I'm telling

17:25

Few know about where will I be in this coming September, except if you ask me or stalk me. I don't believe the latter part. I don't want to tell you yet, because till now, my knowledge about that place is only 10%. Google doesn't help me enough. When I search about that place, the results are more about political issues rather than their college, faculty or facilities.

If you are smart enough, you should know, I'm not staying in UM after telling you this. :)


Alhamdulillah because I prayed that HE will place me at the best place for me but not the best place. Alhamdulillah because I got the course that I want.
Alhamdulillah because there are some of us that got the course that they don't ever choose.
Alhamdulillah because there are some of us  that even don't get any placement although their results, WOW! Dean List.

Count your blessings because I can't.

I will tell you about my where about when I settled there. Sincerely, I am kinda blur because of lack of information.



Clothes ? Food ? Transportation ? Facilities ? Subjects ? Schedules ? Lifestyles ?



Kiss the cook

23:58




                “A good girl is the one yang tak pernah masuk dapur.”
                “Huh? Along nak cari isteri spesies apa ni? Memang nak makan luar tiap-tiap hari ke?”
                Dia hanya ketawa mendengar suara dari Aberdeen itu beriak tak percaya. “Read between the lines la.”
                “Tak paham la Along cakap berkias sangat ni.”
                “Meaning... Kalau dia masuk dapur pun macam tak masuk dapur.”
                “Tak paham.”
                “Maksudnya, kalau dia masuk dapur pun senyap aje macam tak ada orang kat dapur. Tak ada bunyi kting-ktang macam nak meletup dapur ke apa. Faham?”
Ana terdiam di hujung talian. Memikir. “Along cerewet.” Jawabnya pendek. “Impossible la nak memasak sampai tak berbunyi.”
Pecah ketawa Afiq. “Ana masak kat rumah tak berbunyi meletup satu rumah pun.”
Ana pula ketawa. “Hah ha... I’m a good girl then. Tengok kaki la.”

-----------------------5 Tahun 5 Bulan : Hlovate-------------------------




Normalnya seorang perempuan, sikapnya lemah lembut, teratur dan tidak gopoh. Maka bila berada di dapur, tidak akan kedengaran la bunyi macam Perang Dunia Ketiga meletus. 

Teringat pesan Cikgu Norhayati dulu semasa dalam kelas amali masakan, (Semasa menengah rendah dulu, belajar Kemahiran Hidup elektif Ekonomi Rumah Tangga) "Lepas masak kena bersihkan dapur terus. Tak baik tinggal. Tu macam anak dara pemalas dan pengotor."

Kalau yang bagus tu, hari-hari mop lantai dapur. Kalau saya, bila lantai tu dah rasa melekit baru nak mop =.=' Failed jadi menantu pilihan.

Saya ada satu masalah, masalah nak cepat. Orang kata gopoh. Sampaikan, bila baca al-Quran pun Ustaz dan Ustazah tegur, "Jangan baca laju sangat." Tapi memang kerja saya, selalu saya siapkan secepat yang mungkin. Salin nota pun laju. Tapi semenjak masuk PASUM, speed untuk siapkan kerja tu menurun sikit. :(

Dah lari topik pula, cakap pasal gopoh. Masak tak boleh gopoh. Kalau menumis, bahan tumisan tu kering, dah nak letak air, tak sedap la sambal tumis tu nanti, rasa mentah. Kena latih buat kerja secara efektif ni bukan gopoh.

Kalau basuh pinggan lagi-lagi pinggan kaca, nak cepat selalu je bunyi ktang-ktung. Lagi-lagi bulan Ramadhan ni, nak cepat basuh pinggan sebab nak kejar maghrib. Lagi satu kalau basuh pinggan, janganlah sampai baju habis basah. Kena la control air tu sikit. Ni macam berkubang dalam parit je, padahal basuh pinggan je.


