the path is ready

11:34

Kali ni aku tak payah mengaplikasikan poems the road not taken walaupun pilihan aku hanyalah dua sama ada dunia matikulasi yang akan bermula esok ataupun PASUM . Memang daripada dulu lagi aku tak berminat nak masuk matrik, cuma bila kauselor kata bayar RM7 untuk no pin, aku hulur je . Tapi dah dapat tak nak pergi pun . RM7 tu boleh beli komik sebuah tau, takpun boleh makan nasi ayam KFC untuk lunch treat yang air pepsinya tukar dengan air milo . 

Kurangkan minuman berkabonat, banyak gula tu . Dalam proses nak turunkan berat badan . Biarpun sekarang ni aku duk melantak banyak gila . Persediaan nak masuk dunia bila aku hargai DS tu .

*DS = Dewan Selera

Sudah melalut rupanya .



Kenapa tak nak masuk matrik ? 

Sogokan cikgu-cikgu aku cakap tak payah masuk matrik, susah nak sambung medic nanti . Haish, masuk PASUM pun tak sure boleh sambung medic tak . Lainlah kalau dapat Asasi Perubatan dekat IIUM, yang tak ramai dapat tu . 

Sebenarnya, aku takut nak duduk UM, mesti ramai budak-budak pandai, aku ni bukan pandai pun, Bio pun selalu cukup-cukup makan je dapat A, B pun pernah . Dah la nak kena belajar fizik lagi . Belajar Fizik best, tapi susah nak score , selalu jugak aku dapat C dulu lagi-lagi kalau bab force and motion tu .

Membayangkan 4flat, dekat sekolah dulu pun jenuh jugak nak dapat, maknanya kat PASUM tu lagi la perlu usaha yang kuat . 


Takut dengan minggu helluansiswa tu . Tak cukup tidur la benda yang paling aku takut, tapi kena belajar jugak, cakap nak jadi doktor, kena on call 36 jam ta balik-balik, terkejar sana sini .TEEHEEE



You Might Also Like

2 comments