Hikayat Cuti Saya

20:41

Bila saya berada di rumah, saya memang akan duduk diam sahaja di rumah. Keluar dari rumah hanyalah untuk menjemur kain di ampaian atau apabila mendapat seruan pertolongan daripada ibu-ibu saudara di belakang rumah. Saya lebih suka memerap di dalam bilik, dan menghabiskan masa dengan sedaya upaya mengkhatamkan novel-novel yang diborong setiap kali "shopping spree" kami sekeluarga di "Popular Bookstore".

Jadi setiap kalai orang tanya saya buat apa di rumah, saya pasti bingung untuk memberikan jawapan apa. Jawapan tipikal saya adalah "makan". Memanglah rugi kalau tak makan bila berada di rumah. Biarlah nasi putih berlaukkan ikan singgang dan sambal belacan berulamkan timun tapi pasti kecur air liur saya setiap kali mendengarnya.

Saya tahu cuti saya sangat tidak produktif. Kerja ? Malas, kerana bagi saya gaji di sini tidak berpatutan. Tahukah anda gaji tipikal di kampung ini hanyalah RM300 sebulan ? Tempoh kerja dalam sehari pulak dari pagi sampai petang. Memang tak cukuplah dengan nafsuku untuk borong buku-buku yang banyak tu. Tak cukup la untuk aku kumpul duit beli "barang kehendak" itu. Ok, bunyinya sangat "demand".

Maka saya dengan sendirinya melantik diri ini untuk menjadi seorang bibik separuh masa di rumah, dan "tutor "buat dua orang makhluk besar yang masih muda di rumah ini. Jadual waktu yang fleksibel. Diatur oleh diri sendiri. Pagi-pagi sambil dengar pengacara-pengacara MHI berceloteh, aku kemas rumah. Tapi bila cuti sekolah, aku pun cuti. =.=' Malas betul nak kemas rumah sebab dalam masa tak sampai sejam, dua orang makhluk itu pasti akan memporak-perandakan balik. Nasib baik takde darah tinggi. Haish.

Tapi sedih jugak, bila fikir-fikir balik, takde benda baru ke yang aku buat. Otak pun tak berkembang, tengoklah blog pun takde benda yang nak diisikan, gersang segersang tuannya. Maka aku berjinak-jinak juga dengan felt craft. Sambil menonton Dr. House takpun Friends, boleh la jahit-jahit sikit. Masih berada di tahap amatur lagi. 

Ini hadiah untuk Farah M, (Gambar pakai webcam  sebab malas nak cari kamera).

Masalah saya paling besar, kalau sekali keluar rumah mesti lama, hari tu pergi melancong ke maktab hampir dua hari. Nanti ada rancangan percutian ke Dungun bersama gadis-gadis tersayang, tak tahu berapa hari agaknya. 

Masalah kedua, sekali masuk kedai buku pasti diborong banyak sekaligus. Almaklumlah, sebulan sekali je masuk kedai buku. Ini hasil borongan pagi tadi. Sedih, sukar sekali untuk mendapatkan novel-novel berbahasa Inggeris di sini. Maka saya borong novel melayu berkualiti pastinya dari Jemari Seni. :)



Saya sedar, saya selalu tulis entri dengan bahasa baku sekarang. Trolololololololololol ^^ Yes I am a childish  big girl. 

Virus HB

22:13

Zaman ni, dengan kewujudan Facebook, setiap kali hari lahir kita, mesti ramai yang wish kan? Ramai yang kononnya ingat tarikh lahir kita. Sebab kat tepi tu ada reminder. Tapi ada je yang sembunyikan tarikh lahir tu. 

Ramailah yang "wish birthday" orang yang tak sembunyikan hari lahirnya. Tapi tak kisah la, kalau hati dah ikhlas kan. Macam aku, kawan dekat Facebook aku 600 je, tak ramai pun, orang lain dekat 5000 kot. Mustahil la aku nak ingat tarikh lahir 600 orang kawan aku tu. 

Tapi aku tak boleh tahan la kalau orang wish HB je. HB tu apa ? Bunyinya macam TB je. Kalau TB tu Batuk Kering, HB tu batuk apa ?