*Nasihat di atas lebih pada diri sendiri. Nak simpan bahagian ni dalam blog, sebab susah nak belek satu-satu balik novel 5 Tahun 5 Bulan, semata-mata nak cari bahagian ni tau. :)




Attract

23:45

I just wanna quote back what I got from my Statistic's lecturer, Professor Sahar "Lelaki tertarik pada kecantikan wanita, tetapi wanita tertarik pada kebaikan lelaki."

Nampak tak permainannya di sini ?

Lelaki senang je nak jadi lelaki idaman perempuan, kalau baik, mesti ramai yang berebut-rebut nak.



Tapi,

Kalau perempuan, susah kan. Kecantikan rupa paras tu, anugerah tuhan. Kalau pakai make-up tebal pun susah nak jadi cantik. Makin buruk adalah.

Bulan Ramadhan ni, banyak tazkirah, kata-kata hikmat tersebar di Twitter dan Facebook, tapi pernah tak anda terbaca ini "Perempuan yang baik tidak memandang dan dipandang".

Saya pun kurang ingat struktur ayatnya bagaimana, tapi maksudnya, perempuan yang baik lagi solehah menundukkan pandangan dan tidak menonjolkan diri.

Saya sendiri sukar untuk melakukannya. Selama ini berjalan dengan penuh yakin, mata pandang ke hadapan, tiba-tiba nak membiasakan diri jalan tunduk ke bawah. Janggal bukan ? 

Mengenai penampilan pula, saya sendiri jarang sekali memakai baju kurung apabila keluar dari rumah. Lebih selesa dengan baju T dan seluar trek. Sekali-sekala pernah juga mencuba pakai baju kurung, terasa innocent. Terasa baik sangat. Macam anak dara pingitan, vulnerable mungkin.



Tujuan entri ini adalah, anda setuju atau tidak dengan quote di atas ?

"Lelaki tertarik pada kecantikan wanita, tetapi wanita tertarik pada kebaikan lelaki."



Major Cleaning

18:18

I did a major cleaning to my room yesterday and usually when a girl is doing some cleaning, there must be some distractions. *Giggles. So, these are what I found yesterday.



1. My Pink Stripe Zebra Calculator
Photobucket
The calculator that I owned when I was in the third former. Before that I used fx-360 which was out-dated at that time and because there is no algebraic function in there (if I was not mistaken). So, some of you might know that I am officially leaving the science stream. So bye bye Dear Calculator. I am already missing Math :(



2. Stack of Felt Clothes
Photobucket
I do kill my time during this long break which is gonna end soon :( , by doing some little craft project, just for fun. I don't sell it but I make it as presents to friends and family. Nowadays, I find out, that I love to arrange things in colour-coordinated. I arranged my hanged clothes, and I want to arrange my shawls and tudung too but yeah, The Sims is more tempting.



4. Co-Curricular stuff
Photobucket



Now, I realize that I was a nerd during my high school year. I only owned few tags and no medals or trophy at all. (Dapat trofi pun maktab kebas :( - Sad Life ) I think I lost some of the tags because I just moved in into my new room and the old one has turned out into a storage room, so my stuff are scattered around.

Photobucket
Some of my brother's medal. He got all this when he is a first former and now he is a Form 3 student.


5.Colourful  Marker Pens
Photobucket
Sharpie


Photobucket
Faber Castell
Some of my collection. I love colourful notes, that's why I owned lots of marker pens but to create a wonderful note it does take a lot of time. So, it happened that I always fail in completing my revision. 


6. Buttons
Photobucket
Every button has their own story. When looking at them I will reminisce the past, it sounds cliche, isn't it ?




2 Hari dan Bertiga

08:58

Bermusafir secara bertiga ke sebuah kawasan pedalaman Terengganu. Ayat hiperbola semacam. Bermusafir dua orang je, sebab Ain tak masuk kategori musafir, aku dan Zureen je yang dapat gelaran musafir tu. Kuala Berang pulak tak masuk kategori pedalaman lagi, setakat luar bandar sahaja.

