random

I believe

20:55




Trials will come, but surely they will fade away
In a man who used to be
so full of love and harmony
he fought for peace and liberty
and never would he hurt anything
he was a mercy for mankind
a teacher till the end of time


He is Rasulullah S.A.W
Peace be upon him








nonsense ranting

freak me out !

20:23

I have only three months to be prepared for my Malaysian University English Test (MUET) . While others take two years to prepare themselves . The medical faculty only allow student who passes at least Band 4 to be one of them. Seriously that makes me freak out . I have a major problem in speaking . I don't have the confident and always stammering . I decided to blog using English Language for a while . Haha, maybe my post will be less and not so frequent after this . =,= 

The exam will be around November . Searching for a boyfriend who use English as a daily language for current being . =p  LOL


PACUM

exhausted

20:50

Bila kelas pukul 8 pagi sampai 5 petang, mula rasa mengah . Lagi-lagi hari ni hujan . Ada yang demam . Rehat sejam saja, tapi kalau bagi rehat lama-lama mulalah yang terlambat, tertidur dalam bilik . Exhausted boleh la untuk menggambarkan perasaan aku, hari Isnin la paling malas, hari Jumaat paling rajin . Ye la, hari Jumaat kelas pukul 8 pagi sampai 11 pagi je, sambung pukul 3 petang sampai 5 petang . Lepas tu weekend !! Sebab tu la Rebecca Black eager sangat dengan Friday .


Photobucket
[google map]

Hari-hari lalu jalan yang sama . Tak jauh pun, kalau kadar kelajuan aku jalan 5 minit pun dah cukup . Tapi kalau dalam sehari tu memang berpindah randah la, kejap pergi sana , kejap pergi sini . Yang paling malas nak pergi makmal-makmal la .

Photobucket


Makmal fizik tu atas bukit ya tuan-tuan, puan-puan . Amali fizik aku adalah hari Isnin, jadi memang rushing la balik makan, solat tu . Kalau la lecturer lepas lambat memang berjalan macam tak cukup tanah la jawabnya . Dalam map tu, bangunan tu tak siap lagi, kitorang la yang rasmi lab tu dan bangunan tu .

Sekarang kuliah semuanya dekat Dewan Kuliah Utama (DKU), dekat lagi . Tapi lepas ni nak tukar dekat bangunan PASUM yang baru, tak dapat nak bayang, letih la duk berulang-alik nanti .

Kalau tutorial pulak berlegar-legar dekat kawasan DKU tu je la . Kalau group aku, bilik tutorial dekat BT2, BT8 dan BT13 . Tapi bilik seminar untuk kelas English tak pergi lagi, sebab kelas English start minggu ni .

Nak kata boleh kurus tak jugak, sebab energy banyak habis, tapi makan pun banyak jugak . Lainlah kalau duduk palam yang ada tangga kejayaan tu . Kawan aku sorang dah nampak dah, dari chubby dah jadi slim . Serious jealous !!!



Shadow kiss

21:15

Every single time I entered the bookstore, I will search for this book :



VAMPIRE ACADEMY : SHADOW KISS 


I am addicted to the Vampire Academy series . I hope this is the last one . I don't want to read any vampire series anymore . They are ecstasy . I have read Vampire Academy and Frostbite . The Shadow Kiss is the third one and I need two more, Blood Promise and Secret Bound . I had buy the last one, Last Sacrifice, since this is the latest one but I cannot read it, as I don't finish the other three . Please ! Whoever see this book, please tell me which bookstore did you found it . 


I don't go to the Pesta Buku Selangor as I know I will spend lots of money there . I tend to spend lots of money in a bookstore rather than in a garment store . =,= . How I wish I could marry a bookstore's owner .



it's Saturday !

