4 "Wishlist" Kembara

18:22

Sebenarnya banyak "wishlist" aku ni. Nak buat macam mana kaki tak boleh duduk diam, nasib baik duit je yang jadi penentu boleh pergi ke tak. Bila pokai, redha je la dengan hanya tengok gambar-gambar yang terpapar dekat "News feed" dan "Timeline". Jadi mari kita senaraikan impian-impian kembara tu ya. Mana tau, kalau ada rezeki boleh buat.


1." Bus hopping " ( Bas loncat-loncat)
Naik bas angkut dari satu daerah ke satu daerah. Nak cuba makanan terkenal kat setiap negeri. Nak pergi tempat-tempat unik dekat setiap negeri. Nak ambil gambar banyak-banyak. Nak tengok orang ramai-ramai. Pergi jelajah pasar malam. Sebab dekat pasar malam la kita boleh jumpa makanan unik untuk setiap negeri.


Bas RapidKL yang senget.



2. Panjat Gunung Kinabalu
Ini pengaruh tengok cerita Dejavu di Kinabalu. Hahahaha. Tapi bukannya nak ikut mitos yang "kalau dua orang pasangan kekasih sampai ke puncak bersama, mesti cinta akan bersatu" tu, dah kalau pergi dengan adik, cinta apa yang bersatu ? Cinta adik-beradik ? Sebab sebenar, nampak lawa gila tempat tu. Yang pastinya kena buat latihan fitness la. Hari tu selamat sampai ke puncak Broga pun sebab jogging secara bersungguh-sungguh pasal nak bagi muat pakai baju untuk Malam Emas. LOL




Ni Cameron Highland je. Panjat pakai kereta. 


3. Jejak semua pulau kat Malaysia
Yang ni bajet paling besar kena sedia. Belanjawan nak pergi pulau bersamaan dengan belanja pusing satu Malaysia tau. Makanan kat sana pun dah dua tiga kali ganda. Tapi makanan tu tak kisah sangat. Maggi kan ada. Takpun Mee Sedap pun boleh. Masalahnya, tambang bot, tempat tinggal tu yang mahal.

Ni Pantai Tanjung Rhu, Langkawi.










4. Backpacking to UK
Yang ini, memang la tak tau tercapai tak impiannya. Tiket saje dah beribu. Fuh ! Nak pergi dengan siapa ? Tak tahu. Tunggu kerja tetap dulu, mungkin. Untunglah orang yang dapat belajar kat UK. Tapi nak dapat peluang belajar kat sana bukan senang. Dapat straight A pun tak mampu, dapat straight A+ mungkin. Lainlah kalau dapat biasiswa PAMA. Kalau dah yang jenis dapat biasiswa PAMA tu, nak ajak pergi UK duduk hotel yang "posh" pun takpe. Kenapa nak pergi UK ? Sebab bangunan-bangunan kat sana, MasyaAllah ! Lawa dan unik.


Saje je letak gambar KLIA. :p




Empat JE impian kembara aku. JE tu pun makan duit yang banyak. Ni nak pergi jumpa Ayong dengan Ain pun tak berkesempatan lagi. Dah la Ain dah lama balik Malaysia dalam dua minggu dah. Haish! :(



You Might Also Like

2 comments