harry Potter and the Half Blood Prince










7. Harry Potter and the Deathly Hallows (Part 1)




8. Harry Potter and the Deathly Hallows (Part 2)





Do you notice his facial expression in each video ? They are epic ! He knows the right facial expression that he should portrayed.



Perspektif

09:28

Kebiasannya pandangan orang di Malaysia ni, kalau budak yang dapat straight A's dalam SPM tu masa depan akan cerah. Kalau yang tak reti membaca walaupun dah masuk darjah dua tu, masa depan gelap. Pelik kan, manusia meletakkan tahap kepandaian tu pada akademik semata-mata. 

Kenapa ?

Mungkin mereka lihat, kalau ada degree tu senang nak cari duit. Kalau pandai tu senang nak dapat kerja. Ada ramai je graduan yang dapat first class honour tapi tak dapat kerja sebab takde soft skills



Kalau diikutkan sejarah silam, Nabi Muhammad SAW tu "ummu" tak reti membaca dan tak reti menulis. Tapi baginda berjaya sebarkan Islam, sehinggakan sekarang Islam masih tersebar luas ke seluruh pelusuk dunia. Ada hikmah disebalik baginda yang tak reti membaca, orang tak boleh kata baginda yang ciptakan al-Quran sebab macam mana orang tak reti membaca dan menulis nak tulis al-Quran ?




Antara manusia paling kaya sekarang, Bill Gates. Manusia nombor dua terkaya dengan harta sekarang. (Source) Dia tak lepas pun universiti, siap fail lagi. Tapi tengok sekarang, top student kelas dia pulak yang jadi engineer di bawah dia. Sampaikan masa dia tidur pun dia boleh dapat duit. Kita kalau tidur, dapat bakar kalori je la.
Umur pak cik ni baru 56 tahun.


Kalau kat Malaysia ni, kita boleh tengok Saiful Nang. Dia adalah seorang Dyslexia . Lambat belajar la kalau nak senang faham. Kalau nak diikutkan kisah dia, dua kali dia hampir bankrap, tapi dia ada semangat yang kuat. Menggunakan kreativiti dia, dari modal RM90, sekarang kalau nak upah dia jadi wedding photographer adalah dekat USD5000. Kira sendiri la dalam Ringgit Malaysia. :)


Ramai je late bloomer dekat sekeliling kita ni, jangan angkuh la kalau sekarang ni rezeki kita murah, result selalu flying colours je. Kita tak tahu lagi masa depan macam mana. Rezeki kita yang dah tertulis tu tak boleh nak dijangka. Apa yang penting di mana pun kita berada, di mana tahap kita, cari passion kita sendiri. Jangan terikut sangat dengan orang. Lain orang lain kemampuannya.











Virtual versus Real

15:41

Somehow, I was quite lucky to meet a few people with great level of intelligent. The people who always score sky high beyond the flying colours. There is one thing that I want to share here, the thing that I can't control but they can.


What is it ?
SOCIAL NETWORKING



From my point of view, most of them are not attached to social networking. If they want to socialize they meet the real people, they hang out, they call each other, they play games in other words, they don't prefer virtual meet up unless their friends are really far away.

Although they owned smartphones but they don't fond the gadget too much. iPhone, Blackberry, Android are only gadgets, not their life.

So, can you see it ? They have much time to concentrate on their studies. Besides, these people do job with very high speed, some are multitasking. How I envy then . :(

How can they do that while I can't ?


I am a person who can't spend less than an hour when I start browsing Facebook, Twitter, Blogger and YouTube. That is my major weakness. Although there is no notification, I will stay on that page and then I will continue with stalking, sometimes more than two hours are wasted just like that. 

I come out with a new resolution, when I start my new semester next month, 

It's the time to leave the social network to the real world when you have no notification at all. :)


All the best for me ! :)

Kecek

07:54

Semalam,

Adikku Ammar bertanya. "Kakak nanti belajar Bahasa Inggeris lagi ke?"