Mungkin la orang tu sibuk sangat sampai tak sempat nak tulis Happy Birthday. Tapi cuba la tunjukkan sedikit usaha anda menghargai seseorang tu. Kenapa tak buat SHL pulak ? Takpun SHJ ke ? 

Kan lebih baik kalau sambil wish tu sambil kita doakan kesejahteraan dia, contohnya : 

"Happy Birthday, may Allah bless you"

Ustazah Wan Mariana pernah ajar, kalau nak doakan orang boleh jugak kita cakap, "Semoga dipanjangkan umur dalam keberkatan". Kalau kita doakan orang panjang umur, tapi dalam kecelakaan, kesian dia nanti.


Peace ^^


Serangan Hari Guru

22:40

Tahun ini sebahagian kecil daripada warga Maserati Phantom (MP) menyerang bumi Kuala Berang. Setelah dirancang dan ditunda secara berperingkat-peringkat, sampai jugalah kami ke bumi yang aman sentosa itu pada petang 20 Mei 2012. Terima kasih tidak terhingga kepada Najahtul Husna yang telah bersusah-payah untuk membawa segerombolan kanak-kanak ini ke sana. Jasa Along amatlah kami hargai.


20 Mei 2012
Aku menaiki bas putih Syarikat Pengangkutan Bumi ke bandar Kuala Terengganu. Lesen P itu hanya senyap sahaja di dalam dompet merahku. Entah, diri ini semakin takut untuk berada di kerusi pemandu. Parah.

Setelah lebih daripada dua jam berada di dalam oven bergerak, akhirnya tiba sudah ke Ibu Negeri Darul Iman itu. Mata melilau-lilau terus tumpah ke arah sekelompok gadis-gadis cantik di satu sudut perhentian bas. Di situ aku nampak Piqa, Kakak, Ira dan Aina. Semuanya semakin cantik dan bergaya. Lama sudah tidak bersua muka, maka adengan peluk cium itu sudah menjadi kewajipan. ( Ehem, jangan bayangkan Lesbian ya! )

Mula-mula kami mengambil keputusan untuk menunggu Nek, Kak Long, Nurul dan Hana dahulu. Namun nampak gayanya, mereka tidak akan tiba di situ dalam masa terdekat. Maka kami mengambil keputusan untuk melilau di kawasan sekitar. Pergilah kami mengukur jalan, setelah mengelilingi kawasan tersebut seketika, tiada apa yang menarik. Lalu kami berlalu ke Mc Donald untuk merasai kedinginan penyaman udara. Dengan satu gelas Mc Flurry, kami duduk berborak sehingga keempat-empat gadis itu tiba.

Semuanya ingin merasai pengalaman menaiki Bas Bandar. Bas yang pada mulanya dijadikan asset untuk perlancongan Negeri Terengganu tapi malangnya kini lebih pada pengangkutan penduduk sekitar. Dengan bayaran hanya semurah RM1, anda dapat menaiki bas itu untuk mengelilingi Kuala Terengganu. Terdapat 3 jenis haluan : Losong, Gong Badak dan Chendering. Kami memilih haluan Chendering yang kurang penumpangnya.

Photobucket

Jauh juga rupanya laluan tersebut, semua menguap menahan kantuk. Hampir sejam juga. Sekembalinya kami ke perhentian bas Kuala Terengganu, kami beransur ke Masjid Putih untuk menunaikan solat dan kemudiannya menikmati makanan tengahari di sebuah restoran yang berhampiran dengan masjid. 

Disebabkan kesuntukan masa, kami berpecah kepada dua. Kakak dan Piqa menemani Hana untuk membeli keropok lekor di Pasar Payang. Manakala bakinya, menemani Kak Long untuk membeli "Contact Lens" dan sepasang kasut.

Nasib baik, selesai semuanya, bas menuju ke Kuala Berang belum memulakan perjalanannya lagi. Kemudian kami disertai oleh Nisa, Fati dan Noddy yang datang dari Kemaman. Kami sudah kepanasan di dalam bas yang semakin sesak itu. Amiri, Mimi dan Dayana menyertai rombongan kami beberapa ketika setelah kenyang menikmati makan tengahari di KFC.

