hang out

=,=

13:16




AMANAH !

-beg biru
-tumbler
-name tag
-payung
-topi
-botol air penuh berisi 



Lepas ni nak tambah apa lagi ?


-day 2-


=)) this is a happy place  [please !!!]

hang out

.:1:.

16:59




Berbaju merah bertopi merah dalam panas menyelami dasar lautan baru . Here I am . :))

Typographic

21:22

Kebelakangan ni aku rajin untuk berkarya . Berkarya la konon-konon, ada jiwa seni sikit . Jadi aku buatlah typographic ni, benda ni tak susah pun, asalkan korang ada adobe phothoshop dan tahap kesabaran yang tinggi . Aku belajar benda alah ni dekat blog EZHAN ARTWORK . Blog yang banyak ajar pasal phothoshop dan photography .

Kalau nak belajar pasal typographic ni boleh la klik SINI .

Photobucket

Photobucket


Photobucket


Masa berlalu setiap saat, aku dah nak sambung belajar, jadi selamat tinggal semua ! [tengok-tengok esok update blog pulak . Haha]

hang out

the path is ready

11:34

Kali ni aku tak payah mengaplikasikan poems the road not taken walaupun pilihan aku hanyalah dua sama ada dunia matikulasi yang akan bermula esok ataupun PASUM . Memang daripada dulu lagi aku tak berminat nak masuk matrik, cuma bila kauselor kata bayar RM7 untuk no pin, aku hulur je . Tapi dah dapat tak nak pergi pun . RM7 tu boleh beli komik sebuah tau, takpun boleh makan nasi ayam KFC untuk lunch treat yang air pepsinya tukar dengan air milo . 

Kurangkan minuman berkabonat, banyak gula tu . Dalam proses nak turunkan berat badan . Biarpun sekarang ni aku duk melantak banyak gila . Persediaan nak masuk dunia bila aku hargai DS tu .

*DS = Dewan Selera

Sudah melalut rupanya .



Kenapa tak nak masuk matrik ? 

Sogokan cikgu-cikgu aku cakap tak payah masuk matrik, susah nak sambung medic nanti . Haish, masuk PASUM pun tak sure boleh sambung medic tak . Lainlah kalau dapat Asasi Perubatan dekat IIUM, yang tak ramai dapat tu . 

Sebenarnya, aku takut nak duduk UM, mesti ramai budak-budak pandai, aku ni bukan pandai pun, Bio pun selalu cukup-cukup makan je dapat A, B pun pernah . Dah la nak kena belajar fizik lagi . Belajar Fizik best, tapi susah nak score , selalu jugak aku dapat C dulu lagi-lagi kalau bab force and motion tu .

Membayangkan 4flat, dekat sekolah dulu pun jenuh jugak nak dapat, maknanya kat PASUM tu lagi la perlu usaha yang kuat . 


Takut dengan minggu helluansiswa tu . Tak cukup tidur la benda yang paling aku takut, tapi kena belajar jugak, cakap nak jadi doktor, kena on call 36 jam ta balik-balik, terkejar sana sini .TEEHEEE



Sirip - sirip

15:18

Fin-fin ? Sirip-sirip? Ni nama manja dengan kawan-kawan . Hehe, jadi sirip sudah aku . Header baru untuk semangat yang baru . Kenapa pink ? Aku nak join stok gadis ayu ke ? Huh ? Banyak soalan la pulak kan . 

Season orang mendaftar sudah bermula . Ramai kawan-kawan dah mencari arah tujuan mereka . Sunyi facebook yang sudah sedia ada bosan itu . Ye la, aku ni jenis kedekut nak guna kredit handphone, lebih senang guna facebook kalau nak tanya apa-apa, tapi aku juga jenis boros guna kredit handphone, kalau malas nak texting, lambat, baik calling terus .

Tapi aku rasa nanti masa minggu HELLuansiswa dekat PASUM tu aku pun tak berhubung dengan dunia luar . Tengah fikir ni nak bagi nickname apa dekat PASUM . Hehe . 