Mula-mula rancang nak pergi dengan Ain dan Ayong. Rancangan ni dah lama sangat, siap nak pergi Dungun lagi. Tapi itulah, kita hanyalah merancang, Allah yang menentukan. Mula-mula, aku yang ada masalah kewangan. Orang tak kerja macam ni la, nak mintak duit pun segan, dah la hujung bulan. Lepas tu, Ayong pulak dapat kerja. Orang baru kerja mana boleh mintak cuti senang-senang. Ain pulak nak mula clinical (Dah mula dah pun). Jadi minggu lepas je la boleh, tapi Ain dan aku je la.

Lepas tu aku pulak post kat Twitter, "Capew nak itot titew pegi Qber?" ( Bahasa nak rempit aje). Ezureen pun cakap, dia nak ikut. Rancangan yang sangat ringkas. Cakap nak sampai bandar Kuala Terengganu dalam tengahari macam tu je. Lepas tu kita tawakkal sahaja la.


Rabu ( 4 Julai 2012 )

Zureen naik bas dari Kota Bahru pukul 8, aku pun naik bas "lompat-lompat" tu pukul 8 pagi jugak. Nasib baik orang tak ramai, sampai dalam 10.30 pagi. Kalau orang ramai, pukul 11 pun tak sampai lagi. Jumpa Ain dekat stesen bas, lepas tu kami jalan-jalan, tapi ada apa la sangat kat situ kan, masuk Secret Recipe. Orang Russia lama tak makan kek SR. Hehehehe

Lepak kat situ sambil tunggu Zureen. Tiba-tiba Farah telefon, kata nak datang Terengganu. Mak Cik ni buat plan, last minute aje, kata nak datang naik flight. Tapi flight paling lambat pun boleh book, 4 jam sebelum. Flight ke Terengganu pun bukan banyak sangat. Petang dan malam je la sempat kalau baru pukul 11 nak book.

Dalam pukul 11.30 pagi, Ezureen pun sampai, dia dah cakap sehari sebelum tu, kawan dia nak bawak jalan-jalan. Kami tak kisah pun. Tunggu kawan Zureen, Lisa datang. Lisa bawak kami pergi rumah nenek dia. Pertama kali jumpa dah bawak pergi rumah nenek, segan jugak rasa. Rumah nenek Lisa, dekat Losong. Dapat makan keropok lekor panas-panas. Nyum! Nyum!

Tengahari tu, Farah cakap, dia tak dapat datang, tiket mahal sangat. Lepas makan tengahari, kami pun pergi rumah Lisa dulu untuk solat Zuhur. Sebab Farah tak jadi datang, jadi kami pun terus pergi ke Kuala Berang. 

Sebab malas nak naik bas, kami naik teksi je la. Mula-mula cakap kat Pak Cik Teksi tu, kami nak pergi Kuala Berang, dia charge RM32, tapi bila cakap nak pergi MRSM Kuala Berang, dia terus naikkan sampai RM40. Padahal MRSM tu bukan jauh sangat dari bandar. =.='

Kami sampai dalam pukul 4 petang. Nasib tak baik, rupa-rupanya adik-adik junior ada latihan kawad kaki hari ni. Memang buat grand entrance la, ramai yang tengok. Segan pun ada. Kami pakai T-shirt. Sebenarnya macam dah jadi satu tradisi, kalau alumni nak masuk maktab, kena pakai pakaian yang bersopan, disarankan memakai baju kurung. Terpaksa la buat muka toya. Petang tu jumpa rami la jugak cikgu, Cikgu Zainab, Cikgu Tajun, Mummy Nik, Teacher E, Teacher Fauziah, Teacher Anis, Teacher Nisrin, Cikgu Ja'a, Sir Wawa dan HEA ( Cikgu Fadzli). Nasib baik sempat jumpa Cikgu Tajun, sebab dia nak pergi Kuantan petang tu.