Bas itu gamat dengan keletah kami yang masih keanak-anakan. Bercerita pelbagai pengalaman. Apatah lagi, sudah lama kami tidak bersua muka. Kami semua naik "bas loncat-loncat", perjalanan memakan masa lebih daripada sejam. Sedangkan Faris, Adib dan Muaz yang datang dari Kuantan telah berada di sana sejak tengahari lagi. Adengan kelakar sewaktu kami semua ingin turun di bandar Kuala Berang, akibat gopoh, loceng ditekan sewaktu bas sedang berhenti di lampu isyarat. Memalukan. =.='

Along sudah menunggu kami semua bersama-sama Faris, Muaz dan Adib. Setelah meletakkan beberapa buah beg yang termasuk dalam kategori berat di dalam kereta Along, kami berjalan kaki beramai-ramai ke Homestay yang terlebih dahulu telah disewa oleh Along. Kumpulan kami menarik pandangan orang ramai. Mungkin sebab kami semua anak dara . ( Hehehehe LOL)

Homestay itu dilengkapi empat bilik, tapi hanya dua bilik yang tidak berkunci, dua bilik mandi, ruang tamu dan dapur. Selesa untuk aktiviti keluarga. Udara yang nyaman. Rindunya pada suasana nyaman itu. Jalan yang kurang dilalui mengurangkan pencemaran udara. Kami duduk bersantai, menghilangkan lelah sebentar.

Photobucket

Pada malamnya, Qilut sampai dan menyertai kami di situ. Mak Along menyediakan makan malam untuk kami semua. Tapi, sambil menunggu semua merungut kelaparan dan bosan. Maka kami pergi berjalan kaki ke kedai runcit yang hanya sekangkang kera dari situ, sebaik sahaja kami berada di hadapan kedai tersebut, kami terserempak dengan kereta Along yang baru sahaja mahu ke rumah homestay kami.

Kelakar pula bila teringatkan kedai runcit kecil itu, semua ada. Minuman, makanan, permainan seperti "Barbie Doll" malah wangian dan bedak talkum pun ada. Macam kedai 7 Eleven versi kampung pun ada.

Setibanya kami di rumah itu, makanan telah siap dihidangkan. Maka kami semua duduk di dalam satu bulatan, seronok pula. Rasa macam balik ke kampung. Bulatan gembira. :)

Photobucket
Nasi minyak sedap ! :)

Kekenyangan. Kami duduk sambil berborak santai. Hana yang memulakan untuk membentangkan "toto", mula-mula semua malas, tapi bila kami keluarkan lagi "toto-toto" yang lain, semua meringankan tulang. Maka terhasillah pemandangan seperti ini :

Photobucket

Along bawa laptop tapi dia terlupa bawa "charger", maka dia pulang ke rumahnya ditemani Noddy. Setibanya Along, Noddy dan kali ini disertai oleh Namer dan Ani, kami memulakan projek untuk menyiapkan kad untuk dilekatkan pada "muffins" yang pada awalnya telah disiapkan oleh Along, Namer dan Ani. Sambil menyiapkan kad-kad itu, kami menonton "Parody Secret Garden" yang dilakonkan oleh kumpulan Super Idol Korea yang aku langsung tak ingat namanya apa. ( Kekurangan menonton rancangan Korea, membuatkan aku buntu setiap kali mereka bercakap mengenainya. Serious! Running Man pun aku tak layan)


Kemudiannya, kami memulakan projek kad untuk setiap jabatan. Separuh lagi pula menonton Running Man. Aku buat separuh, tu pun dah hampir pukul satu pagi. Disebabkan keletihan yang amat sangat, aku berundur diri dan tidur. Kemudian, kerja-kerja "touch up" disudahkan oleh kumpulan yang menonton Running Man. Terhasillah empat keping kad untuk empat buah jabatan :

Photobucket


21 Mei 2012 

Seawal lima pagi lagi sudah ada yang bangun. Bagus betul mereka semua ni, aku yang liat sikit bangun setelah azan Subuh dikumandangkan. Semuanya semangat nak melawat maktab kesayangan. Jadi pada pukul 7.30 pagi kami semua sudah siap untuk keluar bersarapan. Kami berjalan kaki ke sebuah warung yang berhampiran dengan kedai runcit yang kami pergi malam sebelumnya.

