2 Hari dan Bertiga

08:58

Bermusafir secara bertiga ke sebuah kawasan pedalaman Terengganu. Ayat hiperbola semacam. Bermusafir dua orang je, sebab Ain tak masuk kategori musafir, aku dan Zureen je yang dapat gelaran musafir tu. Kuala Berang pulak tak masuk kategori pedalaman lagi, setakat luar bandar sahaja.

Mula-mula rancang nak pergi dengan Ain dan Ayong. Rancangan ni dah lama sangat, siap nak pergi Dungun lagi. Tapi itulah, kita hanyalah merancang, Allah yang menentukan. Mula-mula, aku yang ada masalah kewangan. Orang tak kerja macam ni la, nak mintak duit pun segan, dah la hujung bulan. Lepas tu, Ayong pulak dapat kerja. Orang baru kerja mana boleh mintak cuti senang-senang. Ain pulak nak mula clinical (Dah mula dah pun). Jadi minggu lepas je la boleh, tapi Ain dan aku je la.

Lepas tu aku pulak post kat Twitter, "Capew nak itot titew pegi Qber?" ( Bahasa nak rempit aje). Ezureen pun cakap, dia nak ikut. Rancangan yang sangat ringkas. Cakap nak sampai bandar Kuala Terengganu dalam tengahari macam tu je. Lepas tu kita tawakkal sahaja la.


Rabu ( 4 Julai 2012 )

Zureen naik bas dari Kota Bahru pukul 8, aku pun naik bas "lompat-lompat" tu pukul 8 pagi jugak. Nasib baik orang tak ramai, sampai dalam 10.30 pagi. Kalau orang ramai, pukul 11 pun tak sampai lagi. Jumpa Ain dekat stesen bas, lepas tu kami jalan-jalan, tapi ada apa la sangat kat situ kan, masuk Secret Recipe. Orang Russia lama tak makan kek SR. Hehehehe

Lepak kat situ sambil tunggu Zureen. Tiba-tiba Farah telefon, kata nak datang Terengganu. Mak Cik ni buat plan, last minute aje, kata nak datang naik flight. Tapi flight paling lambat pun boleh book, 4 jam sebelum. Flight ke Terengganu pun bukan banyak sangat. Petang dan malam je la sempat kalau baru pukul 11 nak book.

Dalam pukul 11.30 pagi, Ezureen pun sampai, dia dah cakap sehari sebelum tu, kawan dia nak bawak jalan-jalan. Kami tak kisah pun. Tunggu kawan Zureen, Lisa datang. Lisa bawak kami pergi rumah nenek dia. Pertama kali jumpa dah bawak pergi rumah nenek, segan jugak rasa. Rumah nenek Lisa, dekat Losong. Dapat makan keropok lekor panas-panas. Nyum! Nyum!

Tengahari tu, Farah cakap, dia tak dapat datang, tiket mahal sangat. Lepas makan tengahari, kami pun pergi rumah Lisa dulu untuk solat Zuhur. Sebab Farah tak jadi datang, jadi kami pun terus pergi ke Kuala Berang. 

Sebab malas nak naik bas, kami naik teksi je la. Mula-mula cakap kat Pak Cik Teksi tu, kami nak pergi Kuala Berang, dia charge RM32, tapi bila cakap nak pergi MRSM Kuala Berang, dia terus naikkan sampai RM40. Padahal MRSM tu bukan jauh sangat dari bandar. =.='

Kami sampai dalam pukul 4 petang. Nasib tak baik, rupa-rupanya adik-adik junior ada latihan kawad kaki hari ni. Memang buat grand entrance la, ramai yang tengok. Segan pun ada. Kami pakai T-shirt. Sebenarnya macam dah jadi satu tradisi, kalau alumni nak masuk maktab, kena pakai pakaian yang bersopan, disarankan memakai baju kurung. Terpaksa la buat muka toya. Petang tu jumpa rami la jugak cikgu, Cikgu Zainab, Cikgu Tajun, Mummy Nik, Teacher E, Teacher Fauziah, Teacher Anis, Teacher Nisrin, Cikgu Ja'a, Sir Wawa dan HEA ( Cikgu Fadzli). Nasib baik sempat jumpa Cikgu Tajun, sebab dia nak pergi Kuantan petang tu.

Awal-awal lagi kami dah tempah chalet, tapi ramai pulak cikgu yang offer tidur rumah diorang, Mummy Nik la, Teacher Fauziah la, Teacher Ruby la. Tapi tempahan dah buat, kami tidur chalet je la.


Terasa panjang pulak tulis, entri ni dah bertangguh selama beberapa hari, ni dah takde mood nak tulis dah. Macam mana orang tulis novel panjang-panjang tu ah ? ( Ini disambung pada 11 Julai, yang bahagian atas tu, ditulis pada 9 Julai)


Petang tu sempat jumpa beberapa orang cikgu . Nak balik bilik cepat-cepat, konon nak lari daripada junior la sebab kami pakai T-shirt je. Nasib tak menyebelahi, junior baru habis aktiviti kokurikulum, yang Form 5 pulak baru habis Program YES. Chalet sebelah Koop, depan chalet tu biasanya budak-budak lepak. Terperangkap kat depan Koop, kena serbu dekat junior. Rasa macam jadi bahan pameran pun ada, semua duk tengok. Koop sekarang dah makin maju, ada jual Ice Blended lagi tau tapi Ice Blended yang pakai kordial la.

