4 "Wishlist" Kembara

18:22

Sebenarnya banyak "wishlist" aku ni. Nak buat macam mana kaki tak boleh duduk diam, nasib baik duit je yang jadi penentu boleh pergi ke tak. Bila pokai, redha je la dengan hanya tengok gambar-gambar yang terpapar dekat "News feed" dan "Timeline". Jadi mari kita senaraikan impian-impian kembara tu ya. Mana tau, kalau ada rezeki boleh buat.


1." Bus hopping " ( Bas loncat-loncat)
Naik bas angkut dari satu daerah ke satu daerah. Nak cuba makanan terkenal kat setiap negeri. Nak pergi tempat-tempat unik dekat setiap negeri. Nak ambil gambar banyak-banyak. Nak tengok orang ramai-ramai. Pergi jelajah pasar malam. Sebab dekat pasar malam la kita boleh jumpa makanan unik untuk setiap negeri.


Bas RapidKL yang senget.



2. Panjat Gunung Kinabalu
Ini pengaruh tengok cerita Dejavu di Kinabalu. Hahahaha. Tapi bukannya nak ikut mitos yang "kalau dua orang pasangan kekasih sampai ke puncak bersama, mesti cinta akan bersatu" tu, dah kalau pergi dengan adik, cinta apa yang bersatu ? Cinta adik-beradik ? Sebab sebenar, nampak lawa gila tempat tu. Yang pastinya kena buat latihan fitness la. Hari tu selamat sampai ke puncak Broga pun sebab jogging secara bersungguh-sungguh pasal nak bagi muat pakai baju untuk Malam Emas. LOL




Ni Cameron Highland je. Panjat pakai kereta. 


3. Jejak semua pulau kat Malaysia
Yang ni bajet paling besar kena sedia. Belanjawan nak pergi pulau bersamaan dengan belanja pusing satu Malaysia tau. Makanan kat sana pun dah dua tiga kali ganda. Tapi makanan tu tak kisah sangat. Maggi kan ada. Takpun Mee Sedap pun boleh. Masalahnya, tambang bot, tempat tinggal tu yang mahal.

Ni Pantai Tanjung Rhu, Langkawi.










4. Backpacking to UK
Yang ini, memang la tak tau tercapai tak impiannya. Tiket saje dah beribu. Fuh ! Nak pergi dengan siapa ? Tak tahu. Tunggu kerja tetap dulu, mungkin. Untunglah orang yang dapat belajar kat UK. Tapi nak dapat peluang belajar kat sana bukan senang. Dapat straight A pun tak mampu, dapat straight A+ mungkin. Lainlah kalau dapat biasiswa PAMA. Kalau dah yang jenis dapat biasiswa PAMA tu, nak ajak pergi UK duduk hotel yang "posh" pun takpe. Kenapa nak pergi UK ? Sebab bangunan-bangunan kat sana, MasyaAllah ! Lawa dan unik.


Saje je letak gambar KLIA. :p




Empat JE impian kembara aku. JE tu pun makan duit yang banyak. Ni nak pergi jumpa Ayong dengan Ain pun tak berkesempatan lagi. Dah la Ain dah lama balik Malaysia dalam dua minggu dah. Haish! :(



Rendah diri

20:57

Hari ni saya nak kongsi sedikit apa yang ustazah saya kongsi hari tu. Dia pun dapat masa dengar ceramah dari seorang ustaz. Katanya kalau nak melatih diri untuk merendah diri, kita kena selalu cuci tandas.



Kita manusia ni kadang-kadang tak sedar pun bila kita sedang riak. Ada yang sedar, ada yang tak sedar. Jadi untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku, marilah kita banyak-banyak cuci tandas. Cuci tandas dekat bilik sendiri pun boleh kalau geli sangat. Tapi kalau cuci tandas awam, memang tabik spring la ^^



NUMA BLACK

18:12

Yeay ! Alhamdulillah. Dah dapat tudung yang diidam-idamkan selama ni. Macam-macam halangan. Mula-mula tunggu nak ada duit. Maklumlah, saya ni penganggur. Tapi sekali-sekala tu ada la jugak buat kerja, merasa la sedikit rezeki berbentuk wang. Bila ada duit, stok pulak habis. :(

Nasib baik, ada Cik Nad yang baik hati ni. Dia kerja dengan TudungPeople. Kawan masa dekat PASUM dulu. Kerja dia hari-hari balas email orang.

NUMA BLACK : Ini yang saya terima petang tadi
Hitam dipilih kerana, dalam banyak-banyak selendang yang ada ni, takde langsung warna hitam. Warna hitam ni penting sebab, kena dengan semua jenis warna baju. Jadi boleh la buat tudung di saat kecemasan. Hehehe. Bab gosok-menggosok ni bukan kegemaran saya, jadi tudung ni sesuai sebab tak payah gosok. Tapi bila duduk rumah ni, pakai tudung bibik je kalau nak keluar pergi kedai tu, takde nak melilit-lilit bagai.