Photobucket

Buntu untuk pergi ke maktab. Disebabkan tiada pengangkutan, kami pulang balik ke rumah "homestay" itu. Pada mulanya kami ingin menyewa van yang biasa membawa kami keluar outing sebelum ini. Tapi, terdapat sedikit masalah. Maka kami meminta tolong dari Faris dan Along untuk berulang-alik mengangkut kami yang seramai enam belas orang.

Aku pergi dengan Along dahulu bersama-sama Qilut, Hana dan Fati. Kemudiannya Faris dan Adib yang membawa kereta Imran menyusul ke homestay kami. Mereka menyewa di chalet maktab. Kami berempat menunggu di pondok berhampiran dengan chalet. Berbual sementara menunggu yang lain. Tiba-tiba ada satu nombor asing menjengah telefon bimbitku, meneliti nombor tersebut yang terlebih panjang dan bermual dengan nombor tujuh, pasti Ain!

Photobucket

Ternyata tekaanku tepat, Ain menelefon dari Russia sana. Katanya baru sudah solat Subuh, kami berbual-bual sementara. Tak sabarnya nak tunggu Ain balik. Nanti nak melawat maktab lagi. Mereka yang lain semua sudah mengambil sijil SPM tapi aku belum lagi sebab mahu menunggu Ain dulu.



Setengah jam kemudian, semuanya tiba di maktab. Maka kami beransur ke pejabat dahulu untuk meguruskan sijil SPM. Berjumpa dengan HEP, En. Fadzli yang kini telah naik pangkat ke HEA. Jawatan HEP kini disandang oleh cikgu baru, lupa pula mahu bertanya namanya. HEKoQ pula disandang oleh Ustaz Abu Bakar.

Photobucket

Setibanya kami ke pintu kaca, kami disambut oleh Cikgu Manaf. Kelakar pula tengok muka Cikgu Manaf, riang gembira menyambut kami semua. Senyumannya lebar. Aku ingat lagi pesan cikgu " Jangan pakai jeans kalau nak datang melawat maktab."

Photobucket


Hadirnya kami dengan sedikit cenderahati yang tak seberapa untuk guru-guru yang sangat berjasa pada kami. Jikalau dihitung, tak terhitung agaknya jasa mereka.

Photobucket

Aku juga bertemu dengan Teacher Ruby, kaunselor kami yang sangat baik denganku di pejabat. Mana tak baik kalau asyik bertandang ke rumahnya dulu. Lagipun aku PRS di bawah seliaan dia.

Photobucket
En. Fadzli

Aku dan Along bertemu dengan Daddy kami ( Encik Azhar bin Che Hussin) di pejabat. Kasihan sama dia, "swollen eyes", dia yang sepatutnya pergi berkursus diberi "MC" selama empat hari. Diajaknya pula kami ke rumahnya untuk makan maggi. Hahahaha. Teringat pula kami sebelum ini, sering bertandang kerumahnya, memasak, menonton cerita, malah mengemas rumah.

Photobucket

Kemudian, aku, Along, Namer dan Ani pergi ke setiap jabatan untuk mengagihkan muffins dan kad-kad hasil kreativiti kami yang tak seberapa. Jabatan Bahasa nampak tidak berpenghuni, hanya ada Cikgu Zainab dan Cikgu Dayang sahaja. Sempatlah aku "snap" beberapa gambar. Kata Teacher Nik, "batch" kami telah membawa tradisi untuk menghias setiap jabatan pada setiap kali Hari Guru. Alhamdulillah, yang baik dijadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan. 

Photobucket

Ramai lagi cikgu yang aku jumpa, tapi rasanya kalau aku ceritakan semua, memang panjang entri ini jadinya. Yang ada Teacher Fauziah, Teacher Mariana, Teacher Fadzilah, Teacher Sayuwa, Teacher Zainol, Teacher Nurdiana, Teacher Azlina, Cikgu Rohaidah, Teacher Ilyana, Teacher Wani, Teacher Tini, Teacher Azwani, Sir Wawa, Cikgu Zakaria, Cikgu Tajun, Ustaz K, Ustaz Muhaidin, Ustaz Ubai, Ustaz Kamal, Cikgu Hamdan, Sir Nizam, Cikgu Ain dan ramai lagi.