Awal-awal lagi kami dah tempah chalet, tapi ramai pulak cikgu yang offer tidur rumah diorang, Mummy Nik la, Teacher Fauziah la, Teacher Ruby la. Tapi tempahan dah buat, kami tidur chalet je la.


Terasa panjang pulak tulis, entri ni dah bertangguh selama beberapa hari, ni dah takde mood nak tulis dah. Macam mana orang tulis novel panjang-panjang tu ah ? ( Ini disambung pada 11 Julai, yang bahagian atas tu, ditulis pada 9 Julai)


Petang tu sempat jumpa beberapa orang cikgu . Nak balik bilik cepat-cepat, konon nak lari daripada junior la sebab kami pakai T-shirt je. Nasib tak menyebelahi, junior baru habis aktiviti kokurikulum, yang Form 5 pulak baru habis Program YES. Chalet sebelah Koop, depan chalet tu biasanya budak-budak lepak. Terperangkap kat depan Koop, kena serbu dekat junior. Rasa macam jadi bahan pameran pun ada, semua duk tengok. Koop sekarang dah makin maju, ada jual Ice Blended lagi tau tapi Ice Blended yang pakai kordial la.

Terperangkap depan Koop, borak-borak, cakap pasal pengetua baru pun ada. Hehehee. Dalam pukul 5.30 petang baru masuk bilik.


Photobucket
Petang tu jugak, pergi jalan-jalan tengok kelas. Kelas kami dah jadi bilik seminar.


Photobucket
Intai-intai makmal.


Photobucket
Jumpa Cikgu Tajun.
Khamis (5 Julai 2012 )

Pukul 9 pagi baru keluar dari chalet, mula-mula pergi ambil sijil SPM dulu. Dahulukan yang utama. Lepas tu jalan-jabatan ke jabatan. Borak-borak dengan cikgu. Soalan paling famous adalah soalan yang ditujukan pada Ain, "Kat sana senang dapat makanan halal tak ?" 

"Senang, ayam halal ada jual dekat supermarket."

Lega hati tau Ain dapat makan ayam. Tapi kesian, kat sana ikan mahal. Jadi memang tak boleh la kalau nak uli sendiri keropok lekor.

Jumpa junior masa rehat. Ramai yang cuak nak SPM. Standard la tu. Aku pun cuak. Tapi bila dah masuk asasi, dah rasa SPM tu takde benda pun. The life after that is more excruciating

Masa duduk borak-borak dengan junior, jumpa Teacher Mariana yang baru habis kelas. Kelakar. Dia jerit " Oh kembar saya ! "

Lepas tu masuk Jabatan Matematik kemudiannya Jabatan Sains Sosial.

Tengahari sikit, jumpa Teacher Ruby dekat Bilik Kaunseling, dia tanya "Kenapa tak telefon sebelum nak datang? Tu la malas nak telefon kalau tak boleh duduk kat rumah Teacher dah la Ustaz pun takde." 

Hehehehe. Memang selalu macam tu, datang maktab tak pernah nak bagitahu cikgu, konon nak buat surprise la.

Alhamdulillah Teacher mengandung kali keempat. Lepas tu Teacher offer pulak untuk jadi panel interview untuk Mock Interview 14 Ogos ni. Aku segan sebenarnya nak terima, panel-panel lain tu semua senior yang hebat-hebat, bakal-bakal Doktor dan Insinyur. Aku ni nak jadi cikgu je. Entah la, kita tengok, kalau dah takde orang sangat, baru pergi.

Photobucket
Ada lagi gambar PRS dekat Kenyir :')


Tengahari tu Daddy Ja'a bawa kami pergi makan kat luar. Makan Nasi Kukus. Sebelum ni kedai tu takde pun. Kuala Berang dah makin maju, banyak kedai-kedai bertambah. Kalau dulu, outing pun bosan. Tapi bosan-bosan outing pun, selalu jugak keluar. 

