Edisi Jenayah

21:38

Hari ni aku ingin lakukan pembongkaran esklusif bagi tontonan anda semua . Aku di Sekolah Kampung Pauh ni nampak je baik [baik ke ?] tapi selalu buat benda jahat . Haha .


1. Handphone

-Kalau batch aku ni standard la bawak handphone, cikgu pun tahu . Tapi kitorang sembunyi la jugak . Cuma certain cikgu je yang tahu . Tapi kami elakkan daripada Sir Nizam, Ustaz K dan Cikgu Ferdawos .

-Aku ada satu cerita, aku seludup handphone, sembunyi dalam teddy bear . Memang orang tak sangka la kot . Satu malam ada fire drill, aku letak je la dalam teddy bear tu . Pastu, bilik aku K5 , pintu tu ada masalah, tak boleh tutup kuat-kuat kalau tak terkunci . 

-Tapi masalahnya, dalam keadaan mamai roomate aku tertutup la dengan kuat . Jadi pada pukul 2 pagi itu kami tak boleh masuk bilik la lepas fire drill tu . Jadi panggil warden . Ramai tau warden yang datang : Ustaz K , Sir Nizam , Tc Il, Tc Nisa, Tc Anis aku pun dah tak ingat siapa . Pastu duduk la tendang-tendang pintu macam-macam skill la ada . Pintu berjaya dibuka . 

-Yes ! Tapi, Sir Nizam masuk bilik aku, dia baring pastu terus peluk teddy bear aku . Aku cuak dah takut dia terjumpa handphone tu . Aku rasa lama gila waktu masa tu . Dup ! Dap ! Dup ! Dap ! Nasib baik dia tak jumpa . Pastu semua warden balik . Padahal handphone roomate aku pun ada jugak bawah bantal dia . Hehehe . Rezeki kami masih ada .


2. Prep 

- Pernah ponteng prep ? Aku selalu la jugak . Nak dekat exam lagi banyak ponteng . Tapi setakat ni aku tak pernah tertangkap la . Sebab orang lain selalu je tertangkap . Ye la, dah ponteng prep masa hari baru habis exam, memang masa tu warden selalu spot check la .

-Orang ponteng la masa minggu exam, sebab warden biasa assume kita mesti pergi prep punya la nak study sebab esok exam . Ada sekali tu lepas Final Sem 2 kot, ramai gila takde kat kelas, aku ada kat kelas la masa tu, bila balik je, tengok ramai orang kat Dewan Selera (DS) sebab kena tahan tak pergi prep . Ada sekali tu cikgu suruh budak-budak ponteng prep ni duduk bersila memanjang dari Pusat Sumber Pembelajaran (PSP) sampai ke foyer Jabatan Matematik . Dah la tengah panas, kesian kena study kat situ, tapi best tau ! Sebab kena duduk berhadapan dengan laki, macam dating gitu [mode gatal] .






-pergi prep tapi tak prep pun, main rubic cube lagi . 

-pergi prep dan tidur

-pergi prep dan merayap





3. Surau 
-Peraturan Sekolah Kampung Pauh ni, kalau sembahyang jemaah kepada perempuan 

waktu Subuh, Magrib dan Isya' wajib solat berjemaah di surau
waktu Zuhur dan Asar digalakkan

-Tapi kitorang kalau perkataan digalakkan tu biasa tak buat la .

-Kenangan Surau aku banyak, ada satu pagi subuh yang nyaman tu, liat sangat nak bangun . Jadi aku terlewat la dua minit dari pukul 6 pagi . Jadi aku tetap pergi surau, Ustaz pun hari tu tetiba datang mood dia nak kunci pintu surau tu . Orang dah start sembahyang kat dalam, aku kat luar, takkan nak balik, tapi ada je yang balik . Aku dengan seorang rakan [tak nak sebut nama ] pun sembahyang je la kat luar pintu tu, dapat jugak pahala berjemaah tapi hati tak tenang gila . Siap sembunyi dari Ustaz lagi . Pastu orang buka pinu, kitorang pun masuk je la buat muka bodoh tapi sembunyi lagi . Sebab memang check kedatangan pun pagi-pagi .

