Kiss the cook

23:58




                “A good girl is the one yang tak pernah masuk dapur.”
                “Huh? Along nak cari isteri spesies apa ni? Memang nak makan luar tiap-tiap hari ke?”
                Dia hanya ketawa mendengar suara dari Aberdeen itu beriak tak percaya. “Read between the lines la.”
                “Tak paham la Along cakap berkias sangat ni.”
                “Meaning... Kalau dia masuk dapur pun macam tak masuk dapur.”
                “Tak paham.”
                “Maksudnya, kalau dia masuk dapur pun senyap aje macam tak ada orang kat dapur. Tak ada bunyi kting-ktang macam nak meletup dapur ke apa. Faham?”
Ana terdiam di hujung talian. Memikir. “Along cerewet.” Jawabnya pendek. “Impossible la nak memasak sampai tak berbunyi.”
Pecah ketawa Afiq. “Ana masak kat rumah tak berbunyi meletup satu rumah pun.”
Ana pula ketawa. “Hah ha... I’m a good girl then. Tengok kaki la.”

-----------------------5 Tahun 5 Bulan : Hlovate-------------------------




Normalnya seorang perempuan, sikapnya lemah lembut, teratur dan tidak gopoh. Maka bila berada di dapur, tidak akan kedengaran la bunyi macam Perang Dunia Ketiga meletus. 

Teringat pesan Cikgu Norhayati dulu semasa dalam kelas amali masakan, (Semasa menengah rendah dulu, belajar Kemahiran Hidup elektif Ekonomi Rumah Tangga) "Lepas masak kena bersihkan dapur terus. Tak baik tinggal. Tu macam anak dara pemalas dan pengotor."

Kalau yang bagus tu, hari-hari mop lantai dapur. Kalau saya, bila lantai tu dah rasa melekit baru nak mop =.=' Failed jadi menantu pilihan.

Saya ada satu masalah, masalah nak cepat. Orang kata gopoh. Sampaikan, bila baca al-Quran pun Ustaz dan Ustazah tegur, "Jangan baca laju sangat." Tapi memang kerja saya, selalu saya siapkan secepat yang mungkin. Salin nota pun laju. Tapi semenjak masuk PASUM, speed untuk siapkan kerja tu menurun sikit. :(

Dah lari topik pula, cakap pasal gopoh. Masak tak boleh gopoh. Kalau menumis, bahan tumisan tu kering, dah nak letak air, tak sedap la sambal tumis tu nanti, rasa mentah. Kena latih buat kerja secara efektif ni bukan gopoh.

Kalau basuh pinggan lagi-lagi pinggan kaca, nak cepat selalu je bunyi ktang-ktung. Lagi-lagi bulan Ramadhan ni, nak cepat basuh pinggan sebab nak kejar maghrib. Lagi satu kalau basuh pinggan, janganlah sampai baju habis basah. Kena la control air tu sikit. Ni macam berkubang dalam parit je, padahal basuh pinggan je.


*Nasihat di atas lebih pada diri sendiri. Nak simpan bahagian ni dalam blog, sebab susah nak belek satu-satu balik novel 5 Tahun 5 Bulan, semata-mata nak cari bahagian ni tau. :)




You Might Also Like

4 comments