17:32

Sabtu lagi, dan aku keluar lagi . Bila la hari Sabtu yang aku tak keluar ? Jadi hari ni, buat tutorial dulu pagi-pagi . Chemistry hampir disiapkan . Biology hampir siap, nak cerita pasal oogenesis je lagi. Tadi masa tengah nak habiskan tutorial Bio, ingatkan nak habiskan, pastu nak pergi jalan sorang-sorang, pergi KLCC ke tengok movie . Tiba-tiba Ani hantar mesej, dia, Irani dengan Syu nak keluar . Semalam kata tak nak keluar . So, tutorial berhenti la di Spermatogenesis .


Pasal tutorial pun nak cerita ke ? PERLU !! Kaunselor cakap salah satu terapi berkesan adalah dengan menulis . Sebab tu kot, banyak blog personal, lebih-lebih lagi perempuan . Orang perempuan, kebanyakannya suka meluahkan terbalik dengan orang lelaki yang lebih suka memendam rasa . 


Hari ni pergi Mid Valley . Tujuan ? Nak jumpa Ani, Irani dan Syu . Lama tak jumpa tu !! Masa result SPM hari tu pun tak sempat jumpa Irani dengan Syu . Ani je sempat sebab aku jumpa kat chalet dia . Pergi window shopping la sambil teman Irani beli something . 

Jumpa kat MPH dulu, ingat nak beli buku Faisal Tehrani, Sebongkah Batu di Kuala Berang . HAAH ! KUALA BERANG ? Rindu nak outing kat Kuala Berang . Walaupun bandar tu tak sebesar KL, tapi sebab selalu outing , rindu la jugak . Tak jadi nak beli buku tu sebab ingat nak pergi beli backpack, tapi tak berkenan banyak . Aku ni cerewet sebenarnya . Jadi harap-harap ada lagi buku tu lepas ni . Nak beli ! 

Sangat suka tulisan Faisal Tehrani ni . Bahasa yang indah, pengisian yang menarik . Bukan stereotaip novel-novel cinta . Aku mula baca buku Faisal Tehrani, sebab ada kawan aku, Mukmin la, dia ada koleksi Faisal Tehrani . Dia baca novel Faisal Tehrani je kot .


Photobucket
Jumpa buku ni, Orang Islam harus kaya !

Photobucket

Ni Syu .


Pergi makan kat Domino Pizza . Jumpa Syed dengan K. Long . Syed makin kurus dan gelap . Main sukan ke budak ni ? Syed ni kaki belajar tau . Ke dia dah start main sukan pulak ??

Photobucket
Ni Irani, awek Lutfi Adam, sahabat baik aku .


====================================================
Gambar seterusnya tidak sesuai dilihat oleh orang yang sedang berpuasa .
====================================================






Photobucket
Prawn Sensation Pizza.


Photobucket
Spicy Chicken

Photobucket
Mushroom soup tapi aku lagi suka yang Pizza Hut

Photobucket
Crazy Chicken Crunchies

Photobucket
Garlic Bread

Photobucket
Iced Lemon Tea . Baru aku tahu, orang pakai braces tak boleh minum soft drink .
Irani pakai brace sekarang .

Banyak snap gambar makanan, tadi kebosanan tunggu Ani dengan Syu . Hehe . 

Photobucket
Syed dan K. Long . 



Photobucket
Ani Atikah . Pakai baju batch tu !


Photobucket
Fokus pada perut Syed ye . Haha . Dah takde gelaran perut convex lepas ni ye .
Hilang dah trademark dia .



Tutorial banyak la minggu ni. Minggu depan tak tahu la macam mana pulak gayanya .








23:10

Aku rasa lelaki tu "cool" bila :


1. Dia pakai backpack, galas pakai dua-dua beah tali, nampak tegap . =p

2. Jalan laju, tapi tak nampak kelam kabut pun .

3. Jalan terus tak tengok perempuan .


Nonsense rambling daripada saya untuk hari ini . =p

S.O.S

23:46


I need a tutor .  Calculus make me lost .


rindu rakan-rakan yang sentiasa membantu

Style

20:07




Ikut prioriti ni dalam nak berpakaian :

1. Dress code
Longgar, tidak jarang . Jadi pakailah segala apa yang nak dipakai, dari kain sutera, chiffon sampai ke guni pun . Asalkan dress code sentiasa dijaga .