"Kakak memang amek course English la" 

"Kakak pandai ke speaking English ? Tak pernah dengar pun."

"Pandai la. Dengan kawan kakak, kakak cakap dalam English la"

"Ye ke ? Cuba cakap sikit."

"Buat apa cakap dengan kamu. Huh."

Sungguh aku tak reti kalau tiba-tiba nak berbahasa Inggeris dengan orang yang aku biasa berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu. 

Tapi nak cakap aku pandai speaking English sangat pun, tak betul jugak. Bagiku, menulis lebih mudah daripada bertutur. Kalau salah menulis boleh backspace atau padam takpun liquid. Tapi kalau dah bercakap, bila terlepas tak boleh tarik balik dah. Kalau grammar salah, kadang-kadang buat orang gelak aje. Kata orang "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya"


Terang

12:59

Sahur semalam, TV terpasang lagi, TV9 juga, ada tazkirah, tak ingat dah tajuk apa, mamai sangat. Kali ni pun ada iklan Ashraf Muslim. Boleh pulak ingat yang ni. Hahaha.

Kali ni dia kongsikan untuk mudah ingat sesuatu, nak bagi terang hati la, baca ayat 21 hingga 60 dari Surah Ar-Rahman.

Kisah saya, semasa saya berada di Tingkatan Dua. Dulu, Surah Ar-Rahman ni pun saya baca setiap hari. Al-kisahnya pada ujian bulanan kami, jadual sangat padat. Satu hari, ada dua atau tiga ujian. Sukatan pelajaran yang disoal merangkumi semua yang telah dipelajari sejak Tingkatan 1 lagi.

Memang kalau nak baca buku teks untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan Dua dalam satu malam, memang mustahil la. Jadi saya ambil keputusan untuk baca buku peta minda. Kalau yang sezaman dengan saya, pasti tahu buku peta minda warna-warni yang macam ni :


Apa yang mampu dibuat, hanyalah baca bukan hafal. Kalau hafal memang tak sempat la. Inilah bahana ulangkaji di saat-saat akhir. Memang tak pernah ambil pengajaran, setiap kali peperiksaan, setiap kali tu la akan cakap "Lepas ni kena start study awal".

Bila dapat keputusan, terkejut ! Cikgu cakap, hanya seorang sahaja yang dapat A untuk Geografi kali ini, merangkumi seluruh tingkatan. Saya lihat kertas jawapan saya, Alhamdulillah A. Memang rasa gembira la, sedangkan top student pun tak dapat semua A disebabkan Geografi. 

Jadi disitu, saya dapat lihat kelebihan Surah Ar-Rahman. Sekarang baru sedar =.='


Selamat beramal :)

A PANG of Guilt

07:45

Sambil-sambil tunggu nak berbuka puasa memang saya tengok TV. Satu hari tu, saya dan adik saya sedang menonton kartun apa entah di TV9, ada satu iklan ni, nak kata iklan pun bukan la iklan sangat, macam segmen pun ada dalam seminit dua sahaja. Memaparkan Ashraf Muslim yang hensem tu ( Okay ingat, suami orang ye tu), dia kan antara pengamal perubatan secara islam. 

Dalam segmen tu dia berkongsi, kelebihan ayat 72 hingga 83 dalam surah Yassin untuk anak-anak yang mengalami masalah dalam pembelajaran. 

Terasa macam ditampar secara virtual di situ. PANG ! Ceh, efek nak lebih aje. hehehe

Baiklah, kawan-kawan sekalian, di sini saya ingin membuka pekung didada. Harap-harap dapat dijadikan teladan.

Kalau yang mengenali saya di sekolah, saya dulu boleh dikira antara top student. Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Study tak la kuat mana pun, tapi Alhamdulillah, Allah bagi rezeki kecerdasan otak. 

Okay, mula-mula saya ingat kecerdasan otak tu, rezeki Allah bagi secara tiba-tiba. Tapi saya terlupa, dulu saya memang suka baca Surah Yassin hari-hari. Pagi-pagi, kalau sampai ke kelas awal, saya akan baca Yassin daripada buku al-Mathurat yang saya letak dalam laci meja. Takpun, kalau tak sempat saya baca waktu malam, lepas maghrib takpun lepas Isya'.

