Sayu

13:00

Video ini bisa membuatkan aku menangis, bukan sebab apa , tapi sebab rindu . Sudah lama tidak bersua dengan mereka, dan ianya semacam mustahil untuk mengumpulkan semua di satu tempat, kali terakhir kami bersama adalah sewaktu menduduki peperiksaan Biologi kertas 3 . Setahun sudah berlalu .


Video ini buat pertama kalinya dipertontonkan pada umum, di Terengganu Equestrian Resort, pada majlis Grand Annual Dinner Maserati Phantom dan selepas itu, tidak ditonton terus oleh semua orang . Kerana hanya seorang sahaja yang memegang salinan video ini, iaitu Afif .

Namun syukurlah, Afif berjaya memuat naikkan video ini di Youtube . Kalau dulu aku rasa muak apabila menontonnya . Apatah lagi aku turut terlibat dalam menjayakan video ini, menolong Opeq dan Azami . Aku dan Ain, memilih gambar-gambar, menyusun, memilih lagu, dan memastikan ianya lancar . Hampir berminggu-minggu juga usaha ini dijalankan .

Walaupun video ini tidak sehebat mana, namun memori yang terakam adalah "priceless" .

Soundtrack -
Brothers - Untukmu Teman
Nidji - Laskar Pelangi
Shila Amzah - Memori Tercipta
Aizat - Pergi



Biarlah ceritera ini terpahat disini, menjadi peneman meniti hari, biarpun, kau dan aku hanya tinggal memori







I cried

You Might Also Like

0 comments