Another benefit of PASUM

16:31

Semalam ada satu taklimat disampaikan oleh Prof Dato' Dr Mohd Jamil Maah . Semua pangkat dia nak sapu, Dato' ada, Dr ada, Professor pun ada . Memang bukan calang-calang orang la yang boleh dapat pangkat sebanyak ni .

Siapa Prof Dato' Dr Mohd Jamil Maah ni ?

Ayah Atul . Hahahaha. Dia ni Timbalan Naib Canselor (TNC) UM . TNC ada empat orang semuanya. Tapi kontrak sampai hujung tahun ni je la, 2 hari je lagi . Kontrak untuk TNC, biasanya dua tahun, lepas tu orang lain pulak yang jadi TNC. 

Sebenarnya nak cerita pasal taklimat semalam . Kami boleh dikatakan beruntung la, sebab bermula dengan batch kami, kami diberi dua peluang untuk masuk UM . Macam mana tu ?

Kalau sebelum ni, hanya 30% pelajar PASUM yang berjaya menempatkan diri di UM untuk Sarjana Muda . Semua kena isi borang UPU.

Sekarang ada satu sistem baru, yang baru diluluskan . 40% tempat untuk kursus-kursus tertentu adalah milik pelajar PASUM . 


Contohnya, di Fakulti Perubatan ada lima kursus . Salah satunya Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan . Tempat yang ditawarkan adalah 200 . Jadi 40% daripada 200 itu bersamaan dengan 80 adalah untuk pelajar PASUM.

Pemilihan akan dibuat mengikut "rangking", contohnya, 150 orang pelajar PASUM memohon ke bidang Perubatan, 80 yang terbaik akan terpilih.

Program perubatan hanyalah sebagai contoh . Masih banyak bidang lain yang terbuka kepada pelajar . Cuma untuk Sarjana Muda Pendidikan, pelajar perlu memohon melalui UPU, oleh kerana pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga turut terlibat sama.





Sistem ini aku namakan "SISTEM PERMOHONAN ONLINE UM" . Tak tahu nama sebenar sistem tu . HEEEE.

Februari 2012
Fasa 1 akan dibuka, pelajar perlu memasukkan data .

Mei 2012
Fasa 2 bermula, dimana keputusan Semester 2 telah diumumkan, para pelajar dikehendaki mengemaskini semua maklumat

25 Mei
Hebahan UM . Pelajar akan diberitahu sama ada layak atau tidak .

25-28 Mei
Pelajar yang mendapat tawaran, diminta untuk mengesahkan SETUJU TERIMA TAWARAN. Nama mereka akan disimpan di dalam rekod dan tidak akan dihantar kepada UPU. 



Dalam masa yang sama kami juga dikehendaki untuk mengisi borang permohonan melalui "SISTEM PERMOHONAN ONLINE UPU"  Ini sebagai "back-up plan". Bagi pelajar yang gagal mendapat tawaran melalui Sistem Permohonan Online UM, data mereka akan dihantar kepada pihak UPU. Jadi peluang masih ada. 

Pelajar PASUM hampir mencecah 1400 orang, aku tak pasti bilangan sebenarnya berapa . Pelajar yang berjaya mendapat 4Flat pun sudah seramai 400 orang, hampir 40% tu. Yang nak jadi doktor bukannya sedikit, ramai.  

Jadi sistem baru ini memberi kelebihan yang banyak kepada pelajar PASUM. Dengan syarat, mestilah cemerlang. Mesti makin ramai lepasan SPM yang memohon untuk PASUM lepas ni.

Slogan semalam : JOM MASUK UM !






p/s : Masih pening memikirkan bidang apa yang sesuai diceburi, tapi Perubatan bukan bidang pilihan . :)

You Might Also Like

4 comments