PASUM : Facilities

23:47

Alhamdulillah, pelajar PASUM semua ditempatkan di Kolej Kediaman Ke-12. The best college in UM. 


Apa yang bagus sangat dengan Kolej 12 ni ?

Kemudahan sangatlah banyak. Nak makan ? Dekat Kafe tu ada various range of food. Masakan Melayu, masakan Arab, masakan Barat semua ada. Nasi Lemak, Chicken Chop, Nasi Campur, Nasi Ambang, Nasi Dendeng, Kebab, Roti Canai, Chapati, Aiskrim, Burger, ABC dan yang paling menarik kita ada Cincau Cafe. 

Cincau Cafe ni sebenarnya gerai yang menawarkan pelbagai minuman yang sangat menarik. My favourite were Bancau (Bandung Cincau), Teh Ais, Teh Limau Ais dan Limau Ais. Tapi ada pelbagai lagi jenis minuman seperti Air Mambang, Anggur Lemon, dan macam-macam air pelik lagi. Itu baru cakap pasal makanan, sebenarnya banyak lagi. Tapi bila dah lama-lama duk menghadap benda sama, bosan juga.


Photobucket
Kafe


Photobucket
Cincau Cafe

Photobucket
Minuman yang bewarna-warni

Photobucket
Air Bancau terakhir sebelum pulang, tak ingat siapa yang belanja Syira ke ?


Kemudahan lain yang tak semua kolej ada adalah, kedai fotostat dan kedai dobi. Kalau nak kata kedai dobi mahal, takpe, jangan risau, ada mesin basuh yang pakai duit syiling RM2 tu. Tapi kalau nak jimat, basuh sendiri la.

Photobucket
Kedai Fotostat


Photobucket
Kedai Dobi

Ada Koop kalau nak beli roti, air berkabonat, 100 plus, Red Bull, Nescafe. Kalau lapar, jangan risau Koop buka sampai pukul 3 pagi. Kadang-kadang ada nasi lemak, ada roti pizza, roti yang macam dekat bakeri tu ada jugak la sikit. Tapi bila musim exam, Koop sangat laku, orang cari nescafe, Red Bull, 100Plus dan makanan  untuk stay up.


Photobucket

Photobucket


Kolej 12 juga ada ATM machine. ATM untuk Bank Islam, memang duit biasiswa KPT pun dimasukkan ke dalam akaun Bank Islam. 

Kalau pasal bilik, satu bilik dikongsi dua orang. Katil, locker, meja study semua ada. Tandas pun ok. Iron pun disediakan. 


Photobucket
Katil, meja dan locker



Photobucket
Meja belajar

Photobucket
Iron. Ok ada kesan koyak kat atas papan tu =.='

Photobucket

Photobucket
Toilet



Kolej Kediaman 12 ni macam flat pun boleh. Blok lelaki ada 7 tingkat, blok perempuan ada 9 tingkat. Dekat tengah-tengah yang membahagikan blok lelaki dan perempuan ada tasik dan bangunan yang menempatkan, Dewan Gemilang dan Kafe.

Photobucket
Tu blok lelaki.

Photobucket
Tasik Kolej 12

Photobucket
Dewan Gemilang


Photobucket

Photobucket

Photobucket


Peralatan elektrik tertentu sahaja yang dibenarkan. Water heater, laptop, radio, hair dryer dan charger handphone. Semua tu kena daftar. Tapi kalau pandai sembunyi, tak daftar pun takpe. Kadang-kadang staf akan buat spot check. Tapi kalau bayar pun bagus jugak, sebab korang pakai eletrik kan.

Photobucket
Lepas daftar, akan dapat sticker macam ni.




Sekarang nak cerita pasal kemudahan pembelajaran. Lecture dijalankan di Auditorium, ADK, Dewan Kuliah A (DKA) atau Dewan Kuliah B (DKB). Tutorial pula dijalankan di Bilik Tutorial atau Bilik Seminar. Practical (Eksperimen) dijalankan di makmal-makmal. 

Kalau Auditorium, first batch yang pakai Auditorium tu batch 11/12. Jadi masih baru lagi la.