2.Comfortable
Selesa, kalau pakai baju yang tak jarang, tebal la, tapi panas . Tak sesuai jugak, ada ke pakai winter coat dekat kawasan khatulistiwa . Does it make sense ?

3. Fashion
Nak fashion gaya apa ? Colour apa ? Nak campur merah dengan hijau pun boleh .



Janganlah pakai baju yang balut aurat je . Macam kalau nasi dibalut dengan kertas surat khabar, nasi tu melekat dekat surat khabar tu . Korang nak makan ke lepas kena carbon surat khabar tu ? Kalau tutup nasi tu, ada ruang lagi antara nasi dengan surat khabar tu kan, carbon tu tak kena, jadi ada rasa nak makan lagi kan ?

8 REASONS

22:42

Eight reasons why I wanna be a doctor ? I just found this in PASUM's wall post . But all of this don't suit me . =,=


1. I hate to sleep 
[Sorry, but I am the one who needs eight hours of sleep each day]


2. I want to stay in school forever
[It will be YES , if school is the place where I learn because I want it]


3. Nobody can read my handwriting
[My handwriting is very clear and everybody can read it]


4. I have too much money
[Of course a doctor will have too much money as, they don't have time to spend it]


5. I think I've enjoyed my life enough
[I don't travel across the world yet . So, I say NO ! ]


6. I can't live without tense
[What the hell ?]


7. I want to pay for my sins !
[Is this the only way to pay the sins ?]


8. I love spending time with snobby self-centered people who feel they own everyone and everything, and I don't mind turning into one .
[Curing people why I am sick of them . HAHAAHAAH]


I am still confused whether should I be a doctor or something else . I don't mind of studying but the life after it, make me scare, I don't want my child feel lonely . Less time with family make me sick . I am family oriented person .

crown

21:40




Pakaian yang menutup aurat adalah pakaian yang apabila kamu pakai kamu boleh bawa solat .


Who agree with me ?



Tak semestinya kena pakai tudung labuh, pakai jubah segala benda tu, tapi tutup mengikut syariat islam la, tapi kalau nak pakai labuh-labuh pun bagus jugak . Ni tak pakai legging, nampak saiz kaki, betis dengan peha . Tu balut aurat namanya . 

Ramai yang masih abaikan tuntutan tutup kaki, biarkan kaki bogel macam tu je . Kalau tak nak nampak alim sangat pakai la kasut  . Sebab nanti kasut tu bau busuk . Tapi kalau dah pakai stokin tu, jangan lupa nak tukar selalu .

Tapi bila kawan-kawan korang ada yang uncovered hair dia, jangan jauhkan diri, tapi dekatkan diri dengan diorang . Jangan first day kenal dah cakap, pakailah tudung . Ambil masa, doalah tiap-tiap hari, biar dia dapat hidayah . Sebab sometimes, diorang ni dibesarkan dalam keluarga yang tak menitikberatkan penjagaan aurat .  Jadi dia pun terikut-ikut la . Jadi tugas kita sebagai kawan yang baik untuk nasihat dan doa . Kalau kita ikhlas, InsyaAllah, akan dimakbulkan .

Aku bukanlah orang baik-baik , selalu jugak buat salah . Tapi dengan berkongsi ni, aku beri peringatan kepada diri sendiri .

Sayangi diri sendiri .


Sahabat lama

08:54

Menerima kunjungan daripada sahabat lama . Tapi kata dia, dia nak lawat bestfriend bakal bini dia . Nak lawat bakal bini, jauh sangat kat Nilai sana . Jadi ni la, Wan Ahmad Faris bin Wan Ahmad Fauzi datang melawat aku dengan kawan dia yang diangkut dekat UIA PJ . Kebetulan dia balik hujung minggu, sekarang budak ni belajar dekat UTP .

