Allergi

22:07

Orang kata jangan nilai luaran orang je, "don't judge the book by its cover" , tapi aku memang pantang, alergi, tak boleh blah dengan lelaki-lelaki yang mempunyai kriteria macam ni :



1. Pakai Subang, Rantai dan Gelang .

Photobucket
Photobucket

Nak tiru perempuan ke ? Pakai benda-benda alah tu . Aku pun tak pakai . Ish !! Yang pakai subang tu, nampak macam gay pun ada . Rantai ? Nak buat apa ? Ke pakai tangkal ? Ish3 ! Khurafat ! Kalau nak kata wristband tu bukan gelang memang la tapi nampak macam tak berjenis la .


2. Hisap rokok
Nampak sangat dia belajar sains dulu-dulu tak reti nak aplikasi, nampak sangat jenis keras kepala . Bukan dah belajar ke benda tu boleh bunuh orang, kat kotak rokok tu bukan main banyak iklan kesan-kesan merokok tapi tak insaf langsung . Apa ingat macho sangat ke ? Kalau dia hisap rokok tu dia je dapat kesan buruk takpe, ni tak orang sekitar pun kena, dasar penting diri .



3. Kuku panjang

Kalau kuku panjang ni boleh panggil pemalas . Malas nak potong kuku ke ? Satu lagi, mesti pengotor . Mesti banyak kuman , eewww ... gross . Nak makan tu tangan entah cuci ke tak, sentuh sana, sentuh sini . 

4. Gigi Kotor

Sejak aku kerja kat klinik gigi, mesti aku tengok gigi orang . Haha, jadi nasihat aku, kepada siapa-siapa kalau tahu nak jumpa doktor gigi [nak dating ke ] make sure gigi tu berus elok-elok . Kalau gigi yang kuning tu lagi-lagi kalau yang merokok tu mesti hitam punyalah . Geli !! Gambar tu contoh orang yang tak reti jaga gigi, habis cavity, gigi lubang-lubang . Mesti mulut dia bau busuk sangat .



Kalau muka hensem tapi ada salah satu ciri ni, memang aku anti la . Nak mengaku kawan pun tak kot . Aku tau aku bukannya miss universe nak pilih-pilih , tapi perasaan tak selesa tu tetap akan ada bila jumpa orang macam ni . . 

Maaf kalu entri ini menyebabkan sesetengah pihak tidak selesa . [suka hati aku la nak tulis pape pun !! =p]






You Might Also Like

2 comments