Ada beberapa cikgu baru. Kebetulan pada hari kami datang tu, ada dua cikgu baru mendaftar. Sorang lulusan dari Auckland, sorang lagi dari Wellington. :O

Kemudian, kami semua warga 5C menyerbu Teacher Nik dan Cikgu Sayuwa yang sedang kepilkan soalan Biologi. Lalu kami diserap untuk menjadi warga kerja tak bertauliah umpama "factory line".

Photobucket

Niat sebenar kami nak bagi hamper kepada Mummy Nik, walaupun tak pasti Mummy makan tak semua benda tu. Hehehee.

Photobucket


Duduk berborak dengan cikgu-cikgu di Jabatan Sains, makan-makan. Cikgu Mariana siap cakap lagi kat aku, " Fina! Dah takde orang nak makan bekal saya lagi kalau saya bawak bekal lebih, kalau dulu masa rehat ade je orang nak makan."

Hehehe. Kantoi aku ni kuat makan. Kalau dulu, memang aku muka yang selalu lepak dekat Jabatan Sains, semua cikgu kenal aku. Kadang-kadang Cikgu Mariana akan bawak bekal lebih dalam satu tupperware lain, khas untuk aku dan kawan-kawan. Mee Goreng la, Nasi Goreng la.

Cakap pasal makan, cikgu-cikgu cakap, diorang dah tak makan kat kafe dah pun. Sekarang makan kat jabatan je. Katanya, makanan kat kafe dah tak sedap. Pok Lan dah takde dah kat kafe tu. Kalau dulu, hampir setiap malam, mesti makan Nasi Lemak Pok Lan. Sedap sangat.

Tapi sebab lapar sangat, aku dan Nida pergi makan kat kafe. Pastu aku pergi tengok Koop. Koop dah makin besar. Barang-barang pon dah banyak. Makanan berbungkus macam roti sosej dan kebab pun ada.

Photobucket

Photobucket


Hari dah semakin panas. Matahari tegak di atas kepala, menandakan kami sepatutnya beransur pulang ke destinasi masing-masing. Jadi aku masuk ke Jabatan Sains, kerana kami sudah berjanji dengan Mummy Nik untuk berjumpa dengannya pada pukul 1.

Photobucket
Teacher Fauziah
Photobucket
Penduduk Kampung Chaos. Seekor je kumbang.

Photobucket
Bersama Mummy Nik :)
Kami dihantar pulang ke Homestay untuk Solat Zuhur sebelum ke Kuala Terengganu oleh Faris. Merasa naik kereta besar Faris. Kemudiannya kami ke Kuala Terengganu dengan menaiki teksi, kerana takut terlepas bas. Maka berakhirlah pengembaraan ke Kuala Berang. Sekarang menunggu kepulangan Ain, untuk merancang pengembaraan seterusnya pula. ^^

Photobucket

Impian Saya

22:51

Impian saya adalah untuk pergi melancong kalau boleh mengelilingi dunia, tapi memandangkan cita-cita saya nak jadi cikgu, maka saya tahulah anggaran gaji saya hanyalah mampu untuk pergi backpacking sahaja, kalau setiap kali cuti teringin untuk melancong. Lainlah kalau rezeki saya murah, suami saya tu seorang yang banyak duit. 

Tapi,

Saya nak pergi melancong seluruh Malaysia secara sendirian dulu. Mungkin saya akan angkut sahabat-sahabat yang faham nafsu melancong saya yang tak cukup tanah ni. Mereka itu adalah Ain dan Ayong. Ain mungkin sibuk kot, Kakak Doktor kita ni bukan senang nak dapat cuti, sekarang pun duduk jauh berhampiran Kutub Utara sana. Ayong je la yang ada, tapi kalau ditakdirkan Ayong kahwin awal, dengan siapa saya nak pergi beronggeng ?

Mungkin boleh angkut adik-adik kesayangan yang 'available', tapi nanti mesti saya kena keluarkan duit belanja tambahan sebab pastinya mereka masih belajar pada masa itu.