Orangnya masih tak tinggi-tinggi . Hahahaha . Dengan gayanya yang biasa, gaya malas . Dia ni famous dengan gelaran Mat Ris Malas . MRM . Tapi budak ni genius la, malas-malas pun, selalu tidur dalam kelas pun, result ok je . Kalau dulu dalam kelas selalu tidur, tapi buku sains ada kat depan .

Dia ni pun anak sedara cikgu sains aku masa Form 3 . Teacher Zuaini, dia panggil Teh Ju . Sekarang Teh Ju dia tengah pregnant . Tak perasan pulak aku masa pergi sekolah hari tu .

Dah lama tak jumpa Faris ni, kitorang sama-sama keluar dari Le'Best masa Form 4 . Dia pindah SEMSAS, aku pergi Kampong Paoh tu .  Lebih kurang tiga tahun la tak jumpa . Dia ni minat bestfriend aku, lama gila, dan setia sampai sekarang . Biarpun bestfriend aku , Wani tu tak layan pun dia . Hahaha . Kesian, sabarlah kawan, insyaAllah kalau ada jodoh, dapat la .

Photobucket
Ni ha, yang pakai jaket ni la Faris, yang sebelah tu lupa nak tanya nama semalam.



Tak boleh duk diam

18:40

Memang aku ni jenis yang tak boleh duduk terperap kat dalam bilik la, ada je nak berjalan, biarpun ekonomi meleset sikit minggu ni, tapi kaki tu gatal juga nak jalan . Mula-mula dah cakap tak nak keluar . Jadi pagi tadi tengok la movie Ketika Cinta Bertasbih dekat laptop tu . Cerita tu bukan lama pun kan, main game the sims pulak . 

Bosan main the sims, aku buat la tutorial, siap la jugak sikit . Tengok baru pukul 12 . Lamanya la masa, pastu macam tak boleh jadi ni, mati kutu duk dalam bilik sorang-sorang . Roomate aku ain dah keluar pergi mid awal-awal lagi dah . Aku pun cakap kat Farah M, jom tengok movie . Dia pun cakap nak tengok movie Super 8 . Mula-mula nak pergi Mid . Tapi bila fikir-fikir, mid mesti ramai orang, macam malas pulak . So pergi la KLCC . 

Alhamdulillah, kat TGV tu, tempat beli tiket takde orang, so cepat la beli tiket, wayang pukul 2 . Ada satu jam lagi, pergi makan nasi kandar kat atas tu, best ayam madu kedai tu .  Lepas solat, macam ngam-ngam je, masuk panggung tu, tak start lagi . 




Cerita ni best la, aku pergi tengok membuta tuli la, tak tengok pun trailer macam mana . Budak yang jadi hero cerita ni . Mula-mula tengok, takde idea pun cerita ni pasal apa . Aku tak reti nak kritik apa-apa, pergi tengok sendiri la . :)


Tapi muka buak ni cute kan . Baya adik aku je gaya, 14 tahun macam tu la . 

Lepas movie habis pergi la jalan-jalan, window shopping . Banyak sale ! Woot woot ! Tapi baju banyak yang sesuai untuk budak-budak la . :p

Aku ni macam mana la nak buat biar tak banyak pergi berjalan hah ? Bukannya suka shopping, tapi suka tengok-tengok keindahan alam gitu . Nak pergi Pulau Redang !!! Kalau bawa aku pergi shopping kejap la je la aku boleh tahan . Bosan .

Tapi lepas ni nak pergi tengok Transformer dengan Johny English Reborn pulak .