Tak sempat jumpa Mummy Nik sebelum balik, sebab kami balik maktab dalam pukul tiga. Sebelum tu teman Daddy beli barang untuk Robotik. Kesian Ain dengan Zureen jadi mangsa buli. 

Photobucket
Tengok ! Sampai tak nampak muka .

Balik maktab, solat dulu. Lepas tu lepak dekat Jabatan Sains, tunggu Teacher Fadzilah. Dia tumpangkan kami ke stesen bas. Alhamdulillah, rezeki kami murah, memang sikit je belanja. Asyik-asyik orang nak belanja. Sambil tunggu Teacher Fadzilah, snap sikit tinggalan kami dekat Jabatan Sains ni. Berlambak gambar.

Photobucket
Ni kad-kad daripada Kelas 5C

Photobucket
Ni semua gambar-gambar yang ada kat meja-meja cikgu.


Photobucket
Kreatif tak junior ?
Hari kami pergi tu, Pengetua baru tu takde. Jadi tak dapat la nak jumpa dia, tapi ada gambar dia dekat board. Ni je la yang dapat. 

Photobucket
Gambar pengetua. Pengetua baru yang berbaju merah. Pengetua lama Encik Zainal yang pakai kot tu.




Photobucket
Ini semua cikgu-cikgu kesayangan :)
Kami sampai di stesen bas dalam pukul 5. Bas pukul 6. Pergi duduk Secret Recipe kejap. Memang dua hari berturut-turut makan kek. Mana tak gemuk. Alas perut. Pukul 6 naik bas, dalam pukul 9 jugak la sampai rumah.

Photobucket
Cuba ambil gambar macam Alice Gao.


Photobucket
Bergambar mesti ! Kenangan :)


Photobucket
Terasa nak beli Polaroid la pulak. 

p/s : Sorry. Hari ni baru terasa nak post. Tengoklah bulk post hari ni. 

Kisah Benz

08:17

Something 'bout Love - David Archuleta 



"BENZ!"

Benz berpaling. Langkahnya dihentikan menanti Kucai yang bergegas ke arahnya. "Dah nak balik?" tanyanya memerhatikan Kucai yang hanya bersarung jean dan baju-T.

Kucai mengangguk. "Kau balik bila ni?"
Benz merenung jam di tangan. “Ayah aku sampai tiga setengah nanti.”
“Jumpa dia tadi?” Kucai bertanya terus tanpa berselindung.
Kening Benz terangkat sebelah.
Kucai senyum tawar. “Jangan buat tak paham dengan aku. Jumpa Didi tak tadi?” tanyanya terus tanpa mukadimah.
“Kat kelas.” Pandangannya dilontar jauh ke arah parking lot di depan surau yang terletak di antara kolej kediaman putera dan puteri tu.
“Cakap dengan dia?”
Wajah Kucai dipandangnya. “Tak”
Kucai menghela nafas panjang. “Kau nak cakap dengan dia tak ni?”
Pandangannya ditala kembali ke tempat parkir. Serena hitam yang dilihatnya tadi mula bergerak meninggalkan perkarangan surau.


“Kau cakap dulu kau bukan nak cari pasal dengan hidup adik aku.”
Wajahnya terangkat mendengar suara dingin tanpa nada itu. Kucai berdiri di hadapannya. Dapat dilihat dada Head Boy di hadapannya sedang berombak ganas seolah-olah menahan sabar. Telefon bimbitnya seolah-olah akan hancur dengan genggam buku lima. Di sebalik cermin mata tanpa bingkai itu dapat dilihat mata Kucai dingin berbara.
“Sebelum aku buat apa-apa Benz. I give you one minute to hear you say.” Namun suara diplomasinya masih dingin seperti tadi.
Mata Kucai seolah-olah boleh menembus mana-mana jasad yang ditentangnya. Benz menghela nafas perlahan. “Aku sayang dia.”
Riak wajah Kucai ketika itu nyata tidak dapat ditafsirkan antara terkejut atau mahu melayangkan buku lima.
“Aku sayang dia.” Ulangnya lagi. Tenang dan yakin. “I just want to protect her.”