-Ustaz mesti datang blok hon kereta dia suruh pergi surau takpun pakai motor dia, waktu Subuh dan Maghrib . Kadang-kadang waktu Subuh dia siap datang dengan rotan dia lagi ketuk-ketuk pintu bilik . Pastu kalau period mesti kena sakat dekat dia . Tapi kadang-kadang aku jahat jugak, sebab aku rapat dengan ustaz , selalu la jugak pergi rumah dia . Pastu kadang-kadang dia hantar balik ke asrama naik kereta dia, pastu kitorang yang duduk dalam kereta ni, " Ustaz ! Hon ! Hon lagi ! "

4. Roll Call

-Roll Call ni macam perhimpunan la jugak , setiap pagi kecuali pagi Sabtu . Tapi perhimpuan mingguan setiap petang ahad . Sekolah pertama aku pergi perhimpuan petang-petang .

-Buat apa masa roll call ?
  1. Baca Al Fatihah
  2. Baca Asma al Husna
  3. Nyanyi : sangat banyak pilihan lagu untuk dinyanyikan, ikut suka mc la nk hentam lagu apa, kitorang nyanyi je la, yang famous lagu warisan .
  4. Speech : Nama korang akan dipilih secara cabutan . Pastu memang ada tajuk la every week . Tapi aku tak pernah kena . Hehe .
  5. Pengumuman : Cikgu-cikgu nak cakap, siapa-siapa nak cakap pun boleh, biasanya Mr Pres la .
  6. Baca Doa .
  7. Habis, masuk kelas
-Kenangan masa roll call, kena lari keliling semua orang sebab datang lambat, padahal tak lambat dah, tapi roll call start awal daripada kebiasaaan . Buat muka tak tahu malu gila masa tu . Kisahnya disebabkan aku puasa hari tu, jadi malas la nak pergi awal-awal . Loceng roll call baru je bunyi [Kat sekolah ni ada bunyi siren menandakan waktu bangun subuh, roll call, rex, dan macam-macam lagi ] Jadi aku terlambat la, hari tu Ustaz K bertugas . Kamceng dengan dia pun tapi kalau bab disiplin tiada tolak ansur, jadi berjogging la aku pada pagi yang berkabus itu mengilingi orang ramai . Serious, memang cergas gila, sampai tak tidur pun dalam kelas .

5. Makan dalam Kelas

-Aku ni jenis yang cepat lapar, jadi memang selalu la bawak makanan, biasanya biskut la . Sebab tu la aku chubby sangat kot, sebab biskut ni tinggi kalorinya . Lebih baik makan nasi dari makan biskut . Pastu bawak air kotak jugak . Gula-gula satu bekas tupperware . Dah la duduk grouping, lagi syok makan . Ada cikgu tak suka anak murid makan dalam kelas . Tapi kadang-kadang perut pedih sangat aku makan la sembunyi-sembunyi . Rasa berdosa pun ada . Tapi dah mintak maaf dah . Hehe .

-Ada cikgu boleh je makan dalam kelas , siap makan sekali pun ada .

6. Tidur dalam kelas

-Siapa tak pernah tidur dalam kelas ? Memang salute la, aku biasanya bila dah masuk pukul 1 tengahari, mata dah layu dah . Mulalah cari tukang urut, cari gula-gula, pelbagai jenis cara digunakan untuk elakkan daripada tertidur, tapi kadang-kadang surrender jugak .

-Tapi ada satu hari tu, aku tidur je, cikgu tak nampak pun aku tidur, aku duduk statik menegak, sebab duduk grouping jadi aku tak menghadap cikgu, masa tu discussion soalan trial rasanya . Aku pun tidur je la, padahal depan aku lelaki, tapi biasa la, bila dah kamceng tak tahu malu pun . hehe =p . Nasib baik tak tertangkap, masa tu Cikgu Mariana, cikgu fizik aku tengah mengajar, dah la dia pantang orang tidur dalam kelas . Berani mati gila .