Impian saya nak pergi melancong dengan menggunakan belanja yang paling minima. Takde la duduk hotel yang selesa bagai, namapun hotel asal cukup boleh tidur, solat dan mandi sudah memadai. Saya dapat inspirasi ni semasa menonton satu rancangan di TV3 suatau masa dulu, pergi melancong ke Kuching, Sarawak selama tiga hari, hanya berbelanja sebanyak RM200 termasuk makanan, tempat tidur dan pengangkutan. Tiket kapal terbang tu lain la.

Memang bukan senang nak belanja sedikit, pastilah tiada buah tangan yang banyak untuk dibawa pulang. Tak boleh la nak borong kek lapis Sarawak dan ikan terubuk yang terkenal di Bumi Kenyalang tu. Tiket Flight pula kena rajin-rajinlah intai laman web Air Asia tu. Pernah ada offer tiket RM0.10 tau ! Tapi tentulah bila tambah-tambah cukai, minyak semuanya jadi hampir RM50. Murah lagi tu kalau RM50. Tiket bas saya ke Kuala Lumpur dari sini pun hampir mencecah RM50.



Teringat pula promosi Air Asia sekarang, RM98 untuk pergi dan balik dari Kota Bahru ke Kuala Lumpur untuk bulan Jun nanti. Sama macam saya beli tiket bas pergi balik. Malangnya saya seorang petani anggur jadi amat mustahil la untuk bersuka ria di Kuala Lumpur. Saya tahu kalau saya ke sana, pasti tidak cukup dengan hanya RM200, pasti lebih. Dengan senarai novel-novel yang ingin diborong, hmmmm :(

Alhamdulillah setakat ini, Ibu Bapa saya sering membawa saya pergi melancong jika berkesempatan. Tanah Semenanjung ini sudah kami pusing. Tapi setakat ini, kami tak pernah berlama di Johor Darul Takzim. Entah kenapa, ingin juga saya berlama di negeri Tuan Puteri Gunung Ledang itu. Setakat singgah sebentar itu, belum memadai. Selama ini, setakat singgah dan berhenti untuk memborong kain-kain pasang, ada lah.

Tanah Borneo pula tidak pernah ku jejak. Mungkin boleh minta pertolongan sahabat-sahabat dari sana kalau ingin melancong. Mahu juga tengok Bujang Senang takpun menatap Gunung Kinabalu walaupun kudratku tak larat untuk menawannya.

Oh, panjang pula luahan impian saya pada hari ini. Baku pula bahasanya. Pasti saya tergelak apabila saya baca entri ini sepuluh tahun akan datang. ^^

Farah Mustapha : @farahmstpha

22:19

Happy Birthday to my Buffo Comel, Farah binti Mustapha Kamil. Now you are 19, dah boleh masuk Kelab Gadis 19 yang dipelopori oleh Atul, sebab Atul paling tua. Hahahaha.

Sorry sebab kita berjauhan :

Tak boleh nak buat Princess-like party. I know you love it. 






Tak boleh nak belanja Kek Red Velvet Starbucks yang Farah suka.


Tapi, semalam kita dah video call ramai-ramai, walaupun tak nampak muka.
Gambar baru capture tadi. LOL


Pagi tadi awak dapat sms, dan wall post dari DIA (ehemz !)



Pagi tadi kami semua tukar DP untuk Facebook, Twitter dan Skype 
Semua handmade.

Terima Kasih sebab jadi kawan yang baik

Terima Kasih sebab sudi tegur kalau buat salah

Terima Kasih sebab ajar Fizik

Terima Kasih sebab sudi teman keluar jalan-jalan

Terima Kasih sebab sudi dipaksa rela teman Jogging

Terima Kasih atas segalanya yang tak terungkap di sini




Kelakar aturan hidup ni kan. Aku dan Farah satu sekolah kot. Dulu kitorang berjiran bilik sebelah-menyebelah. Baik tu baik la jugak tapi tak sampai tahap nak cerita pasal Crush masing-masing la. Bila masuk UM ditakdirkan kami satu floor bilik selang dua bilik je, satu dewan kuliah pulak. Perangai tak payah nak cakap la, dua-dua opposite. Hahahaha, tapi sekarang dah jadi kawan baik.