Photobucket
Bangunan baru PASUM


Photobucket
Auditorium PASUM

Photobucket
Bilik Tutorial


Kemudahan yang disediakan Universiti Malaya adalah internet. Internet yang percuma. Memang sangat menggoda. Biasa la tu, nak search jawapan untuk tutorial atau nak tulis report tapi terbuka Facebook dan stalk orang. ( Okay tu kerja aku =.=' Menyesal ! )

Kalau nak pergi library pun boleh. Cuma kena bawak kad matrik je la. Seronok belajar kat situ sebab sejuk macam dalam peti ais. KL kan selalu panas.




Tasik Varsiti pun ada. Kat situ boleh la kalau nak main kayak. Jogging pun best. Tapi kalau nak yang lebih mencabar pergi jogging keliling Bukit Cinta tu. Memang berpeluh-peluh.

Ada Kompleks Perdana Siswa (KPS). Kat sini ada pelbagai jenis mesin ATM. Maybank, Bank Islan, RHB dan banyak lagi. Dekat KPS ni ada Pekan Buku. Pekan Buku ni kedai buku, ada pelbagai jenis buku, majalah dan bahan bacaan. Ada kedai alat tulis, harga lagi murah nak banding dengan kedai dekat luar. Ada Pejabat Pos, Kedai 1Malaysia (Kedai Runcit la), Tempat Makan (Macam Food Court) dan banyak lagi.

Setakat ni benda tu je yang datang dalam kepala, kalau nak cakap pasal kemudahan yang ada untuk pelajar PASUM.



p/s : Betapa malunya nak ambil gambar, terpaksa buat sembunyi-sembunyi, tu yang bergegar semacam tu.


PASUM : Timetable

20:06

Jadual seharian budak PASUM, biasanya sangat padat. Kelas paling awal bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang. Rehat untuk solat dan makan biasanya pukul 1 tengahari sampai pukul 2. Tapi jadual untuk setiap kumpulan berbeza.

Ada yang mula kelas pukul 8 pagi, takpun 9 pagi atau pukul 10 pun ada. Ada kelas yang dapat rehat tengahari awal, pukul 11 atau 12 tengahari. Ada kelas yang habis pukul 4. Semua jadual berbeza-beza. Duration untuk setiap tutorial hanyalah sejam. Kuliah pun sejam. Katanya kita boleh fokus paling maksima pun untuk 40 minit terawal sahaja. Kalau untuk practical atau lab, kebiasaannya 3 jam, tapi kadang-kadang ada dua jam setengah bergantung pada eksperimen yang dijalankan.

Kenapa jadual pack sangat ?

Ada 5 subjek termasuk Bahasa Inggeris untuk dipelajari. Bagi setiap subjek Sains seperti Kimia, Biologi, Fizik dan Matematik, setiap satu akan dipecahkan kepada dua bahagian untuk setiap semester. Maka terhasillah dua paper untuk setiap subjek sains pada setiap kali Peperiksaan Akhir Semester.

Kalau untuk Semester 1 :

FQAH0111 : Cell Biology
FQAH0112 : Reproduction, Ecology and Development of Organisms
FMAX0111 : Basic Physics 1
FMAX0112 : Basic Physics 2
FKAX0111 : Physical Chemistry
FKAX0112 : Organic Chemistry
FJAX0111 : Algebra
FJAX0112 : Calculus
FB0111 : English Preparatory Course 1

Kalau untuk Semester 2 pula : 

FQAH0113 :  Physiology of Organism
FQAH0114 :  Genetic and DNA Technology
FMAX0113 : Basic Physics 3
FMAX0114 : Basic Physics 4
FKAX0113 : Physical Chemistry
FKAX0114 : Organic Chemistry 
FJAX0113 : Algebra and Calculus
FJAX0114 : Statistics and Probability
FB0112 : English Preparatory Course 2

Kadang-kadang ada kelas yang dibatalkan, tapi kena diganti. Masa kelas batal semua gembira, bila ada notis kena ganti semula, semua berat kaki nak pergi. Kalau ada cuti umum lagi sakit. Bayangkan untuk jadual sehari tu kena ganti., untuk tutorial dan lectures. Satu hal pulak nak cari masa kosong untuk ganti. 


Photobucket
Ni jadual kelas N2.

Untuk N2, kami sangat sibuk pada awal minggu, tapi bila hari Jumaat tu selalu jugak keluar masa senggang tengahari tu, sebab lelaki kena pergi Solat Jumaat, jadi masa rehat lama la sikit. Jadi kaum perempuan ada la yang keluar pergi makan kat luar.