Terperangkap depan Koop, borak-borak, cakap pasal pengetua baru pun ada. Hehehee. Dalam pukul 5.30 petang baru masuk bilik.


Photobucket
Petang tu jugak, pergi jalan-jalan tengok kelas. Kelas kami dah jadi bilik seminar.


Photobucket
Intai-intai makmal.


Photobucket
Jumpa Cikgu Tajun.
Khamis (5 Julai 2012 )

Pukul 9 pagi baru keluar dari chalet, mula-mula pergi ambil sijil SPM dulu. Dahulukan yang utama. Lepas tu jalan-jabatan ke jabatan. Borak-borak dengan cikgu. Soalan paling famous adalah soalan yang ditujukan pada Ain, "Kat sana senang dapat makanan halal tak ?" 

"Senang, ayam halal ada jual dekat supermarket."

Lega hati tau Ain dapat makan ayam. Tapi kesian, kat sana ikan mahal. Jadi memang tak boleh la kalau nak uli sendiri keropok lekor.

Jumpa junior masa rehat. Ramai yang cuak nak SPM. Standard la tu. Aku pun cuak. Tapi bila dah masuk asasi, dah rasa SPM tu takde benda pun. The life after that is more excruciating

Masa duduk borak-borak dengan junior, jumpa Teacher Mariana yang baru habis kelas. Kelakar. Dia jerit " Oh kembar saya ! "

Lepas tu masuk Jabatan Matematik kemudiannya Jabatan Sains Sosial.

Tengahari sikit, jumpa Teacher Ruby dekat Bilik Kaunseling, dia tanya "Kenapa tak telefon sebelum nak datang? Tu la malas nak telefon kalau tak boleh duduk kat rumah Teacher dah la Ustaz pun takde." 

Hehehehe. Memang selalu macam tu, datang maktab tak pernah nak bagitahu cikgu, konon nak buat surprise la.

Alhamdulillah Teacher mengandung kali keempat. Lepas tu Teacher offer pulak untuk jadi panel interview untuk Mock Interview 14 Ogos ni. Aku segan sebenarnya nak terima, panel-panel lain tu semua senior yang hebat-hebat, bakal-bakal Doktor dan Insinyur. Aku ni nak jadi cikgu je. Entah la, kita tengok, kalau dah takde orang sangat, baru pergi.

Photobucket
Ada lagi gambar PRS dekat Kenyir :')


Tengahari tu Daddy Ja'a bawa kami pergi makan kat luar. Makan Nasi Kukus. Sebelum ni kedai tu takde pun. Kuala Berang dah makin maju, banyak kedai-kedai bertambah. Kalau dulu, outing pun bosan. Tapi bosan-bosan outing pun, selalu jugak keluar. 

Tak sempat jumpa Mummy Nik sebelum balik, sebab kami balik maktab dalam pukul tiga. Sebelum tu teman Daddy beli barang untuk Robotik. Kesian Ain dengan Zureen jadi mangsa buli. 

Photobucket
Tengok ! Sampai tak nampak muka .

Balik maktab, solat dulu. Lepas tu lepak dekat Jabatan Sains, tunggu Teacher Fadzilah. Dia tumpangkan kami ke stesen bas. Alhamdulillah, rezeki kami murah, memang sikit je belanja. Asyik-asyik orang nak belanja. Sambil tunggu Teacher Fadzilah, snap sikit tinggalan kami dekat Jabatan Sains ni. Berlambak gambar.

Photobucket
Ni kad-kad daripada Kelas 5C

Photobucket
Ni semua gambar-gambar yang ada kat meja-meja cikgu.


Photobucket
Kreatif tak junior ?
Hari kami pergi tu, Pengetua baru tu takde. Jadi tak dapat la nak jumpa dia, tapi ada gambar dia dekat board. Ni je la yang dapat. 

Photobucket
Gambar pengetua. Pengetua baru yang berbaju merah. Pengetua lama Encik Zainal yang pakai kot tu.




Photobucket
Ini semua cikgu-cikgu kesayangan :)
Kami sampai di stesen bas dalam pukul 5. Bas pukul 6. Pergi duduk Secret Recipe kejap. Memang dua hari berturut-turut makan kek. Mana tak gemuk. Alas perut. Pukul 6 naik bas, dalam pukul 9 jugak la sampai rumah.

Photobucket
Cuba ambil gambar macam Alice Gao.


Photobucket
Bergambar mesti ! Kenangan :)


Photobucket
Terasa nak beli Polaroid la pulak. 

p/s : Sorry. Hari ni baru terasa nak post. Tengoklah bulk post hari ni. 

You Might Also Like

4 comments