Pusat . Ahli . Sumo . Untuk . Makan ?

Persediaan . Akal . Saya . Untuk . Mereng ?


Kalaulah dekan [ke apa orang panggil?] baca nih, tak pasal-pasal kena tindakan tatatertib . Persediaan tak banyak lagi yang dibuat . Sebab aku baru ikhlas nak pergi sana . 


Ramai kawan-kawan yang dapat overseas . Tawaran berganda pun ada .

1. Nur Farihah Mohd Reza, budak genius itu : 
-sekarang dekat IIUM untuk program SPC dalam bidang medic.
-dapat tawaran JPA ke Jordan untuk medic juga .
-dapat tawaran MARA sebab dapat straight A+ buat IB [medical] di Banting .

2. Khairunnisah Rosli
-dapat SPC kat Taylor dalam bidang medic, tapi tolak, sebab parents tak bagi .
-berdasarkan keputusan SPM dapat tawaran ke Jordan juga dalam bidang medic bawah JPA.

3. Haszenanil Husna Am Haszimie
-sedang sambung belajar di MSU dibawah program SPC dalam bidang medic
-dapat tawaran sambung belajar ke Jordan bawah JPA juga dalam bidang medic

4. Nur Ain Sakinah Jalil
- dapat tawaran buat foundation MUFY bawah MARA dalam bidang Bio Tech kat Monash University Malaysia Campus
-baru mendaftar dekat Kolej Tati semalam untuk persediaan ke Russia bawah Yayasan Terengganu.


Sape lagi ah ? Kalau ada yang tertinggal cakap la .

Ramai lagi yang dapat tawaran belajar ke luar negara . 

IB di Kolej MARA Banting : 
Nawal Aqilah Amir (Medic) , Lutfi Adam Mohd Zuki (Engine) dan Mimi Asmida Ridhwan (Biotech).

Persediaan ke Jepun bawah MARA : 
Hamimi Arif Safie (Engine) , tak tau dia buat foundation kat mana ? Kalau Ambang Asuhan Jepun UM boleh jumpa .

Twinning programme dengan Ireland bawah JPA : 
Muhammad Fakhrul Hakeem Rohaizat (Medic) , tak tau kolej kat Malaysia kat mana ? Tapi dekat Penang la .[kalau ko baca , bagitahu la . ]

Medic di Mesir bawah JPA : 
Azifah Zakaria dan Hilmi Nafiah

Twinning IMU dan Ireland bawah JPA (Medic) : 
Fatin Fazzrini Marzuki dan Norshahiratul Atikah

Foundation di MSU untuk fly ke India bawah JPA (Medic) : 
Ayuni Badihah Aziz dan Nur Saraya Nabeela Abdul Hamid



Kawan-kawan blogger pun ada juga,

1. Andy Nurehan Adibah Rahim, (Medic) nak fly ke MESIR, bila ya ?

2. Rohayu MN, IB (Medic) di Kolej MARA Banting

3. Nurul Diyana dapat Biasiswa Nasional untuk sambung belajar ke UK dalam bidang medic , persediaan di Kolej KYUEM (kolej idaman aku tu )

4. Alia Delaila , IB (Medic) di Kolej MARA Seremban, semoga kamu dapat ke UK .

5. Miss Jenny / Jannah Comey (Saya tak tahu nama penuh awak apa. hehe), (Medic) Russia bawah Yayasan Terengganu, Rabu ni daftar di Kolej Tati .

6. Hanisa Sabrina IB (Dentistry) di Kolej MARA Seremban .

Ramai blogger yang pandai-pandai . Hehe

Kawan-kawan yang interview sekali dengan aku rasanya semua dapat, tahniah pada mereka juga, tapi aku tak tahu la, tempat spesifik diorang kat mana . Cuma Mirah di Kuala Nerang untuk ke India dan Muni IB di Kolej MARA Banting . Group aku semua medic .

Tak lupa juga pada kawan-kawan yang sambung belajar di Tanah Melayu, teruskan usaha kalian meningkatkan kualiti Universiti-universiti di Malaysia . 