Kalau petang lepas habis kelas, budak perempuan ramai yang tidur, jogging, online, makan, basuh baju, atau keluar pun ada. Kalau budak lelaki ramai yang main kat padang.

Malam tu ikut suka nak buat apa. Tapi ramai yang siapkan tutorial, report atau study. Tapi ada je yang keluar balik pukul 2 atau 3 pagi. No curfew man ! 






Kat bawah ni jadual Pusat Asasi lain :


Photobucket
Pusat Asasi UIA
Jadual di atas adalah jadual untuk Pusat Asasi UIA. Ni untuk yang exempted Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Kalau nak tahu pasal exempted bahasa ni tanyalah mereka-mereka yang tahu, saya kurang tahu sedikit pasal UIA ni. 





Photobucket
UiTM Puncak Alam

Untuk Pusat Asasi UiTM, yang ini untuk Asasi Kejuruteraan, mungkin hampir sama dengan Asasi Sains Hayat. Mereka belajar 6 subjek termasuk Bahasa Inggeris.









Jadual dibawah ni diselitkan juga jadual pelajar KYUEM. Tempat orang genius. Jadi boleh la dijadikan motivasi, PASUM tak la pack sangat jadualnya kalau nak dibandingkan dengan budak KY. Sampaikan hari Sabtu pun ada kelas. Ingatlah, Allah hanya menguji hambanya yang mampu.

Photobucket
Jadual macam Sudoku je gayanya.

Photobucket












Nawal Aqilah Amir : @nawalaqila

13:46

Adikku tersayang. Adik beradik lain mak dan bapak, tapi ada seorang Daddy yang cool ! Sebenarnya kami sama homeroom di MRSM dulu. Ini post edisi istimewa untuk dia, nak hantar hadiah, jauh sangat. Nak pergi Food Party yang dia adakan pun tak berkemampuan. Almaklumlah, bila dah balik rumah ni, kaki bagaikan terikat. Malas untuk keluar kemana-mana, terperap dalam rumah. Konon nak jadi anak dara contoh. Hehehehe ( =.=)


Hari ni hari lahir dia yang ke-19. Aku hampir terlupa. Sejak bercuti panjang ni, tarikh pun dah lupa, hari apa pun tak sedar. Aku memang bagaikan katak di bawah tempurung. Nasib baik ternampak wall post Cik Ain Sakinah kita di Facebook News Feed, terus tengok tarikh. MasyaAllah, hampir terlupa aku. Sebenarnya jam tangan aku pun aku lupa di mana letaknya. Betapa kurang ambil kisahnya aku sejak berada di rumah ni.  


Rasa ralat pula, hari tu Nawal bagi hadiah sempena hari lahirku. Buku comel itu, tak sempat lagi untuk kugunakan. Nantilah, boleh tulis kata-kata semangat dalam tu. Hobi aku suka mengumpul quotes, pelik bukan?


The gift that she gave me. :) Thanks dear little Sissy !


Sekarang adikku sayang seorang ini tengah berjuang dalam badai IB yang semua tahu tahap susahnya macam mana. Bertahanlah ya adikku, Allah menguji hambanya yang mampu sahaja. Exam pun dah nak dekat. Semoga kuat ya !

Selamat Hari Lahir yang ke-19. The last year before you end your teenage dream. Semoga dipanjangkan umur dalam keberkatan. Love you my dear little sister <3


Yang paling comel tu Nawal. ^^







CINEMA : Food

15:02





1. McDonald's Burgers. 
Hehehe. Because I did it twice. Smuggling McChicken Burger into your big handbag is not a nice thing to do, as then your bag do smell like McChicken.

2.Home Cook.
This would be ridiculous for them. Where else can they gain money from aside from the movie's ticket. Yes, they charged us RM10 for popcorn and mineral water which we can get it half of its price if we bought it from outside unless you buying Garret popcorn. I just would love to have Nasi Goreng in the cinema. ^^

3. Desserts
Eating cakes, tarts or waffles would be nice. Having  pavlova in the cinema while watching a chic-lit movie. Hmmmm. My saliva is drooling. Seriously. 


But, I have read somewhere, (I forgot where it is ?) eating while watching movie or televison is not good for your health. Food digestion is not done properly and you tend to eat a lot and that will ruin your diet. Diet never end for everyone because diet is the way you control your eating. To live healthily, you should watch what you consume. ^^ 




LIE

20:20






"I'm okay, don't worry about me."

