The Piano Guys

13:40

Browsing through the Internet, scrolling the News Feed, I found this, a post by Aiman Azlan,




There is only one word can describe them, AWESOME ! Mungkin aku 'bias' sebab aku suka tengok orang main piano . Bila la nak belajar main ni ? Cari suami pandai main piano la macam ni .

Actually The Piano Guys project is a joint-venture project of John Schmidt (pianist) and Steven Sharp Nelson (Cello player). They are quite popular among the musicians .

What are you waiting for ? Go and subscribe ThePianoGuys here .

There are a few videos that captivated me .






Rupanya diorang la yang buat cover Viva la Vida and Love story tu .


Akan datang

23:30








Jangan kau ragu terhadapku
Takkan kubiar kau tertunggu

Bersabarlah kau menantiku



Jangan terlalu kau memburu

Takkan lari yang dikau cari

Akan pasti saat yang dinanti



Pastikan datang detik waktu

Saat ditunggu saat denganmu

Pastikan datang jua waktu
Dalam hatiku kau dekat selalu



Setiap kata dari hati

Takkan sekali kumungkiri

Ku berjanji untuk mu di sini



Setiap detik yang berlalu

Tak sabar untuk ku bertemu

Dan menghitung saat dengan mu



Sehingga ditemukan kita

Sehingga disatukan rasa

Percayalah di antara kau dan aku
Kita sama berteman rindu


Ini semua gara-gara menonton Flash Mob KLIA tu la, dulu selalu dengar lagu ni, tapi sekarang dah jarang . Lagu ni boleh relate jugak dengan diri sendiri . Ooops ! Jiwang kejap . Tapi memang la kita perlu bersabar, pastikan datang detik waktu, masa yang sesuai untuk sesuatu itu . Bagiku, saat ini masih awal, sedangkan ada rakanku sudahpun bertunang . 


Bercakap pasal Flash Mob KLIA, video ni dah lama, dalam beberapa minggu lepas juga la .



Nak dikatakan Flash Mob, tak jugak, sebab kalau flash mob, muzik dipasang, dan orang menari . Ni orang menyanyi . Tapi still menarik . Paling tak boleh tahan makcik-makcik pun menari. =,=. Tapi, yang kelakar komen pelancong Argentina tu . Tapi Flash Mob Dubai Airport lagi best . 








p/s : Nice morning walk, with Ibu and siblings.



I just love the view

nonsense ranting

Pantai

21:30

Pantai itu menggamitku lagi,
Walau berjauhan, ku tetap merindui,
Kedamaiannya, membuang rasa gundah,


Oops, bermadah pula . Huhuhu . Aku tak reti nak buat sajak macam Ain Sakinah. Aku hanya mampu meluahkan rasa sahaja .Tempat ini namanya, Pantai Air Tawar, 20 minit dari rumahku. Memang aku selalu rindukan kedamaian pantai dan kedamaian hutan tatkala otakku kusut . 

Oleh sebab itu, aku nak tinggal di kawasan luar bandar bila dah kerja nanti . Mungkin mundur daripada segi pembangunan, tapi ketenangan tu ada . Aku memang tak tahan dengan kesesakan lalu lintas . Udara yang tercemar . Aku tak biasa .

KL sangat panas bagiku kalau nak dibandingkan dengan kampung. Aku memang gadis desa . Itu fakta . Namun asalkan aku tidak mundur dari segi ilmu, tidak mengapa . Sekurang-kurangnya aku masih tahu apa yang berlaku disekeliling .

Muhammad Amsyar





Muhammad Wafiy

Holiday

Bukit Tinggi

21:38


Dah lama dah pergi Bukit Tinggi ni, sebelum masuk PASUM lagi . Percutian terakhir sebelum masuk belajar . Bila tengok kamera balik, eh, gambar ni tak 'transfer' lagi dalam laptop.

Ni kali kedua pergi Bukit Tinggi . Kali pertama bila entah, dah lupa. Kalau nak cari ketenangan boleh la pergi sini . Tapi kalau nak buat aktiviti, yang ada setakat main golf dengan Equestrian je . Sukan orang-orang kaya je semua . Kita orang sederhana yang cukup-cukup makan ni pergi menikmati permandangan je la .