Aku suka syair ni,

Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang
Pergilah kan kau dapatkan pengganti dari kerabat dan teman


Selamat jalan kawan-kawan, SEMOGA BERJAYA tak kira di mana jua anda berada . :))


p/s : cuba korang kira berapa dah bakal DR ?

p/p/s : Siddiq Husainy, anda nak sambung di mana ?


Written In The Stars

16:04

A song that inspired me .




Oh written in the stars
the target was set up 
A million miles away
although it is still far
A message to the main
everyone hears it !
Seasons come and go
time pass day by day
But I will never change
I will never change my dream
And I'm on my way
yes I'm heading for it !

Have you ever been kicked,
 [yes i've been kicked, always . hehe during my taekwondo training =p]
Ever been dropped 
Ever been told that you couldn't make it
people always said PASUM is hard


Imma [I'm going to] tell you what now, that's all a bunch of BS [bullshit]
ok, I'll ignore them
If you put your mind to it, you can outdo all the rest now
go away pessimist
You just gotta do what you can
what can I do ? STUDY HARDER AND SMARTER !
Even though they all don't understand
yeah people don't understand my feeling accept HIM because HE knows everything
I advise you to stick to your plan
my plan is to be a DOCTOR !
It's written in the stars and the pen is in your hand
the aim that I targeted was there

Every time that you fell like giving up
Don't you ever try to change who you are
ok, this was not my last terminal, there are lots of chances after this
Just keep your head high up and above
Cause it written, it written in the
I will stick to my dream


Oh written in the stars
the target was set up 
A million miles away
although it is still far
A message to the main
everyone hears it !
Seasons come and go
time pass day by day
But I will never change
I will never change my dream
And I'm on my way
yes I'm heading for it !



See it's been year since I started this
I just decide to be a doctor last year
And Imma [I'm going to] be the first to tell you it's not always bliss
working day and night
studying day and night
swallowing my pride
being humiliated to do something weird
Do whatever to takes my music right
so that I still be on the path

Motivation - got my eyes on the prize
keep dreaming for the better future
Determination - working hard till I die
studying till the last
Inspiration - limits beyond the sky
lots of people inspired me. thanks :)
Cause music never sleeps and neither do I





Every time that you fell like giving up
Don't you ever try to change who you are
ok, this was not my last terminal, there are lots of chances after this
Just keep your head high up and above
Cause it written, it written in the
I will stick to my dream









Oh written in the stars
the target was set up 
A million miles away
although it is still far
A message to the main
everyone hears it !
Seasons come and go
time pass day by day
But I will never change
I will never change my dream
And I'm on my way
yes I'm heading for it !

Saya mahu ini !

19:35

Lepas baca blog Rehan, rasa nak buat list ni sekejap .


1. Semangat kuat
-Sudah-sudahlah bersedih . Ikhlaskan segalanya . Allah nak kamu belajar untuk pandang tinggi pada semua orang .

2. Tolak sikap negatif
-Jangan cakap budak tepi jalan tu takde masa depan . [susah nak buang stigma nih]


3. Rendah diri
-Jangan bongkak dengan rahmat Allah, syukur dengan semuanya, jangan bangga, orang lain lagi HEBAT la .

hang out

Positif ke dok tau bende ?

22:38

Am I being to optimistic or what ? I don't cry even I failed to be one of the MARA scholars . Or because, I just woke up from my sleep ?

But I just wanna to tell you guys, that my wish to get the scholarship from MARA was not granted but I accept it because HE KNOWS THE BEST . : )

So. PASUM ! Here I come !

hang out

HOPE !

13:14




Masa SPC hari tu MARA tak call aku, tolonglah kali ni MARA call aku !


Lubb Dubb Lubb Dubb



spider !

20:25


Aku selalu rasa bersalah bila vacuum sawang labah-labah, sebab apa ? Sebab aku mesti teringat labah-labah la yang selamatkan Nabi Muhammad S.A.W dekat Gua Hira' masa baginda nak berhijrah tu . Tapi kalau tak bersihkan sawang-sawang tu, rumah nampak bersepah . Pastu orang cop anak dara pemalas ! Ha ? 