Lupa, tujuan sebenar :

HAPPY BIRTHDAY FARAH BINTI MUSTAPHA KAMIL
MAY YOU BE BLESSD WITH LONGEVITY AND PROSPERITY
MAY WE STILL STAY CONNECTED 
ALL THE BEST FOR THE UPCOMING LIFE


Muka dia bila excited : Comel
Bila dia main air  ( Caption macam ni pun boleh. Hahaha) : Manja
Merenung masa depan : Suci
Muka menggoda : Smexy


Bila dia makan : Semangat





Ok, dah la tu gambar banyak-banyak. Nanti ramai terpikat.Nak nombor Ayah dia, sila cakap. :)


Hari Guru

21:13

Pagi tadi, pergi ke sekolah lama, sebenarnya teragak-agak juga nak pergi, sebab takut rasa tak diterima. Pelik kan ?

Faktor teragak-agak :
1. Aku pindah masa awal tahun aku Form 4
2. Jadi junior yang aku kenal sekarang hanyalah beberapa orang yang ada dalam batch Form 5 tahun ini. 
3. Cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku ramai dah pindah
4. Tinggal sikit je cikgu yang kenal aku
5. Ramai cikgu-cikgu baru yang aku sendiri tak tahu nama diorang apa

Dalam teragak-agak sampai jugak sana. Terima kasih pada Cik Nur Zawani kita yang sudi drive jauh-jauh. Rempit jugak budak ni bawak, meter 100 km/jam aje. Nasib baik kereta tak banyak. Ingat nak jemput Nini kat rumah dia, tapi sebab Nini tak perasan mesej masuk jadi tak jadi la.


Photobucket

Sampai dalam pukul 10, tunggu Zaty dan Ain Sapie. Kereta kami ada empat orang Zawani, Ain Sha, Hazwani dan aku. Lepas Zaty dan Ain Sapie sampai, kami lepak dekat pondok jaga kejap sebab nak tunggu Ela sampai. Nampak jugak ramai budak laki datang, semua naik motor. Semua dah lain, berjanggut la, makin tembam la. (Cakap orang tembam, tapi tak sedar diri =.=')

Tengok-tengok Nini mesej, cakap dia pun nak datang. Untunglah orang ada driver kan. Hehehehe


Pergi tengok cikgu-cikgu main dulu. Semua segan nak jumpa cikgu yang duduk dalam kelompok ramai, sebab ramai cikgu-cikgu baru yang tak kenal. Mula-mula nampak Cikgu Jue. Dia tengah mengandung dah masuk tujuh bulan dah.


Lepas tu jumpa Ustaz Husni, Cikgu Shafie pun ada. Siap ambil gambar lagi.


Photobucket
Fina, Zawani, Ain Sapie, Zaty, Ain Sha, Cikgu Shafie, Ustaz Husni, Ela, dan Hazwani
Nini sampai lewat sikit. Tapi Nini lah leader, cikgu-cikgu semua kenal dia. Siapa tak kenal best student sekolah kan ? Ada je junior yang datang salam dia. (Nini mesti bangga baca ni =.=")

Ramai jugak cikgu-cikgu yang dapat jumpa tadi, antaranya : Cikgu Noraini, Teacher Kasih, Cikgu Norhayati, Cikgu Norma, Teacher Nurdiana, Cikgu Norma Ibrahim, Madam Azimah, Cikgu Suriani, Teacher Zuaini, Ustazah Patimah, Ustazah Zainara, last sekali jumpa Sir Hamid. Dapat jugak aku jumpa Sir Hamid. Dia siap cakap "Ni muka ni dah lama tak nampak." Banyak betul aku cari pasal dulu dalam kelas dia. Tapi aku memang respek la dia. Harap dapat jadi Cikgu Bahasa Inggeris macam dia la. Sampai sekarang aku duk cari mana buku nota grammar aku tu.

Cikgu-cikgu baru pun aku bantai salam, kalau tak silap Teacher Rini kot tegur, "Muka ni tak pernah nampak pun." Aku pun kena la jawab " Oh, saya pindah masa Form 4." Tapi aku dapat rasakan Teacher Rini tu sangat mesra dengan pelajar dia. 

