nonsense ranting

JAKUN itu aku .

10:43

Dalam masa 24 jam aku belajar tiga jenis pengangkutan awam yang ada kat muka bumi malaysia ni. Gara-gara nak menunaikan wish ke 11 daripada 18 Wishes tu, aku pergi la jugak ke bandar berlumpur tu dengan tabahnya seorang diri buat pertama kalinya . 

Demi shopping spree yang dirancang aku jadi berani, biarpun cuak gila .

Photobucket
book shopping spree . ngee : ))


Perancangan dibuat tapi itulah, kita hanya mampu merancang hanya Allah yang mampu menentukan . Dari nak pergi dekat seminggu jadi pergi sehari je . Interview la pulak . Jadi tukar plan .

Apa yang jakunnya ? Naik public transport la jakun sikit, sebab selama ni parents aku memang tak bagi bukan sebab apa, sebab tak harap langsung dekat aku . 

1. Bas 

Naik bas sorang-sorang ? First time masa nak pergi ambil result SPM hari tu naik sorang-sorang tapi pergi bandar Kuala Terengganu je bukan mana pun . Jadi aku pun naik la bas pergi KL malam Rabu hari tu . Yang bengangnya, tiket pukul 9.30 malam, tapi 10 malam lebih baru sampai . Tepi laki belakang laki, semuanya berdengkur . Haha, nasib badan, nasib baik boleh tidur jugak . Sampai Putra pukul 5.30 pagi, kalaulah bookfair tu pukul 7 dah start aku tunggu je . Gaya overexcited .Teeheee 

2. KTM Komuter

Aku pun tak tahu la, LRT, monorel, banyak sangat . Tapi yang aku tahu kalau warna biru yang atas tanah tu, Komuter, yang monorel tu merah, LRT tu atas langit . Hehe. Ni pun naik dengan sepupu aku, pernah je naik dengan parents, tapi aku tak ambil tahu pun tiketnya kat mana , main ikut je . Tapi aku tak tahu nak beli tiket kat mana sebab pakai kad Touch & Go je . Kalau  budak-budak area KL , Selangor mesti fasih benda alah ni nye la . Tapi aku hanyalah budak kampung .

3. Gergasi merah made of duralumin 

Last aku naik masa umur berapa entah, tiga tahun kot, dan aku tak ingat apa-apa . Jadi semalam aku naik sorang-sorang, dengan jakunnya, aku buat-buat tahu je la . Main pandai-pandai je . Dah la abang steward tu baik dengan aku, walaupun muka dia tak hensem, tapi dia suka senyum. HAHA [padahal memang dia kena buat baik pun. Dah itu kerja dia .=p ] Dah la macam kelakar pulak masa turun tu, ada mat salleh jalan laju gila, aku pun jalan laju jugak, tapi dia menang la . Man ! Kaki dia panjang, kalah la aku kaki kecik nih .


Macam mak datin kota bahru pulak, pergi shopping dekat KL sehari je . =p

=======================================

Pasal book shopping spree tu, poket aku susut dengan cepatnya . Sampai tangan jadi merah-merah, angkut plastic bag yang sarat dengan buku-buku, pastu lengan ni sengal, macam buat cardio exercise pulak, tapi boleh tahan exercise la jugak round PWTC tu .

1. Karangkraf


Pergi karangkraf, aku borong novel ibu aku . Ada jumpa buku pasal phothoshop . Dua-dua aku rembat, tapi tak tahu bila la pulak aku nak jadi rajin nak bereksperimen dengan gambar-gambar tu . Hehe

Photobucket


2. Jemari Seni


Pastu pergi booth jemari seni ! Koleksi si manis 17 semua aku borong, dapat autograf Imaen dan Noor Suraya . Pasangan suami isteri ni memang baik . Semua novel yang aku cakap aku nak beli dekat Jemari Seni hari tu, Alhamdulillah dapat, cuma contengan jalanan aku belikan untuk aini, sebab ain dah belikan, hadiah birthday katanya . Ayong pula belikan Mencari Suami . Diskaun yang best sebab ada flyer Jemari Seni, terima kasih kepada sepupuku yang baik hati tolong carikan, dah la dia jadi tour guide aku, belanja makan lagi .

Photobucket


Photobucket


3. PTS Publication


Pastu jelajah dekat PTS publication, jumpa la buku Kuasa Kepimpinan Al Fateh , ada diskaun yang penting . Hehe . Tu untuk adik aku, tapi yang best jumpa Ranah Tiga Warna . Pernah baca karya A. Fuadi, Negeri 5 Menara ? Kalau nak baca Ranah Tiga Warna ni, sila baca Negeri 5 Menara dulu . Buku ni sesuai untuk yang nak jadi cikgu-cikgu dan juga yang nak jadi anak murid . Yang penting kisah ini mengajar kita mengenai keikhlasan . Dah lama cari buku tu, Alhamdulillah jumpa semalam .

Photobucket



Lepas tu pergi booth-booth yang random, banyak sangat publisher . Hehe . Nampak Ahmad Fedtri Yahya, cara bercakap fuh, memang mamat sastera la .

Dok tunggu Zain Bikha, kata pukul 3, tapi tak datang-datang, masa dah balik kot dia baru pergi . Adi Putra budak genius tu pun ada tunjuk pasal math, budak tu stylo . Haha, genius sungguh la, tapi dia nampak terlalu matang untuk budak umur macam dia, kesian dia tak rasa kot pengalaman panjat pokok yang best tu .