Aku tak nak letak gambar labah-labah, sebab aku geli sebenarnya . Hehe . Macam Ronald Weasley dalam cerita Harry Potter pulak . Tapi cicak pun aku geli .

Apa yang patut dilakukan ? Cicak tak pulak aku bunuh, sebab aku tak reti guna lastik getah tu . 


Tapi cerita Spiderman dengan Cicakman aku tengok . :)


Ni malam Jumaat, dapat pahala tau kalau bunuh cicak, aku tahu pasal ni sebab tengok cerita Anak-anak Sidek masa kecik dulu .

hang out

Beronggeng !

19:27

Sudah lama aku menghilang . Maafkan aku ini yang kakinya liat untuk balik ke rumah . Dalam masa 4 hari aku jelajah Terengganu 7 daerah dijejaki . Bermula daripada bumi yang indah permai Besut ke Dungun, melalui Setiu dan transit di Kuala Terengganu terus melalui Marang sebelum tiba di Dungun . Tujuan yang utama adalah untuk bersua dengan rakan-rakan, sambil mengenali tempat orang .


Macam skema je ayat . Haha

hang out

01:28



Currently beronggeng . Lepas ni nak masuk gua, pergi bertapa, susah nak jumpa dah . Hang out kali terakhir kot . Padahal uni nanti dekat-dekat je kot, setakat nak pergi mid valley tu, tiap-tiap minggu pun boleh . Ngee :)


Choices are distraction

17:57

Syukur Alhamdulillah dapat dua tawaran setakat ni . Tapi bila ada dua susah la nak buat pilihan .

Sepupu aku masuk um kurus, sebab um banyak bukit, kalau aku masuk uni melayu badan boleh slim tak ? Satu pilihan lagi adalah gambang waterpark tu . Jadi yang mana yang terbaik ?

GAMBANG WATERPARK
kawan : ramai sangat yang dapat situ sekali dengan skandal2 aku pun ada
chances nak sambung medic : even dapat 4 flat pun, susah nak compete, sebab ramai yang dapat 4flat tu .
durasi : setahun
kawasan : dalam hutan, bagus untuk kesihatan :)

UNI MELAYU
kawan : berapa kerat la yang dapat sana, classmate aku tiga orang je kot .
chances nak sambung medic : result mesti tinggi, tapi aku ada masa lagi nak fikir nak pilih medical ke dental
durasi : setahun
kawasan : tengah bandar, udara tercemar, habis la duit aku shopping nanti . [book shopping spree !]

Pilih mana satu ? Tapi aku dari dulu tak nak masuk matrik setelah "dihasut" oleh cikgu-cikgu . Ngeee =p


Jadi saya mintak tolong la kamu-kamu yang berpengalaman memberi serba sedikit pandangan buat saya yang masih mentah ini . =)


Tapi saya mengharapkan MARA sudi membelanjakan wang untuk aku terbang merenas benua . Doakan saya ya ! :)

Bak kata Imam As Shafie dalam syairnya :

Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang
Pergilah kan kau dapatkan pengganti dari kerabat dan teman

nonsense ranting

dreaming is not a crime

19:05

Impian aku untuk ada sebuah rumah yang mempunyai ciri-ciri seperti ini :


1. Kecil
-Tak nak rumah besar-besar, tak larat nak kemas . Aku tak nak ada bibik atau maid, sebab nanti pahala jadi isteri kurang . Kisah Siti Fatimah, Nabi Muhammad tak bagi pun hamba dia dekat Siti Fatimah padahal hamba dia ramai sangat . Baginda cuma berpesan agar Siti Fatimah mengamalkan bacaan zikrullah ALLAHU AKBAR, SUBHANALLAH dan ALHAMDULILLAH sebanyak 33 kali sebelum tidur . 

