Cikgu.

19:27

Dekat Sekolah Kampung Paoh aku rapat dengan beberapa orang cikgu . Hasil setelah selalu lepak dalam Jabatan . Dalam empat jabatan, jabatan yang paling best untuk dibuat tempat lepak adalah Jabatan Sains. Bukan sebab aku minat subjek Sains, tapi sebab kebanyakan cikgu yang rapat dengan aku duduk dalam Jabatan Sains .

Dalam Jabatan Sains selalu je ada makanan . Sebab tu kot ramai yang suka lepak sini.



Jabatan Sains

1. Cikgu Mariana.

Lutfi cakap muka kami berdua hampir seiras, lepas tu makin ramai yang cakap kami ni hampir sama . Aku tengok tak pun . Entah la . Dia ajar aku Physics , sebab tu Physics aku A+ . Hehehehe . Selalu je pergi meja dia, mesti dapat makanan, mana tak aku membesar dengan jayanya . Ada tu dia siap, masak nasi goreng la, mee goreng la . Siap bagi aku satu tupperware lagi . 



Tapi ada sekali tu dia pernah merajuk dengan kelas kami, sebab markah Physics teruk gila . Aku siap dapat C masa tu . Serious, aku dah tak tahu nak buat apa masa tu . Memang dalam tempoh sebulan tu rasa awkward gila , sampaikan aku jarang masuk Jabatan Sains . Tapi lepas tu, kitorang memang study betul-betul, ramai yang dapat markah tinggi .

Pernah masa birthday dia, kelas kami buat Surprise Party . Aku dengan Ayong pergi beli kek, masa tu weekdays . Sepatutnya kami tak dibenarkan keluar, tapi di atas budi bicara dengan HEP (soft skill sangat penting di sini) kami berjaya keluar, dibantu oleh Tc Ruby dan Ustaz K .

Kalau nak cerita, banyak lagi .





2. Teacher Fauziah


Teacher Fauziah ni cikgu Chemistry aku merangkap penyelaras SPM batch kami . Dia sangat hebat bagi aku . Suara lunak , kalau mengajar memang best , tapi aku selalu tertidur dalam kelas . Ampunkan saya teacher ! 


Dia sangat memahami, ada sekali tu dia tanya, awak semua stress tak ? Masa ni nak dekat dengan SPM, dua tiga minggu sebelum tu la jugak. Tengok-tengok dia bawak kami semua pergi berehlah dekat Taman Awam Kuala Berang. Seronok kot .



Aku ni boleh dikira sebagai PA dia jugak la, selalu kalau musim-musim exam, aku la yang tolong dia marking  kertas budak lower form takpun buat clerical work . Dah duduk melepak kat jabatan tu baik tolong cikgu kan .


Dia ada anak , semua comel-comel . Paling tua darjah enam kot tahun ni .






















3. Teacher Nik Nor Azura


Tc Nik ni cikgu kelas aku daripada Form 4 sampailah Form 5 .  Dia ni tegas dan ada aura tersendiri . Cantik . Tapi dah kahwin, ada dua anak dah pun . Oghe Klate ja . Rumah dia ada la dalam setengah jam dari rumah aku .  


Dia dulu nak jadi doktor, tapi sebab ada kesilapan teknikal kertas jawapan exam hilang, pointer dia tak boleh melayakkan dia untuk masuk Medic . Tapi masa degree dia memang selalu antara Dean List . Dapat 4Flat pun pernah. Hebat kan ? Dia pernah dapat tawaran buat Phd dekat UK, tapi atas sebab tertentu dia tak jadi sambung study . Kalau tak salah, dulu sebelum jadi cikgu, dia pernah kerja dalam bidang Biotechnology.

Dia ajar teknik nak buat nota, dalam kelas dia, kami kena salin nota, sebijik macam duk kat PASUM ni . Pakai OHP . Nota atas plastik tu . Sebab tu aku tak "culture shock" sangat bila salin nota ni . Terbiasa .

Kalau bukan kerana dia bagi 1 markah tambahan untuk aku, takkan aku merasa untuk dapat 4Flat . Thanks teacher . :)










4. Teacher Fadzilah Hanum

Dia ajar aku English . Dia boleh jadi cikgu Bahasa Inggeris walaupun dapat B dalam SPM . Dia sendiri cakap "it is never late to learn English" . Dia belajar English lepas habis sekolah , siap sambung belajar dekat US lagi .

Aku selalu lepak meja dia. Dia ada macam-macam buku, novel dan ensiklopedia . Ada satu tu aku pernah pinjam esiklopedia penyakit, best ! Tak bosan kot, penuh dengan gambar menarik . Buku ala-ala CSI pun ada . Novel banyak . Dia pun layan drama korea jugak tapi certain drama je, yang berkualiti je .

Dia pernah bagi kitorang satu kelas spaghetti bolognese . Sedap sangat !













5. Teacher Rozi

Teacher Rozi yang comel. Aku tak rapat sangat dengan Tc Rozi sebab dia tak ajar kelas aku . Tapi aku selalu jugak la tanya soalan Physics dekat dia .

Dia punya trademark, dia suka cakap SENGAL ! Rindunya nak dengar cikgu cakap SENGAL !




















Jabatan Matematik


1.Teacher Ilyana


Cikgu Matematik Moden, umur ? Muda lagi . Bekas pelajar MRSM Besut , sebab tu la dia selalu faham perasaan kami .Kalau bergambar dengan dia mesti, orang takkan kata dia tu cikgu, muka comel aje .

