Mandi

16:30

Entri ini sesuai untuk bacaan kanak-kanak sahaja sebenarnya. Penulis masih berjiwa keanak-anakan lagi ya. Maafkan saya.


Bahang kepanasan dapat dirasai sejak kebelankangan ini. Duduk dalam rumah pun boleh berpeluh. Kain dijemur pagi, tengah hari dah kering. Jadi sudah tibalah masanya untuk kita memandikan anak-anak comel ini, almaklumlah mereka ini bersiram setahun sekali sahaja.

Anak-anak comel itu semuanya adalah kesayangan Muhammad Amsyar setelah diwarisi daripada tuan puteri seorang itu. Uhuhuhuhu

-----------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya aku ada banyak teddy bear, kalau dulu masa Darjah 6 siap boleh duduk atas katil susun semua teddy bear bagi penuh satu katil. Tapi bila dah besar sikit, Ibu suruh la bagi teddy bear tu kat orang. Dengan sedihnya aku bagi la, tapi tinggal seekor yang paling aku sayang.


Tapi semakin membesarnya aku sebagai seorang remaja, kawan-kawan pulak yang bagi teddy bear sebagai hadiah jadi bertambah lagi la koleksi. Lepas tu masa form 4 beli pulak seekor, siap bawak pergi asrama tau.

Masa nak pindah dari Le'Best Hazwani pun bagi teddy bear lagi, geng Ada, Jiha, Ela, Ecah dan Gee pun bagi teddy bear Pooh yang comel.

Teringat masa dekat Kuala Berang, Sir Nizam siap peluk lagi masa "fire drill". Yang cuaknya, dalam teddy bear tu la aku sembunyikan handphone. Hohohoho.

Sejak duduk PASUM balik rumah memang boleh dikira dengan jari la. Masa balik cuti raya, semua teddy bear aku takde. Tengok-tengok, semua duduk dalam bilik adik. Sampai sekarang dia ambil semua. Haish! Nasib baik teddy bear kesayangan aku tu dia bagi aku balik.

Kat PASUM pun ada lagi orang bagi aku hadiah teddy bear. Hehehehe. Nampak sangat aku ni tak matang lagi. Nisa pulak bagi masa main "Secret Santa". Yang tak tahannya bila bawak balik teddy bear yang Nisa bagi, adik aku ambil sampai buat tidur malam. :-(




Pusing
Nampak Angry Bird tengah marah sebab pening kena pusing-pusing.



Steam
Steam
Sambil tunggu mesin basuh, boleh lagi main tangkap gambar. Ya ! Saya bosan sangat dah ni !


Gantung
Upacara gantung diri !



Angry Bird
Angry Bird Muhammad Amsyar



Tunggang terbalik
Padan muka terbalik ! 


Sedih
Kesian hidung dia tercabut. Tapi saya sayang awak !
Ni la teddy bear yang paling aku sayang! Mana tak sayang, beli pakai duit sendiri, masa darjah lima kot. Masa tu pergi Pulau Pinang. Aku mintak teddy bear ni, tapi Ibu suruh pakai duit sendiri. Nasib baik murah jugak dalam RM30 je tapi besar dan seronok untuk peluk. Hampir satu dekad dah peluk benda alah ni. Hewhewhew. 


Tadi tengahari kan, kelakar. Adik balik, dia terus tanya "Mana teddy bear ? Nak peluk ni". Muka nak menangis dah. Adoi !




You Might Also Like

3 comments