Souq al-Lail

20:07

Souqul lail di Kerinchi . Disebabkan minggu ni, plan tak nak berjalan pergi mana-mana, jadi aku pun fikir nak pergi Pasar Malam je . Petang tadi, pergi la Pasar Malam Kerinchi, dekat depan Stesen LRT Universiti . Pergi jalan kaki je, lagi mudah . Orang yang naik bas, sampai lambat dari aku . Keluar waktu orang balik kerja, wajiblah traffic jammed depan UM ni . 

Perbezaan antara naik bas dengan jalan kaki banyak tau . Kalau naik bas, kena bayar RM 1 [alah, singgit pun nak berkira . Mesti la ! Breakfast aku hari-hari singgit tau ! ] . Kalau jalan kaki boleh bakar lemak, lepas pergi pasar malam mesti la nak melantak kan . Aku keluar dengan Farah M, kitorang memang hari-hari jogging [lebih pada jalan sebenarnya . =p] .


Photobucket
Kecik je Pasar malam kat sini .

Photobucket
Jalan ni la duk lalu hari-hari nak pergi kelas .

Photobucket
Farah M . 


Boleh jugak la aku makan Nasi Kerabu akhirnya . Tapi mahal la. 6 ringgit . Nanti nak pergi pasar malam dekat IIUM pulak .


Pasal pasar malam pun nak cerita .  Ni sebab bosan la . Padahal tutorial dah berlambak tunggu nak sentuh je . =p




PACUM

I'm shock !

11:51

The environment here is a little bit different . Where lots of people around me use English as their daily language. Speaks fluently, and I'm like a crawling baby and they running ! Sheesh ! I keep thinking, am I in a preparatory program to fly somewhere ? 

Sebenarnya bagus jugak, sebab nak jadi doktor kena pandai SPEAKING . Nak present pasal penyakit-penyakit . Doktor tak cakap melayu masa nak present. Tapi tu la, nak sesuaikan diri, Sampaikan ada juga yang jenis pandang rendah pada orang tak reti nak berbahasa Inggeris dengan betul .


So, wish me the best people ! Hope that my proficiency will be better . :)) Nerve wrecking ! The tutorial will start next week, and I guess most of the students in my group use English more than Malay .



Durian

10:41

Aku tak tahu pun ni dah masuk musim durian, dulu masa kecik-kecik, bulan Julai atau Ogos baru la musim durian . Tapi sekarang tak kira musim dah, durian selalu ada . Durian Siam, la Malaysia la . Tapi dalam adik beradik aku, aku sorang je makan durian . Sampai kan Tok Ayah merajuk sebab kebun dia banyak pokok duiran, dah la durian D24 tu, tapi cucu-cucu tak makan . Alih-alih aku yang kena habiskan semua .

Tapi sekarang aku duduk jauh, [sob-sob :( ] Sape la nak habiskan durian tu ? Tapi semalam dapat makan DURIAN !! Aku sekarang duk kat rumah mak saudara aku, Aunt . Pastu semalam mak saudara aku, Mami datang dari kampung, bawak DURIAN !!!

Best !! Haha . Alhamdulillah ada rezeki . :))

Boleh makan jugak durian, tak yah tunggu bulan 7 ni . Kalau durian kat KL mesti mahal kan . Orang sibuk tengok bola, aku sibuk melantak durian . Aku pun tak tahu nak sokong mana satu, lahir kat Kelantan, duduk Terengganu . Belah ibu Kelantan, belah ayah Terengganu . MAN !! Aku pun duk diam je la . Haha

hang out

PALAM

13:50

Sabtu lepas, aku pergi Uitm Puncak Alam . Ingatkan dekat, rupanya jenuh aku berdiri dalam bas tu .Naik bas rapid KL macam naik lrt dah rupanya . Plan nak pergi PALAM ni tak dirancang pun . Pagi tu nak berjalan-jalan dekat Mid je, alih-alih sampai ke PALAM sana tu .

