JAKUN itu aku .

10:43

Dalam masa 24 jam aku belajar tiga jenis pengangkutan awam yang ada kat muka bumi malaysia ni. Gara-gara nak menunaikan wish ke 11 daripada 18 Wishes tu, aku pergi la jugak ke bandar berlumpur tu dengan tabahnya seorang diri buat pertama kalinya . 

Demi shopping spree yang dirancang aku jadi berani, biarpun cuak gila .

Photobucket
book shopping spree . ngee : ))


Perancangan dibuat tapi itulah, kita hanya mampu merancang hanya Allah yang mampu menentukan . Dari nak pergi dekat seminggu jadi pergi sehari je . Interview la pulak . Jadi tukar plan .

Apa yang jakunnya ? Naik public transport la jakun sikit, sebab selama ni parents aku memang tak bagi bukan sebab apa, sebab tak harap langsung dekat aku . 

1. Bas 

Naik bas sorang-sorang ? First time masa nak pergi ambil result SPM hari tu naik sorang-sorang tapi pergi bandar Kuala Terengganu je bukan mana pun . Jadi aku pun naik la bas pergi KL malam Rabu hari tu . Yang bengangnya, tiket pukul 9.30 malam, tapi 10 malam lebih baru sampai . Tepi laki belakang laki, semuanya berdengkur . Haha, nasib badan, nasib baik boleh tidur jugak . Sampai Putra pukul 5.30 pagi, kalaulah bookfair tu pukul 7 dah start aku tunggu je . Gaya overexcited .Teeheee 

2. KTM Komuter

Aku pun tak tahu la, LRT, monorel, banyak sangat . Tapi yang aku tahu kalau warna biru yang atas tanah tu, Komuter, yang monorel tu merah, LRT tu atas langit . Hehe. Ni pun naik dengan sepupu aku, pernah je naik dengan parents, tapi aku tak ambil tahu pun tiketnya kat mana , main ikut je . Tapi aku tak tahu nak beli tiket kat mana sebab pakai kad Touch & Go je . Kalau  budak-budak area KL , Selangor mesti fasih benda alah ni nye la . Tapi aku hanyalah budak kampung .

3. Gergasi merah made of duralumin 

Last aku naik masa umur berapa entah, tiga tahun kot, dan aku tak ingat apa-apa . Jadi semalam aku naik sorang-sorang, dengan jakunnya, aku buat-buat tahu je la . Main pandai-pandai je . Dah la abang steward tu baik dengan aku, walaupun muka dia tak hensem, tapi dia suka senyum. HAHA [padahal memang dia kena buat baik pun. Dah itu kerja dia .=p ] Dah la macam kelakar pulak masa turun tu, ada mat salleh jalan laju gila, aku pun jalan laju jugak, tapi dia menang la . Man ! Kaki dia panjang, kalah la aku kaki kecik nih .


Macam mak datin kota bahru pulak, pergi shopping dekat KL sehari je . =p

=======================================

Pasal book shopping spree tu, poket aku susut dengan cepatnya . Sampai tangan jadi merah-merah, angkut plastic bag yang sarat dengan buku-buku, pastu lengan ni sengal, macam buat cardio exercise pulak, tapi boleh tahan exercise la jugak round PWTC tu .

1. Karangkraf


Pergi karangkraf, aku borong novel ibu aku . Ada jumpa buku pasal phothoshop . Dua-dua aku rembat, tapi tak tahu bila la pulak aku nak jadi rajin nak bereksperimen dengan gambar-gambar tu . Hehe

Photobucket


2. Jemari Seni


Pastu pergi booth jemari seni ! Koleksi si manis 17 semua aku borong, dapat autograf Imaen dan Noor Suraya . Pasangan suami isteri ni memang baik . Semua novel yang aku cakap aku nak beli dekat Jemari Seni hari tu, Alhamdulillah dapat, cuma contengan jalanan aku belikan untuk aini, sebab ain dah belikan, hadiah birthday katanya . Ayong pula belikan Mencari Suami . Diskaun yang best sebab ada flyer Jemari Seni, terima kasih kepada sepupuku yang baik hati tolong carikan, dah la dia jadi tour guide aku, belanja makan lagi .

Photobucket


Photobucket


3. PTS Publication


Pastu jelajah dekat PTS publication, jumpa la buku Kuasa Kepimpinan Al Fateh , ada diskaun yang penting . Hehe . Tu untuk adik aku, tapi yang best jumpa Ranah Tiga Warna . Pernah baca karya A. Fuadi, Negeri 5 Menara ? Kalau nak baca Ranah Tiga Warna ni, sila baca Negeri 5 Menara dulu . Buku ni sesuai untuk yang nak jadi cikgu-cikgu dan juga yang nak jadi anak murid . Yang penting kisah ini mengajar kita mengenai keikhlasan . Dah lama cari buku tu, Alhamdulillah jumpa semalam .

Photobucket



Lepas tu pergi booth-booth yang random, banyak sangat publisher . Hehe . Nampak Ahmad Fedtri Yahya, cara bercakap fuh, memang mamat sastera la .

Dok tunggu Zain Bikha, kata pukul 3, tapi tak datang-datang, masa dah balik kot dia baru pergi . Adi Putra budak genius tu pun ada tunjuk pasal math, budak tu stylo . Haha, genius sungguh la, tapi dia nampak terlalu matang untuk budak umur macam dia, kesian dia tak rasa kot pengalaman panjat pokok yang best tu .

Cari buku English, masuk booth buku-buku lama, RM 10 je satu, buku yang koyak-koyak sikit, koyak pun boleh baca lagi la, tapi orang putih jugak yang duk situ, tengok kebanyakan remaja zaman sekarang banyak kat booth karangkraf lebih-lebih lagi bahagian majalah tu . Sedih jugak . Tapi nasib baik dekat booth PTS yang banyak buku agama tu ramai jugak orang tapi budak-budak sekolah agama je la ramai .

Naik tingkat atas tempat buku-buku ilmiah, kalau nak cari buku rujukan untuk universiti banyak la, kosong, takde orang . Aku jumpa la booth Penguin books, jumpa la buku percy jackson, tapi buat apa, semua dah ada . Jumpa buku Vampire Academy : Frostbite, lama dah cari tu . Ok dah ada dua buku Vampire Academy, jadi tinggal empat lagi, susah betul nak cari buku Mead ni .

Photobucket
wish ke 12 . =)



Malas nak cerita pasal interview . Hehe . Yang penting doakan la MARA baik hati nak taja aku fly ke UK ke . Dream High !

Photobucket


Photobucket


Sekarang banyak sangat buku nak baca ! Jadi cuti ini dapat digunakan sebaiknya . =)






You Might Also Like

8 comments