Ni model dia pakai. Lawa betul kakak ni.

Boleh tengok banyak lagi tudung dekat TudungPeople..Kena cepat tau, sebab stok TudungPeople ni cepat habis dan terhad. Banyak lagi yang berkenan tapi "Aku enggak punya uang yang bayak sih"


Mandi

16:30

Entri ini sesuai untuk bacaan kanak-kanak sahaja sebenarnya. Penulis masih berjiwa keanak-anakan lagi ya. Maafkan saya.


Bahang kepanasan dapat dirasai sejak kebelankangan ini. Duduk dalam rumah pun boleh berpeluh. Kain dijemur pagi, tengah hari dah kering. Jadi sudah tibalah masanya untuk kita memandikan anak-anak comel ini, almaklumlah mereka ini bersiram setahun sekali sahaja.

Anak-anak comel itu semuanya adalah kesayangan Muhammad Amsyar setelah diwarisi daripada tuan puteri seorang itu. Uhuhuhuhu

-----------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya aku ada banyak teddy bear, kalau dulu masa Darjah 6 siap boleh duduk atas katil susun semua teddy bear bagi penuh satu katil. Tapi bila dah besar sikit, Ibu suruh la bagi teddy bear tu kat orang. Dengan sedihnya aku bagi la, tapi tinggal seekor yang paling aku sayang.


Tapi semakin membesarnya aku sebagai seorang remaja, kawan-kawan pulak yang bagi teddy bear sebagai hadiah jadi bertambah lagi la koleksi. Lepas tu masa form 4 beli pulak seekor, siap bawak pergi asrama tau.

Masa nak pindah dari Le'Best Hazwani pun bagi teddy bear lagi, geng Ada, Jiha, Ela, Ecah dan Gee pun bagi teddy bear Pooh yang comel.

Teringat masa dekat Kuala Berang, Sir Nizam siap peluk lagi masa "fire drill". Yang cuaknya, dalam teddy bear tu la aku sembunyikan handphone. Hohohoho.

Sejak duduk PASUM balik rumah memang boleh dikira dengan jari la. Masa balik cuti raya, semua teddy bear aku takde. Tengok-tengok, semua duduk dalam bilik adik. Sampai sekarang dia ambil semua. Haish! Nasib baik teddy bear kesayangan aku tu dia bagi aku balik.

Kat PASUM pun ada lagi orang bagi aku hadiah teddy bear. Hehehehe. Nampak sangat aku ni tak matang lagi. Nisa pulak bagi masa main "Secret Santa". Yang tak tahannya bila bawak balik teddy bear yang Nisa bagi, adik aku ambil sampai buat tidur malam. :-(




Pusing
Nampak Angry Bird tengah marah sebab pening kena pusing-pusing.



Steam
Steam
Sambil tunggu mesin basuh, boleh lagi main tangkap gambar. Ya ! Saya bosan sangat dah ni !


Gantung
Upacara gantung diri !



Angry Bird
Angry Bird Muhammad Amsyar



Tunggang terbalik
Padan muka terbalik ! 


Sedih
Kesian hidung dia tercabut. Tapi saya sayang awak !
Ni la teddy bear yang paling aku sayang! Mana tak sayang, beli pakai duit sendiri, masa darjah lima kot. Masa tu pergi Pulau Pinang. Aku mintak teddy bear ni, tapi Ibu suruh pakai duit sendiri. Nasib baik murah jugak dalam RM30 je tapi besar dan seronok untuk peluk. Hampir satu dekad dah peluk benda alah ni. Hewhewhew. 


Tadi tengahari kan, kelakar. Adik balik, dia terus tanya "Mana teddy bear ? Nak peluk ni". Muka nak menangis dah. Adoi !




Reminiscing

13:22

  [rem-uh-nis]




I was browsing through my folders, tracking back all the pictures during the school days. Nostalgic. I miss the moment. The moment that we shared. The spirit that we had. The difficulty that we enjoyed. Priceless.
I edited a few pictures that were taken during our Physical Education Class. On that day we played "Bola Jaring". Girls against Boys. Guess who won ?

PE Class

PE Class


Get inspired

18:13

Browsing through lots of blogs will inspire you to make some great things. It is based on your preference. Different people, different passion.

My passion is more likely towards books, photography and travelling.

I found this on Alice Gao's blog : Lingered Upon ,

TRAVEL THE WORLD. CATCH THE FOOD. FACE THE LOCALS.

Stumbled upon Alia's blog, lead me to Alice Gao. Thanks Alia for introducing me to your favourite photographer. Her pieces are brilliant. She inspires me to work up on my camera. 