Mula-mula Ayong dan Nida ajak aku tidur kat PALAM . So. aku kata , ok la . [Aku ni pantang orang ajak . Haha ] . Pastu Ayong dengan Nida ikut Su pergi BTS [Bandar Tasik Selatan], ada apa entah, secret benor gayanya . Tengok-tengok malam tu Ayong dengan Nida tak boleh balik . Nasib baik warga Sekolah Kampong Pauh bertimbun kat sana . Nasib baik jugak ada bodyguard 3 orang ni .

Photobucket
Semua hensem-hensem nih .

Tapi aku bukan pergi sorang-sorang dengan tiga orang ni, roomate aku ain pun ada, dia nak jumpa budak lembah bidong jugak . Iepa pun ada, tapi dia Uitm Shah Alam la .
Photobucket

Sampai kat Uitm Puncak Alam dalam pukul 9 malam la jugak . Jauh tu dari Shah Alam . Nak dekat sejam jugak aku berdiri . Dah la ada mamat ni tegur aku, budak Puncak Alam ke ? Aku tak tau nak jawab apa, Imran suruh angguk, aku pun angguk je la . Haish, dah menipu kat situ, harap-harap budak lelaki tu maafkan la .

Kepada mamat yang pakai beg kotak-kotak kuning hitam, dengan baju kuning dan seluar jeans dan sneaker putih belang hijau adidas kot, yang bercakap tegur budak perempuan yang chubby-chubby dalam bas U90 tu ,maafkan saya .

Sebelum sampai kena lalu Ladang Kelapa Sawit, memang aku ingat hutan sungguh la tempat ni . Nak dekat-dekat sampai baru jumpa signboard Uitm Puncak Alam . Masuk simpang macam masuk dunia baru pulak, jalan macam highway ! MasyaAllah . 

Sebelum nak pergi tu dah call Pqah Azmi dah, kata nak pergi merempat kat Puncak Alam, sampai-sampai jumpa Una Rashid, rupanya naik bas yang sama, tapi tak perasan pun . Dah la satu bas tu semua budak Puncak Alam .

Lepas tu lepak dekat Kafe Rafflesia kejap, nak tunggu Zati dengan Peruh jemput Ain . Lepas Tikah datang kitorang pergi la kat bilik Pqah dan Kakak . Rupa-rupanya diorang ni satu blok je . Tasya pun blok sama .

Kolej diorang style apartment, satu rumah ada 4 buah bilik, satu bilik kongsi dua orang . Pastu ada satu tandas .

Photobucket
Pintu masuk, nampak baju bergantungan tak ?
Kesian diorang takde ampaian .

Photobucket
Ada ruang tengah la, kalau nak makan ramai-ramai ke, solat berjemaah ke . Boleh buat la .

Photobucket
Tu ada 3 bilik, yang ada karpet depan tu pintu tandas .

Photobucket
Ni bilik satu lagi .


Photobucket
Rak kasut pun ada .

Photobucket
Locker sebuah, katil sebuah, meja study pun ada .

Photobucket
Ni la apartment .

Photobucket
Depan tu aku pun tak ingat nama apa, panjang sangat, tapi Kafe Rafflesia dalam tu la . Kedai serbaguna pun ada .

Photobucket
Dari angle lain .


Photobucket
Ni pun tempat yang ada kafe tu, dari angle lain .

Pagi tu diorang bawa la aku keliling kampus ni, tapi tak larat nak habiskan semua, besar sangat . Aku pergi tengok la TANGGA KEJAYAAN tu, yang ada lebih 200 anak tangga . Nak lawan Batu Caves kot . Cuba la jugak naik , tapi sesuku je pun semput dah . 


Photobucket
TANGGA KEJAYAAN .

Photobucket
semput ~


Photobucket
Slim la depa semua nanti, main hari-hari panjat tangga .


Photobucket
Sebelah diorang tu la fakulti . Jauh la .

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Nampak tak jalan tu ? Macam highway .


Photobucket
Ni pulak macam parking tesco .


Photobucket
Aku dah ronda PALAM, padahal UM sendiri pun tak habis explore lagi . =p