Tapi, sejak masuk PASUM, dengan jadualnya yang macam apa, memang letih. Letih minda daripada letih badan. Kalau letih badan, tidur sekejap pun dah ok balik, tapi kalau letih minda, memang jammed la sikit. Jadi memang rasa malas nak baca al-Quran, kalau baca tu sikit sangat, setakat dua muka je sehari dengan surah al-Mulk. Tapi kalau tak tahan sangat memang baca al-Mulk je. 

Kalau balik, dari kelas pun, dalam pukul 5 petang, sembahyang Asar, turun beli makanan, dan makan sambil tengok cerita Korea atau layan FB sampai Maghrib. Mencari ketenangan dalam hiburan dunia. Baru sedar benda tu menyumbangkan sedikit sebanyak, pada kemunduran saya dalam pelajaran. Ye la tengok awek Korea pakai short skirt, walaupun saya ni perempuan tapi atas lutut tu pun dikira aurat, bila tengok aurat orang hari-hari, memang hati pun makin hitam. Tengoklah hasilnya macam mana. :(

Kemudian masuk waktu Maghrib, solat Maghrib dan baca al-Quran. Lepas Isya' terus belajar sampai lewat malam, tapi kadang-kadang belajar tu, ada juga diiringi muzik. Di situ pun salah.

Satu lagi kisah saya, semasa saya di MRSM, saya puasa muzik. Saya tak bawa Mp3 saya ke asrama. Kalau dengar lagu pun kadang-kadang je, bila rasa stress sangat, tu pun pinjam Mp3 orang lain la. Tapi hasilnya memang menakjubkan, saya dapat keputusan 4 rata.

Sebab tu walaupun rasa study dah banyak, tapi tak lekat-lekat dalam kepala. Keberkatan tu hilang mungkin. Tak salah nak dengar lagu, tapi lagu yang dipilih tu kena betul. Bukan lagu yang mengarut. Bila dengar Mp3 semalam, terdengar lagu macam ni, 

So come on, get higher, loosen my lips
Faith and desire and the swing of your hips
Just pull me down hard
And drown me in love

MasyaAllah! Bila masa ada lagu macam ni. Itulah main masuk je dalam folder. Lirik dia tak tengok dulu. Malu pun ada. Memang muzik lagu ni enak didengar, tapi lirik dia semacam je. =.='




You're hot, I'm cold.

21:48

"I'm hot, you're cold", Burnin' up - Jonas Brothers


I am a cold person. When texting, I always tend to not to put emoticon. Lots of my friends say that, they always misunderstand either I am mad or I'm okay. It is just my nature, inserting emoticons is a lot of works from me, well I'm using the old Nokia, not a smartphone.

Same thing happens when the chat box in Facebook pop up, people tend to write a long greetings, but I will reply with "ye", "yup" or "yes" unless when people greet me with Assalamualaikum. When people greet you with salam, you can't reply with shorter salam. You should reply with equivalence or longer. For example :



First 
A : Assalamualaikum

B : Waalaikumussalam
or
B: Waalaikumussalam warahmatullah
or 
B: Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh



Second
C: Assalamualaikum Warahmatullah

D: Waalaikumussalam Warahmatullah
or 
D : Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh



Third
E : Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

F : Waalaiukumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh


I forgot when I learned about this, if I was not mistaken, it was during my third former in secondary school.


The first impression that I usually got is I am a snob. Well, I am not a talkative person when I am with a stranger, but when I am comfortable with a person, I will talk non-stop unless I am tired or mad.

My habit when I go to a strange place is, I will bring a book, and read it, just to ignore the people around me or I will stare blankly towards the wall, or anything that I can look at.

It is just me. :)



Just received my NUMA Light Pink and Dark-blue from TudungPeople. :) Ibu belanja, upah tolong dia buat kuih raya ^^