Tujuan lain pergi sekolah pun, diorang nak ambil Sijil SPM. Aku pun tak amek lagi sijil SPM. Tunggu Cik Ain Sakinah dari Russia pulang dulu lah. Padahal Ahad ni nak pergi Kuala Berang. Tak sabarnya ^^


Photobucket
Bersama Nini dan Sijil SPMnya yang hebat !

Photobucket
Yang cantik tu la driver kita hari ni.


Photobucket
Dewan

Comel je video yang budak Form 5 buat . :)

Imbauan Memori

23:10

Esok Hari Guru. Kalau zaman sekolah dulu, sekarang mesti ada kat mana-mana tempat di perkarangan sekolah. Sibuk dengan agenda bersama-sama rakan-rakan seperjuangan. Daripada Form 1 sampailah Form 5. 

Yang paling aku ingat, masa form 1 pukul 12 tengah malam, aku masih berada di dewan lagi, bersama MPP, berlatih persembahan yang tak jadi dipersembahkan pada guru-guru..

Masa Form 5, duduk dalam dewan bersama-sama rakan-rakan lain tengok adik-adik Form3 buat persembahan dikir barat. Aku dah lupa aku jadi AJK apa, tapi berkait dengan Permainan la. Yang paling aku ingat, aku gaduh dengan Lutfi, lepas tu dia merajuk tak nak bercakap sebab aku bantah nak buat game Ikan Keli apa entah. =.='
*Yang paling menyusahkan sebab kitorang kena bekerjasama. Haish ! Aku lupa bila kitorang baik.


Masa tahun-tahun lain, aku kurang ingat. Tapi tiap-tiap tahun terlibat dalam organisasi pelaksana rasanya. Letih memang letih, tapi bila tengok cikgu-cikgu gembira, kepuasan tu tak dapat digambarkan. Lepas tiada lagi Hari Guru untukku bantu uruskan sebagai pelajar, tapi harap-harap ada Hari Guru untukku sebagai Guru.

Aku tak tahu rezekiku di mana, tapi aku harap jalan yang dipilih ini betul.

Pick-up Line ;)

22:26






"Just pay me with a smile."



Photobucket



Photobucket



I just knew a few pick up line. Well, I don't have any experience. What I have here are a few that I got from "hasil menelaah novel-novel". These become my favourite because they do make me smile, not a regular smile but "Senyum sampai ke langit". Hohohoho. Ayat tak boleh tahan. Ayat-ayat ini tidak digalakkan bagi yang belum berkahwin. Bukan apa, tak berkat. ^^










Expenditure : FOOD

19:31



What do you spend most if your money on ?

My answer is FOOD.

When staying in college, I spend at least RM5 a day but somehow I did try to spend only RM1.50 by buying Nasi Lemak with fishcake and divide it into two portion for lunch and dinner. Erm, I don't like it that much, it is unhealthy because every processed food such as Fishcake, does not have a right amount of nutrient and my enormous tummy cannot bear it.

At least once in a month, my friends and I will go to somewhere nice and blast ourselves with sumptous food . Some people might say we are spoiled brat but when to think about it, we go out and eat only. We rarely do bowling, movies or anything else. Yes, I know the food are a bit expensive but then you have to find your own way to back up the money back by saving. :)


The preview below should be censored. They are Foodporns.



Aisha's Birthday Celebration


Malam Emas

IKEA's fod

DMF

Nisa's Birthday


Photobucket
Ben's with The Jaggers

Photobucket
Food Foundry with The Jaggers


Photobucket
My birthday from GODA : Midnight


Photobucket
My Birthday from GODA : Dinner


Photobucket
Tony Roma's with GODA
Photobucket
Berbuka puasa at Nando's with N2


Photobucket
Berbuka with GODA


Photobucket
Delicious with Nisa, Dina and Mariam


Photobucket
Atul's birthday


Photobucket
Our (Dina, Nisa and I) Rainbow Birthday Cake from The Jaggers

Photobucket
Seoul Garden for Syamel's birthday
Photobucket
Kenny Roger's with Mariam, Nisa and Azlin
Photobucket
Raya Celebration with N2
Photobucket
Bubbles
Photobucket
Delicious treat by Hazirah