2. Tak Sarat
-Rumah dah kecil, jadi tak boleh la nak perabot banyak-banyak nanti menyesakkan pandangan . Balik kerja otak serabut balik rumah tengok rumah yang serabut . Mencabar keimanan tu .

3. Dekat kampung
-Nak aman harmoni, kurang pencemaran . Kalau bangun pagi ada kabus best tu ! [teringat masa duduk Kuala Berang, hampir setiap hari bangun pagi ada kabus ]


Nak rumah macam ni . : )) Ni design sedia ada dalam The Sims 3 . Tapi aku suka sebab rumah ni atas bukit dan menghadap pantai . 
Photobucket


Rumah ni kecil dan comel .
Photobucket


Photobucket

Photobucket


Tak salah ada impian, tapi kita mestilah berusaha untuk capai impian tu . Impian tu akan menguatkan semangat untuk terus berusaha .

nonsense ranting

underdog wins respect

21:02

UNDERDOG ?

bawah anjing ?

Haha, makna sebenarnya adalah seorang yang tak dijangka akan menang dalam pertandingan atau konflik . Contohnya :

Kalau aku lawan badminton dengan Lee Chong Wei jadi akulah si "underdog" . Orang mesti cakap gilalah nak lawan Lee Chong Wei juara dunia tu .

Tapi pernah dengar tak "Underdog win respect" ?

First time aku tengok ayat ni masa baca surat khabar new strait times, aku buat rajin baca sebab ada gambar aku je, [oh tengah riak sekarang, bagi can la ye. hehe ]

Photobucket

Semalam aku terjumpa lagi perkataan ni dalam novel karya A. Fuadi, Ranah 3 Warna tapi dalam frasa lain : the underdog can win .

Apa yang aku nak bagitahu hari ni adalah pasal keyakinan diri, jangan mudah rasa rendah diri dengan melihat orang lain lagi hebat daripada kita, dia dapat straight A + , kita dapat kurang daripada dia . Tapi tak semestinya nanti dia akan lebih berjaya daripada kita kan ? Cuba tengok la , orang-orang kaya tu, dulu pelajar terbaik sekolah ke ?

Tak kan ?

Believe in yourselves , you can do it ! Contohnya pergi interview, aku dapat A+ sikit je, orang lain dapat banyak tau ! Jadi tips berguna kalau nak pergi interview dekat tempat yang korang tahu memang ramai scorer kat situ : jangan tanya result dia, kalau tak korang akan down .

Padahal, kadang-kadang result diorang ni tak valid sangat, ye la malam sebelum exam, cikgu bagi soalan spot,  dia study soalan tu, dan hasilnya dia skor la dalam exam . Hakikatnya dia hafal je semua benda tu, lepas exam  semua dah lupa .

[aku tak maksudkan sesiapa, ini hanyalah contoh]

Tapi jangan pandang rendah pada orang lain, ok jom tengok satu vlog ni yang aku baru jumpa . English dia pun bagus .




Mesej hari ni adalah jangan rendah diri tak bertempat , dan jangan nilai orang sesuka hati je .

nonsense ranting

Kreativiti

18:25


Kerja yang memerlukan kreativiti macam penulis [skrip,novel,buku], pereka grafik dan interior designer pastinya bukan mudah . Orang sekarang lebih sukakan pada sesuatu yang segar dan lain daripada yang lain . Sebab tu aku tak nak jadi arkitek, sebab aku ni susah dapat idea sikit .

Jadi aku memilih doktor kerana lebih banyak kepada teori yang tetap . Lari dari masalah ? Kalau nak ikutkan kesibukan, sama je, kalau jadi arkitek lagi-lagi kerja dengan company cina atau mat salleh, keluar rumah pukul 7 pagi, 10 malam baru sampai rumah balik . 

Kalau gaji, arkitek lagi mahal, tapi arkitek kena beli baju banyak-banyak, doktor tak payah pakai baju cantik pun, sebab nanti kena cover dengan kot putih tu nanti. Pastu nanti kena darah ke apa ke . 