"I'm fine, thanks for asking."

"Tell me the truth. It's okay, I can handle it."

"I didn't get it, but it's fine."

"I'm failed but never mind I don't care"



typical

Kenapa

19:13

Kenapa ramai yang menilai dari segi rupa paras, kepandaian dan harta ?

Kenapa tak lihat pada akhlak dulu ?

Ice Skating

22:10


So it was the time I spend with GODA but then, some of our friends were joining too. We went to Sunway Pyramid for ice skating. At first, I didn't feel like going as I was not well, my body broke down after hanging for about a month for the sake of exam. I had a flu and I got dizzy but, when I gave a thought, it would be my last time with them, so I went out with them.

Ice Skating. It was my first time to go ice skating. They said that people who is good with roller blade can skate well, but sorry uncle, I am bad with roller blade.

So, I tried. Thanks to Sab, because she taught me how to skate. Slowly such as baby steps, I tried to skate. For the first hour, I never slammed my face on the ice yet. Such a great win for a beginner. That was because, I always bend my knee to make my body stable but there was no fun and my feet started aching.


Then I tried to stay cool and skated slowly without bending my knees, BUM! I fell. It's hurt ! And  then BUM! BUM! I fell for about 10 times and my body were suffering for two days. I had nothing much to tell here and the pictures are not that much because I didn't bring my camera into the skate rim.

Photobucket


Photobucket
Nak pakai kasut pun susah.


Photobucket
Weng transformation during our dinner at Mc Donald.





So it was the last time I went out with GODA. Hmmmm

Mamak McD

16:36

Sememangnya hari Khamis selepas kertas Statistik dan Probabiliti itu diluangkan bersama the Jaggers. Jadi pada malamnya kami pergi lepak pulak. Pilihan kali ini adalah kedai mamak seksyen 14 PJ. Mamak pun kami layan tau! Teh tarik sedap! Cuma Hana dan Farisha tak ikut sebab mereka berdua balik rumah. Alih-alih bila sampai kedai mamak, aku kenyang lagi, melepas nak makan roti telur. Kenyang makan Ben's dan Delcious pun tak habis lagi.

Inilah gaya orang yang terperangkap dalam kolej je. Bila dah ada masa, keluar je memanjang. Idea daripada  Dina yang tak nak duduk terperangkap dalam kolej. Exam dah habis, kalau stay dalam kolej, memang useless la rasa. Padahal keesokan harinya ada exam English lagi.Tapi buat-buat pandai English, tu yang tak study. 

Photobucket
Satu je bukan gambar candid.

Tapi yang tak selesa bila pergi kedai mamak ni, mesti ramai lelaki yang pandang bila masuk dalam kedai tu, sebab kami semua perempuan dan masa tu malam, tapi kawan-kawan saya ni kebulur bang. Lepas siap makan, pergi duduk lepak Mc Donald kejap sebab nak dapat air cond. McD tu sebaris je dengan kedai mamak tu.

Beli Chicken McBites dengan air Coke segelas untuk share enam orang. Kurang ajar la kalau duduk kat McD tapi tak beli apa-apa kan. Ramai gila orang dekat McD, semua muka student je.

Dapat satu meja besar, lepas tu ada satu plug.Tengok-tengok ada sekumpulan lelaki ni, nampak macam budak U, diorang pun nak duduk dekat meja sebelah kami, nampak gaya nak pakai plug jugak. Kami pun nak pakai, aku yang jahat sikit, suruh Nisa cepat-cepat sambung dekat plug sebab bateri laptop Nisa memang nak habis dah pun.Lepas tu abang tu cakap kat Nisa yang dia ada extension. Jadi share la.


Kami pun duduk borak-borak, tiba-tiba Aisha nampak yang salah seorang daripada abang-abang tu bukak e-Spectrum UM. Sah memang budak UM la. Kami pun macam, alamak! Hahahaha. Lepas tu aku pulak nampak, abang sorang ni pakai baju 9th college. Kalau la diorang tahu kami ni pun UM jugak, habis la. 