“Benz.”Kucai memanggil, apabila dilihatnya Benz tiak memberi reaksi.
Perlahan Benz melepas nafas. “Aku rasa biar je la macam ni”
“Benz, aku berdiri depan kau sekarang ni sebagai kawan kau. Bukan abang dia”
“Biar macam ni.” Benz mengeluh perlahan  memberi kata putus.
“Benz...!”
“Dia takkan ingat, dan aku pun takkan mengungkit.” Benz terlebih dahulu memotong.
“Sekurang-kurangnya mungkin kau nak clarify hal hari tu. Lepas ni entah zaman bila pulak korang jumpa lagi.”
“Dia takkan nak jumpa aku lagi.”
“Biar aku je yang cakap dengan dia.”
Wajah Kucai direnungnya. Benz menggeleng perlahan. “Janji dengan aku, Kucai. Not a word out.” Pandangannya ditala semula ke arah parking lot di sebelah Prado yang kini kosong. “Biar je macam ni.”
“Sekadar macam tu?”
“Biar je macam ni.”
Kucai merengus perlahan. “Lame, Benz.”
Case’s closed.” Tenang dia menuturkan.
Kucai melepas nafas perlahan. Akur. “Kalau kau sendiri yang dah kata macam tu.” Wajah Benz dipandangnya. “Kau sure?”
Case’s closed.” Muktamad.


JEMARINYA BERLARI tanpa arah pada tali gitar. Berakhir sudah zaman sekolah. Benz bersandar di kepala katil. Tanpa sedar dia melagukan korus Hlovate. Bibirnya mengukir senyum pahit. Aku tak pernah kacau dengan sweet pain macam ni kerana seorang perempuan. Dia menggeleng perlahan. Kalau betul perasaan ni bertanda, ini pertama kali dia merasainya. Pandangannya ditala ke luar tingkap melihat matahari yang semakin terbenam.
May your life be blessed, Addin Shah.
No matter what.


======================================================


Hari-hari laman Blogger ini aku tatap, namun jiwa terasa kosong, tiada apa yang ingin diluahkan. Entri Jaulah ke Kuala Berang dibiar menjadi sekam di dalam draft. Buat masa sekarang, aku lebih pada menghabiskan novel marathon penulisan Hlovate. Terasa ingin berkongsi, hikayat Benz di sini. 

Benz dengan egonya. Addin dengan egonya. Kalau dua cas positif berlawanan sesama sendiri pastinya akan menghasilkan tindak balas repel. Dalam hidup kita ni, kita boleh ibaratkan repel itu sebagai rebel.

Tersentuh hati bila terbaca bab akhir novel Tunas ini. Benz yang sanggup dipandang serong oleh Addin demi hanya ingin menyelamatkan Addin. Antara kasih sayang seorang abang yang ditonjolkan oleh Kucai kepada Addin dan sifat setia kawan antara Kucai dan Benz. Kucai memegang janjinya. Nyata Benz setia pada Addin. Tak sabar nak sambung bacaan pada novel aA+bB. Kisah Addin dan Benz setelah tamat zaman persekolahan. Tiada lagi istilah crush tapi perkahwinan.

Duh! Jiwang pula ya pagi-pagi ni. Hehehehe. XD 

Entah kali keberapa baca novel Tunas ni. Mula-mula masa Tingkatan Tiga. Tapi masa tu memang tak faham la benda-benda yang tak masuk syllabus lagi. Nak dekat SPM baca balik, sebab dalam tu macam buku rujukan jugak sikit, bagi semangat nak hadap SPM. Masa di PASUM baca lagi sekali sebab rindu zaman sekolah. Sekarang baca lagi sebab nak khatam balik semua novel Hlovate. Al-Quran pun nak kena khatam jugak. Dah nak masuk bulan Ramadhan dah kan ?