Tapi kalau nak jadi arkitek sangat la nanti aku design rumah sendiri aje . hehe

Aku tengah buat entri perbezaan antara arkitek dengan doktor ke ?

Sebenarnya dah lama janji dengan sahabat aku Amer Zahiruddin Zamri ni, nak design sebuah rumah untuk dia, dah dua buah rumah aku design tapi aku rasa rumah tu tak cantik . Susah kalau ada perfectionist trait dalam diri ni atau dalam kata lain cerewet, tapi tu la aku tak boleh bagi sesuatu dekat orang lain kalau aku rasa benda tu bukan yang terbaik . 

Sabar ye kawan . [nada minta simpati]

Jadi aku takda idea, aku pun main game ni jugak tapi guna rumah yang telah sedia ada dalam game tu . Aku tengok kebanyakan design rumah orang putih ni kan, mesti takde pagar . Korang rasa sebab apa ?

Mungkin kerana mereka percaya kepada jiran-jiran mereka dan mereka rasa kes kecurian jarang berlaku . Lagipun ada insuran, kalau kena curi dapat pampasan .

Aku tak ingat aku baca kat mana, tapi kalau pengalaman student-student dari Malaysia yang study di oversea, diorang boleh la tinggal handphone kat bangku kalau nak pergi main bola tu . Handphone bukan sebarangan tau! Blackberry....

Ada satu kisah dekat Australia, iphone sorang ni rosak, dia baru je beli beberapa hari yang lepas , pastu dia pergi la kedai tu balik, dia dapat yang baru tau ! Kalau kat Malaysia, once you buy can't be returned back .  : )


Oh, teringin nak rumah macam ni, nampak simple je, tapi design dia cantik .

Photobucket


Photobucket


Photobucket

nonsense ranting

langsir biji remia

20:52

sehari satu novel . =) Oh ! Aku diserang demam membaca, sehari satu novel, semalam dah habiskan Langsir Biji Remia karya Noor Suraya, sangat dekat di hati . Hari ni nak habiskan Vampire Academy : Frostbite . Dua muka lagi .

Photobucket


Sangat tersentuh dengan nilai keikhlasan dalam Langsir Biji Remia, sayang itu kerana Allah bukan kerana rupa paras, atau nilai-nilai lain, aku tersentuh .

Bila fikir balik bagus kahwin tanpa kenal siapa dia . Biar ibu bapa yang pilih sebab kita akan belajar untuk sayang dia kerana Allah bukan disebabkan penampilan dia, harta dia atau apa-apa je la .

Maaf entri kali ni mungkin jelik buat sesetengah pihak .

Seorang perempuan dengan paras rupa yang terbakar, dahulunya dia riak kerana memiliki wajah yang jelita, namun apabila nikmat itu ditarik dia rasa rendah diri . Tapi ada seorang lelaki yang ikhlas terima dia setelah dapat hidayah daripada ALLAH yang MAHA KUASA . Sedih tengok anak gadis yang cantik jelita yang tontonkan apa yang harus disembunyi .



Lagu ni selingan tapi best .

Syndrome malas untuk online menyerang akibat ditenggelami koleksi buku-buku . =)


p/s : nak tengok mingguan malaysia hari ni, sebab sahabat aku Farihah Reza masuk paper .

Farihah yang tudung coklat tu, gambar ni masa annual dinner, dia rasa tak confident pakai shawl sebab tu first time dia pakai, dah la malam tu dia main keyboard . Aku tak pernah pakai shawl tapi dia berani cuba . Dia ni baik hati, rasanya takde kot orang yang benci dia, tapi aku ada la jealous dekat dia sebab selalu dapat no 1 . hehe

Farihah ni ayu, tapi tegas, sebab tu boleh jadi Naib Presiden BWP .

Farihah yang cantik kat sebelah tu . Gambar ni masa hari daftar kat UIA, dia dapat biasiswa Skim Pelajar Cemerlang (SPC) . Pandai sangat, dua kali dapat 4Flat . Pastu SPM hari tu dapat 11A+, bukan 9 tapi 11 !