Dulu aku selalu lepak rumah dia, kalau weekend tu, pergi duk rumah dia dekat Kuartes tu . Main internet, tengok tv, masak . Kadang-kadang kalau bosan, mesej dia, ajak keluar pergi bandar . (Oooops ! Pecah rahsia bawak handphone)

Pergi rumah mak dia dekat Kuala Terengganu pun pernah . Masa buat rancangan gila travel satu Terengganu, nak pergi Kuala Berang, malam tu menumpang dekat rumah mak dia .

Kadang-kadang buat kerja gila, tiba-tiba dia ajak aku teman dia breakfast dekat kafe , waktu tu rehat dah habis, kebetulan takde cikgu, dia pun tarik aku pergi breakfast . Banyak kenangan tapi tak terungkap di sini .


























2. Cikgu Rohaidah



Cikgu Add Math aku . Dia sangat baik . Selalu suruh aku jadi rajin buat latihan . Kalau tak Add Math aku dapat apa la agaknya . Cara pengajaran dia pun lain . Kami tidak menggunakan buku teks langsung, tapi buku terbitan Longman .

Dia baik, selalu bagi aku makanan . Aku memang pantang dengan makanan, puding la, biskut la . Memang bila balik rumah, tak pernah takde orang tegur aku membesar dengan jayanya .Dia pernah belanja kelas kami Nasi Kerabu, Nasi Lemak .

Tapi kesian dia, anak sulung lelaki dia meninggal akibat kemalangan jalan raya, beberapa minggu sebelum kami daftar masuk Sekolah Kampung Pauh tu . Tapi dia sangat tabah . Kagum aku dengannya .

Kalau telefon dia, selalunya dia biar sahaja . Lepas tu dia akan telefon balik . Aduh ! Baiknya cikgu .

Dia selalu ajak kami buat Add Math kalau kami lapang . Tengoklah, lepas Mock Interview pun ditariknya kami ke library untuk buat latihan .










3. Daddy Ja'a


Encik Azhar bin Che Hussin, atau daddy . Kenapa Daddy ? Sebab dia Cikgu Homeroom aku . Dia mengajar Math, kalau tengok perwatakan dia, orang takkan sangka dia ni cikgu lebih pada Rockerz adalah .

Dia dah kahwin ada dua orang anak dah pun . Isteri dia baik . Kitorang selalu pergi rumah dia . Masak-masak, makan, tengok movie, main game, main muzik .

Pergi rumah dia buat macam rumah sendiri . Tengok movie macam tengok wayang, main game PS3 kot . Main gitar la main keyboard la . Dia ni pandai main gitar, selalu buat persembahan dekat Dinner Batch , batch Form 5 dan batch Form 3 .


Kalau homeroom lain hantar result melalui pos . Tapi kami, awal-awal lagi dah tahu . Dia bagitahu ikut facebook message .

Gaya dia macam otai . Hehehe tapi hati baik .

Dia sangat cool, tengok gambar di bawah ni :






Jabatan Sains Sosial


1. Cikgu Ros


Dia ajar kelas aku Sivik . Sivik penting kat sekolah aku, kalau tak dapat A tak boleh dapat 4Flat tau. Aku tak rapat sangat dengan dia, tapi sekadar nak lepak rumah dia tu boleh la . Dia lagi rapat dengan Amni, Epul, Domey, Mimi dan Apih . Rumah dia dekat kuarters tu je .

Kalau dia bawak kereta, WUUUSHH ! Laju gila .

Badan slim macam anak dara, pakai kebaya lawa . Padahal dah ada anak sorang .


Kadang-kadang dia ajar Sejarah . Dia majoring dalam Sejarah, tahun aku dia ajar Sejarah Form 3. Selalu jugak tanya soalan Sejarah dekat dia . Dia selalu buat formula gambarajah bagi senang nak hafal.












Kaunselor


1. Tc Ruby


Dengan kaunselor pun aku baik . :)

Rumah Tc Ruby pun selalu aku pergi . Pergi makan la selalunya . Makan nasi lemak sambal sotong la, ikan masak singgang la . Tapi bukan pergi makan sahaja , belajar masak la .

Ponteng "Roll Call" pagi Jumaat pun pergi rumah dia, suami dia warden, Ustaz Khairul Anwar . Dengan ustaz yang garang pun aku boleh baik . Hahaha . Tapi bila buat salah, memang senyum je la kat ustaz pastu kena denda la . Diorang berdua dah ada tiga orang anak, semua hero .

Dulu masa aku masih di sekolah tu, anak diorang dua je lagi, kitorang panggil Upin dan Ipin, dua-dua kepala botak .









2. Teacher Nik Hasrawati

Kaunselor yang sangat bersifat keibuan . Baik sangat . Kalau dia layan anak homeroom dia , perghh ! Terbaik la . Dia pandai masak . Aku selalu jugak dapat merasa sebab baik dengan anak homeroom dia , Tikah dan Feeqa . Azifah pun budak bilik depan, kadang-kadang bagi makanan kat aku sikit .

Dia bekas pelajar UM jugak . Dulu dia jadi kaunselor dekat sekolah aku, lepas tu dia pindah pergi kolej kat Melaka sebab nak dekat dengan suami .

Hari tu dia pernah datang UM dengan Cikgu Ros . Saja nak melawat, tengok UM . Siap angkut aku, Fitri dan Hafiz pergi makan dekat luar lagi . :)



















Motif post ini : Saya rindu cikgu-cikgu semua . :)

You Might Also Like

4 comments