Aku pergi hari Jumaat, kalau pergi 'weekend', malam-malam tu akan ada persembahan, tak ada rezeki nak tengok persembahan. Jadi pergi setakat main game arcade je . Token kat atas tu mahal satu game habis RM4. =.=  Aiskrim pun mahal, aiskrim rainbow Mat Kool yang 50 sen kat 7Eleven tu pun jadi RM2 . 

Entrance ke Colmar Tropicale

Tak berorang . Sebab weekdays .

Seni bina Perancis  yang menjadi tarikan .


Gambar-gambar di atas semua di Colmar Tropicale, ada satu lagi tarikan tempat ni, Japanese Garden . Boleh la kalau nak feeling Jepun sikit. Ada la ikan koi, rumah  berseni bina Jepun . Kalau dulu air dalam kolam tu banyak, tapi masa aku pergi hari tu, dah nak kering . 

Kat atas tu tak sejuk pun. Tak payah nak pakai sweater sangat la, setakat dingin tu boleh la . Masuk bilik yang ada 'air-cond' lagi sejuk kot .

Adik aku buat gaya orang India kat tempat Jepun =,=




Aku suka tempat ni, sebab aku nak cari ketenangan. tapi kalau korang yang jenis melancong tu sebab nak 'shopping', salah tempat la .






Boleh buat poskad tak ? Hehehehe


Aiskrim .

13:36



Menghadiri majlis kesyukuran semalam, di atas perkhawinan sepupu , Raja Muhammad Affan dan Nurul Ain . Dua-dua doktor gigi . First time aku tengok orang bagi goodies bag ada ubat gigi sekali . Pernah dapat goodies bag yang ada ubat gigi tak ?

Lepas tu siap ada soft aiskrim lagi . Dijamin halal . Ustaz yang jual . Budak-budak tahfiz pula yang jaga booth . Hahahaha, tundukkan pandangan . :)

Adik-adik aku sampai 6 kali makan, aku tiga je . Kenduri yang serba sederhana tapi meriah dengan kehadiran orang ramai . Takde pelamin . Bagus tak bersanding . Bersanding tu adat india, jangan diikut . 

books

RM200 for free

22:04

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan ke atas kerajaan Malaysia kerana bermurah hati untuk memberi RM200 secara percuma kepada pelajar-pelajar instittusi pengajian tinggi, pelajar Kolej Matrikulasi dan pelajar STPM.

Aku adalah antara orang yang bersemangat nak amek voucher ni . Kalau orang yang kenal aku, memang tahu sangat aku ni suka shopping buku .

Alang-alang dah dapat voucher memang aku terus beli buku-buku yang mahal terus . Ye lah, bila nak pakai duit sendiri rasa berat pulak kan .



Aku ambil voucher tu hari Jumaat pagi . Keesokannya, hari Sabtu, selepas Kelas Jati Diri, aku pergi KLCC, shopping kat  Kinokuniya syok kot ! Banyak pilihan buku .

Sebenarnya, malam tu lagi aku dah list kan buku apa yang aku nak beli . Dah jadi tabiat, sebelum shopping, kena plan dulu nak buku apa. baru tak membazir masa . Hasilnya aku berjaya shopping dalam masa tak sampai sejam .

Naik LRT dari stesen Uni pukul 1 tengah hari, pukul 2 petang tu aku dah ada kat bilik dah pun .

Aku beli Ensiklopedia Solat harga RM100, ibu yang cadangkan beli ensiklopedia ni . Berbaloi . Penerangan yang ringkas, padat dan menarik . Banyak gambarajah . Bayangkanlah, pasal haid, ada dimasukkan diagram menstrual cycle yang ada dalam syllabus Form 5 tu .

Satu lagi buku, My Grammar and I or should be Me?, harga RM69.90 . Buku ni aku jumpa masa baca blog pengacara MHI (Malaysia Hari Ini) tu, MZul, kalau korang tengok MHI la . Buku tu tidak mengecewakan aku, cara dia explain English mudah difahami contohnya : perbezaan antara Advice dan Advise, senang nak faham dan senang nak ingat .

