NUMA BLACK

18:12

Yeay ! Alhamdulillah. Dah dapat tudung yang diidam-idamkan selama ni. Macam-macam halangan. Mula-mula tunggu nak ada duit. Maklumlah, saya ni penganggur. Tapi sekali-sekala tu ada la jugak buat kerja, merasa la sedikit rezeki berbentuk wang. Bila ada duit, stok pulak habis. :(

Nasib baik, ada Cik Nad yang baik hati ni. Dia kerja dengan TudungPeople. Kawan masa dekat PASUM dulu. Kerja dia hari-hari balas email orang.

NUMA BLACK : Ini yang saya terima petang tadi
Hitam dipilih kerana, dalam banyak-banyak selendang yang ada ni, takde langsung warna hitam. Warna hitam ni penting sebab, kena dengan semua jenis warna baju. Jadi boleh la buat tudung di saat kecemasan. Hehehe. Bab gosok-menggosok ni bukan kegemaran saya, jadi tudung ni sesuai sebab tak payah gosok. Tapi bila duduk rumah ni, pakai tudung bibik je kalau nak keluar pergi kedai tu, takde nak melilit-lilit bagai.




Ni model dia pakai. Lawa betul kakak ni.

Boleh tengok banyak lagi tudung dekat TudungPeople..Kena cepat tau, sebab stok TudungPeople ni cepat habis dan terhad. Banyak lagi yang berkenan tapi "Aku enggak punya uang yang bayak sih"


You Might Also Like

6 comments