My English has gone rusty day by day. It is hard for me to finish this short post. Feels like switching back to Malay but I have to do this in English or I will never do it again. Sadly, I don't have English novels  anymore. Please anyone, send me a few English novels! By the way I'm searching for Richelle Mead's novel, Bloodlines.




Just snapped a few pictures of my favourite perfume. ^.^
a mist of this liquid will make my day :)

Budak-budak Cemerlang

19:24





Macam mana la tak rindu mereka semua ni, gambar-gambar mereka tergantung kat dalam bilik, memang wajib tatap hari-hari la. Ini la rakan-rakan saya dalam kelas Cemerlang. Tapi kami naik taraf nama tu jadi "Chaos". Nak rasa "cool" lagi kan, biar la nama macam mat salleh sikit. Hahaha. 

Sebenarnya susunan sebenar bukan macam ni, kat tengah-tengah tu ada gambar saya dalam jubah graduasi tengaj terima sijil, tapi saya malu nak tunjuk. (Bajet pemalu sebentar ya :p)

Sebenarnya ada lagi gambar yang cuci besar-besar, satu lagi gambar homeroom, tapi tak dapat dikenalpasti kemana menghilangnya gambar tersebut. Terima kasih pada ibu sebab tolong bingkaikan gambar-gambar ni. Saya hanya sumbang bahagian cuci gambar tu je. Tu pun dah habis banyak duit. Tapi gambar lebih baik cuci, kalau simpan dalam "hard disk" senang hilang. Bukan hilang data tapi hilang memori.


Nak kumpul duit lagi, nak cuci gambar lagi tapi gambar kat Lembah Bidong banyak yang hilang :(


Chiirocks :)

22:24





Selamat Hari Lahir Cik Asiah ! Semoga dipanjangkan umur dalam keberkatan :)

Petang semalam skype dengan Farah, Atul dan Syira. Memang takde idea nak buat apa untuk birthday Chiirocks. Kami semua ni macam Long Distance Relationship (LDR) pulak. Bukan kami semua jugak sebenarnya, aku je yang tercampak jauh kat Terengganu ni. Sob sob :'(

Mula-mula semua "blurr". Atul cakap, buat video la. Ha ? Video ? Uish ! Malu-malu, segan nak tepek muka dalam video, "self-capture" pulak tu. Nak "camwhore" pun tak reti-reti ni nak buat video. 

Bila buntu, apa lagi, itulah gunanya Mr. Google. Maka, aku taip la "Long Distance Birthday Celebration". Banyak jugak la tips-tips, tapi lebih pada untuk pasangan bercinta la. Banyak yang mahal, macam hantar bunga, hantar kek dan macam-macam lagi. Tapi ada satu ni yang menarik perhatian, tak payah pakai duit, cuma perlukan sedikit masa sahaja. Apa dia ?



Macam-macam boleh buat. Antaranya "scrapbook", "collage" dan "slideshow". Sayangnya Atul punya shift sampai pukul 1 pagi. Rajin betul mak cik sorang ni kerja. Sila-sila pergi ke "Starbucks Gleneangles Hospital", dan cari "The Awesome Atul" di sana. Jadi Atul buat video rakam dia sendiri je. Dia pun call Chiirocks jugak masa kitorang tengah skype.

Hari ni pun diorang pergi sambut dekat "Fullhouse". Redha je la. Ambe duduk jauh. :(

Maafkan saya dah jadi sesi luahan rasa pulak. Ehehehe. Nak tunjuk video yang saya buat dengan Smilebox :


Click to play this Smilebox greeting
Create your own greeting - Powered by Smilebox
Create a digital greeting card






Click to play this Smilebox collage
Create your own collage - Powered by Smilebox
Customize a collage
 Yang ni Farah punya.


Click to play this Smilebox scrapbook
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
Create your own free digital scrapbooking design
Yang ni Syira punya.








Pantai dan Pulau

19:06




Pulau yang paling jelas tu Pulau Rhu

Pulau yang samar-samar tu Pulau Perhentian


Pulau yang paling tak jelas di sebelah kanan tu, Pulau Redang.




Heeee. Dah lama tak pergi pulau, Pulau Langkawi tu lain la. Kali terkahir pergi Pulau, masa Tingkatan 5, pergi Pulau Perhentian. Gambar-gambar ni semua diambil di Pantai Bukit Keluang. Kalau nak mandi pantai, tak seronok mandi dekat sini. Risiko Air Pasang Besar tinggi. Kalau nak mandi pantai, lebih seronok di pulau.

Lagipun kalau pergi pulau tak ramai orang sangat. Lagi seronok. Air pun lebih tenang. Boleh main kayak. Adik bising ajak ayah nak pergi pulau, tapi nak pergi pulau ni, kosnya besar. Lagipun sekarang ni, petang-petang asyik hujan, jadi tak seronok jugak la.

Ini Pantai Bukit Keluang. Ramai sangat orang ! :O