-Ada satu kisah, masa Bahasa Malaysia, aku mengantuk sebab malam sebelum tu aku tidur lewat . Dah la hari tu cikgu nak ajar rumusan, kira macam refresh la sebelum trial, tapi cikgu BM aku memang tak kisah sangat student dia tidur, tapi tu la Allah balas cepat, aku tidur masa dia ajar rumusan . Hasilnya bahagian rumusan aku masa trial hari tu, dapat markah rendah sangat . Nasib baik karangan ok, boleh la jugak nak cover, tapi memang rendah la markah BM masa tu, nasib baik tak dapat B je . Memang aku tak tidur dah lepas tu dalam kelas dia .

7. Fly


-keluar tanpa kad outing tu kira fly la kan . hehe Sejarah fly aku banyak, siang ada, malam ada . Tapi kebanyakannya naik kereta .


  1. Fly dengan Cikgu Rohaidah, cikgu add math aku yang baik hati . Masa tu hari nak pulang bermalam sebab sekolah aku jadi tuan rumah Minggu Bahasa #### Semalaysia . Jadi memang tak belajar la hari tu, semua orang sibuk buat persiapan minggu bahasa . Aku ni kaki lepak, aku lepak la dekat Jabatan Matematik . Cikgu pun tiba-tiba, jom keluar ! Hah ? Masa tu pukul 10 pagi kot . Aku pun ikut la dia keluar sebab dia ada urusan . Dah la selamba  je senyum dekat Pak Guard tu .
  2. Fly dengan Ustaz K, warden tuh . Haha, aku dengan Ayong saje je hantar Teacher Ruby, kaunselor kitorang pergi dekat kereta, Teacher Ruby ni isteri Ustaz K, pastu macam mana entah boleh naik kereta Ustaz, masa tu pukul 5, diorang nak ambil anak-anak diorang Muaz [Muaz Haikal] dan Anam [Khairul Anam] . Pastu kitorang pun ikut je la . Hehe
  3. Keluar pergi pasar malam dengan Imran, Hilmi dan Afif . Aku sorang perempuan . Haha . Sebenarnya masa tu baru balik dari Grading Taekwondo, kitorang kena temankan adik-adik yang nak Grading, supervisor la sebab dah dapat blackbelt . Pastu kitorang suruh budak-budak ni balik dulu . Jahat sangat rasa . =p . Mula-mula, jalan je dari SK Seri Berang tu, pastu Sir Karim, cikgu taekwondo kitorang tumpangkan sampai bandar Kuala Berang . Hari tu hari Jumaat, ada pasar malam la . Pastu seludup makanan pasar malam dalam beg aku sebab tak nak bagi budak-budak lain nampak . Dah la sampai dalam pukul 7 . Masa tu Ustaz K tengah mengamuk kot dekat Dewan Selera . 
  4. Keluar dengan Tc Nik Hasrawati, ni Tikah yang ajak, patutnya budak-budak homeroom dia, tapi ramai yang sibuk, pastu dia ajak la Ayong, Ceti dan Aku . Sepatutnya nak melawat Teacher Tini yang baru bersalin, tapi sebab apa entah, kitorang pergi pekan Kuala Berang je la .
  5. Fly dengan Teacher Il, ni paling banyak, sebab aku kamceng dengan Teacher Il kot. Dah la, senang-senang je mesej Tc Il, "tcer, boring la, jom keluar" .  
  • Keluar beli barang dapur rumah Teacher Il, pergi DM, first time pergi sana, pastu seharian duk lepak rumah dia, tengok tv, online, kemas rumah, masak , macam-macam la .
  • Pergi makan kat Restoran Selasih, pastu pergi rumah Daddy Ja'a

8. MP3

-Aku selalu buat kerja jahat seludup MP3 pergi assembly .

-Pergi prep dengar MP3 kuat-kuat pun selalu, padahal tak boleh bawak MP3 pergi prep . Hari tu nasib baik tak kantoi dengan Teacher Fauziah, aku tengah lukis dorsal root . Dia tanya, awak tengah lukis apa tu ? Aku tak dengar nasib baik, groupmate aku bagi hint, kalau tak kantoi . Dah la kelas tengah senyap .

p/s : esok interview yayasan terengganu .

You Might Also Like

4 comments