Padahal kalau diorang tahu kami ni budak UM pun bukan ada masalah. Tapi lepas tu kami buat bodoh je la. =.=


Lepak kat McD tu bukan buat apa pun, saja-saja je. Tengok-tengok main photobooth pakai MacBook Aisha. Hasilnya tengok la, berlambak gambar pelik-pelik kami semua.Gambar-gambar di bawah ni memang buat aku gelak la bila tengok balik.

Photobucket
Mula-mula tiga orang : Nisa, Dina dan Aisha



Photobucket
Mariam pulak join.



Photobucket
Ok, ini chipmunks.


Photobucket
Mata semua dah jadi pelik.


Photobucket
Ni hidung pulak jadi pelik.


Photobucket
Dina jadi alien


Photobucket
Ni semua bajet adorable



Photobucket
Yang ni sumbat enam orang : Azlin, Mariam, Nisa, Dina, Aisha dan Fina


Photobucket
Dalam ni fokus pada Aisha. :)

p/s: Mesti orang cakap, pergi mamak dengan McD pun nak cerita. Well, I just wanna share this joyous moment with my friends.

Delicious Treat

14:24

Siapa yang tak suka bila orang nak belanja ? Orang kaya pun suka kalau kita belanja dia.


Hari tu, petang lepas balik dari KLCC tu dalam setengah jam je, aku mandi dan solat Asar, terus keluar balik. Sebab ada senior yang cantik ni nak belanja. Hazirah, senior di MRSM Kuala Berang. Budak Medic tu ! Masa tu dia baru dapat elaun. Sugar daddy dia, incik JPA berikan. Dia pun nak belanja kami. Kami tu aku dan Farah M.


Dia cakap nak belanja dessert. Mula-mula, tak tahu pun nak pergi mana. Tengok-tengok dah sampai Bangsar. Bangsar senang sikit, sebab banyak restoran. Kalau untuk desserts yang sedap, ada Daily Grand, Delicious, Baskin Robbins (aiskrim pun kira dessert la).

Sebab Farah M tak pernah makan dekat Delicious, kami pun pergi la Delicious.

Photobucket
The desserts.

Sebelum ni aku pergi Delicious dengan Nisa, Mariam dan Dina. Aku pilih Chocolate Banana Cake. Sedap! Tapi kali ni, aku pilih Tiramisu, sebab lama dah tak makan Tiramisu. Farah pilih Banofee Pie. Rupa-rupanya Tiramisu dia tak sedap, tapi Banofee Pie tu sangat sedap ! 


Photobucket
Seriously Delicious Cheeseburger
Hazirah order 'Seriously Delicious Cheeseburger'. Tergelak aku masa dengar nama burger tu mula-mula. Tapi memang 'Delicious' pun. 

Duk cakap-cakap pasal maktab, pasal cikgu, pasal senior, pasal junior. Macam-macam la.

Pastu Hazirah ada cakap pasal dua dinner yang dia kena hadiri, dinner yang terdekat pun tak sampai seminggu dari tarikh kami jumpa dia hari tu. Jadi kami ajak la dia tengok butik-butik kat Bangsar tu.

Ramai yang tak tahu kat Bangsar tu ada banyak butik. Kalau rajin nak masuk semua butik, mesti dapat 'dress' pada harga yang murah tapi lawa.


Photobucket

Pergi dua tiga butik, lepas tu lalu depan bubbles. Teringin nak minum Chocolate Bubbles Tea sebab bila balik Terengganu memang 'senang' la kan nak jumpa Bubble Tea. Tengok-tengok nampak Atul dan Syahira kat dalam tu. Terus jerit "Atulllllllll !!! ", muka memang tak malu. Atul ni memang pelanggan tetap Bubbles, pekerja tu memang cam muka Atul pun.

Atul dan Syahira cakap diorang bosan sangat duduk kat kolej. Asiah ada BBQ dengan classmates dia. Memang hari Khamis tu kami berlima decide untuk keluar dengan classmates je. Jumaat tu baru keluar berlima.



Photobucket
Window-shopping !
Jam dah nak dekat pukul 7 malam, kami balik. Sebab Hazirah ada study group, kami pun ada janji nak keluar dengan classmates lagi. Lalu dekat jalan belakang Bangsar, naik bukit. Atas bukit tu ada satu rumah yang sangat besar, saja nak pergi tengok. Pastu ada satu tempat tu boleh nampak KL Tower dan KLCC. Tapi gambar tak jelas pulak. :(

Photobucket