Secara totalnya aku habiskan 3 voucher RM50, tambah cash sendiri RM20  di Kinokuniya . Sebenarnya nak beli buku Aku Terima Nikahnya tu . Tapi stok dekat Kinokuniya dah habis .

Jadi aku simpanlah satu lagi voucher tu dulu . Balik kolej, tidur dan study kejap, Atul dengan Syahira ajak pergi MPH pulak . Aku memang tak dapat menahan godaan tu, susah betul kalau bila dah nak tu, mesti nak jugak . Keras kepala betul .

Pusing-pusing MPH tu , tak jumpa-jumpa, lepas tu terpaksa tanya kaunter jugak . Alhamdulillah dapat beli buku Aku Terima Nikahnya dalam RM 59.90 . Maka habislah voucher RM200 tu dalam sehari . Tapi bila beli buku ni, semua ingat, dah nak kahwin ke ? Urgh . Buku tu bukan pasal alam perkahwinan pun tapi pasal persediaan kita dari sejak remaja lagi . Pembinaan sahsiah dalam diri . Perhubungan dengan ibu bapa, keluarga dan masyarakat .


Baiklah ini kisah saya dengan perbelanjaan voucher daripada kerajaan Malaysia . Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang membayar cukai . :)


random

Awan itu

21:00



Awan itu mendamaikan gundah di hati
Awan itu menerbitkan senyuman di bibir
Indahnya kejadian Tuhan sang Pemcipta
Maha Suci Allah, Subhanallah .












































Hati sangat tenang bila melihat keindahan ciptaan Tuhan ini .

hang out

Berjimba

00:09

Apakah maksud JIMBA tu sebenarnya ? Menurut fahaman aku, berseronok kot . Hari tu bersamaan dua hari selepas Ulangtahun Kelahiran Along tersayang, Najahtul Husna Ramli, kami pergilah berjimba ke suatu tempat yang asing bagi kami .

Alkisahnya bermula dengan pengembaraan aku ke UIA kampus Petaling Jaya, tempat idaman aku pada suatu masa dahulu . Sebab sebenar, nak teman Along daftar . Cuaca yang baik, Alhamdulillah, pukul 8 dah bertolak, bangun awal pagi walaupun malam tu dah tidur lewat, almaklumlah kalau nak berseronok kena la berkorban untuk siapkan tutorial . Itu prinsip baru, siapkan dulu tutorial baru fikir nak keluar .

Awan sekarang selalu je cantik . Ciptaan tuhan semuanya cantik .

Alhamdulillah, ada orang drive . Naik Accord !
Arip berbesar hati nak bawak kami jalan-jalan . Alhamdulillah . Maka lepas selesai urusan pendaftaran, duduk bertapa sekejap kat UIA tu, nak kata sekejap sejam lebih la jugak. Orang lalu lalang dengan kereta, kami buat muka toya .

Sempat aku jumpa Nik, lepas tu Najah jumpa kawan sekolah lama dia, siap dapat Fererro Rocher sebagai hadiah birthday . Dah la mamat tu hensem .

Tempat asing tu kat tempat yang ada singa Sphinx tu . Nak cari parking pagi-pagi ahad memang susah, alih-alih sampai tingkat atas sana ha . Penat turun escalator, bak kata Najah hari ni kita main escalator je .

Tak ramai pun datang, budak-budak PALAM Imran, Adib, Tikah, Kak Long dan UAE je . Orang lain sibuk dengan komitmen masing-masing .

Dah sampai tu tak tahu nak buat apa pulak, kalau gathering baik buat group activity, main bowling adalah pilihan yang terbaik kalau nak dibandingkan dengan tengok wayang .

Amatur dan beginner .

Acara siapa paling banyak masuk longkang .

Group pictures .

Menunjukkan kehandalan masing-masing .

Teka, siapa yang dapat markah paling tinggi ?
Dah habis main, semua lapar, maka bergerak la mencari makanan .


Licin.



Pukul 3 dah bergerak balik . Keesokkan hari dah la ada test bio dan fizik . Mencari risiko betul . Tapi seronok dapat gather dengan kawan-kawan, update diri masing-masing .