Cari buku English, masuk booth buku-buku lama, RM 10 je satu, buku yang koyak-koyak sikit, koyak pun boleh baca lagi la, tapi orang putih jugak yang duk situ, tengok kebanyakan remaja zaman sekarang banyak kat booth karangkraf lebih-lebih lagi bahagian majalah tu . Sedih jugak . Tapi nasib baik dekat booth PTS yang banyak buku agama tu ramai jugak orang tapi budak-budak sekolah agama je la ramai .

Naik tingkat atas tempat buku-buku ilmiah, kalau nak cari buku rujukan untuk universiti banyak la, kosong, takde orang . Aku jumpa la booth Penguin books, jumpa la buku percy jackson, tapi buat apa, semua dah ada . Jumpa buku Vampire Academy : Frostbite, lama dah cari tu . Ok dah ada dua buku Vampire Academy, jadi tinggal empat lagi, susah betul nak cari buku Mead ni .

Photobucket
wish ke 12 . =)



Malas nak cerita pasal interview . Hehe . Yang penting doakan la MARA baik hati nak taja aku fly ke UK ke . Dream High !

Photobucket


Photobucket


Sekarang banyak sangat buku nak baca ! Jadi cuti ini dapat digunakan sebaiknya . =)






nonsense ranting

Edisi Jenayah

21:38

Hari ni aku ingin lakukan pembongkaran esklusif bagi tontonan anda semua . Aku di Sekolah Kampung Pauh ni nampak je baik [baik ke ?] tapi selalu buat benda jahat . Haha .

Nawal Aqilah Amir

11:17

Siapakah si comel ini ? She is my sissy !! Sejak bila aku ada adik perempuan ?


Nawal Aqilah Amir
Sejak aku dapat ahli homeroom, dalam sekelip mata je aku dapat adik perempuan yang ramai . Tujuh orang adik perempuan dengan dua orang adik lelaki, seorang abang dan seorang kakak . Macam mimpi je boleh ada abang dengan kakak .

Abang Long lepas pindah dah lost contact . Hmmmm ... Adik perempuan pun dah berkurang sebab LALA dah pindah jugak . Tapi lepas tu masuk pulak ALONG !

Tapi abang aku tu sombong, nasib baik dapat kakak yang baik . [Along , mesti hidung tengah kembang kan . HAHA ]

Hari ini kisah adik aku, Nawal Aqilah Amir sempena ulangtahun kelahirannya ke 18 . Yang peliknya semua adik beradik baru ni umur sama . Ngeeee . =)


Kami bersama-sama masuk SIR . Shopping Makanan banyak-banyak yang tak boleh tahan . Haha . Bilik dia atas bilik aku .

Nawal, aku, Sir Faisal, Iddy dan Su


Dia budak kelas arab, pandai arab. Budak debat or supposed to be debate, sebab dia masuk debat Bahasa Inggeris . Nak panggil minah salleh boleh kot, sebab IC dia 91 .kat tengah-tengah tu . [930425-91-####]

Dia duduk Damansara, jauh ! Tak tahu bila boleh jumpa lagi .

Pastu body dia sangat lentur, boleh buat split . Jeaolus tau, aku tak boleh split . Dia ni budak silat, so hati-hati sikit kalau nak kacau dia , Hehe .

Sekarang dia kerja kat Popular Bookstore, branch mana tak sure . Banyak duit masuk ! [Sila belanja saya lepas nih . hehe ]

Kitorang satu homeroom . Homeroom bonding kitorang kuat dengan daddy yang sempoi, anak-anak yang hebat-hebat . Hehe . Tak caya homeroom kitorang hebat ? Dalam tahun 2010, every sem ada je yang dapat 4 flat . Pastu homeroom ni ramai artist . Hehe .



Dari kiri ,

ROSSA QBER , Ilah

DORAEMON yang comel, Dila

Lily yang suara buluh perindu

Syed yang HEBAT

Daddy yang SEMPOI

QBER IDOL, Hamizan

Drama Queen, Uae yang FAMOUS

Along yang GEMPAK

AKU yang ?

PINGU yang PINTAR, Fizah

NAWAL yang BIRTHDAY GIRL !!


Entri ni patutnya cerita pasal NAWAL je, tapi dah melalut pada homeroom pulak . Blame me who easily distracted .


Kitorang sama-sama dalam organize Annual Dinner, hadiah-hadiah tu semua tanggungjawab dia la . Dia ni Setiausaha ALK. Orang besar no dua la dalam Ahli Lembaga Koperasi [ALK] . Best tau jadi ALK lagi-lagi Majlis Tertinggi [MT] sebab dapat gaji seratus satu sesi .


HAPPY BIRTHDAY dear NAWAL !!!
Photobucket

nonsense ranting

Mencari Suami

19:43

INI ENTRI GEDIK .

Cari suami ? Aku ni macam dah gatal nak kahwin pulak . Tapi memang gatal pun . Fikir-fikir balik umur baru 18 tahun . Kalau ikut perancangan, [awal merancang tu ! =p ] aku nak kahwin masa umur dah 27 tahun kot . Dah nak jadi andartu tu . Tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan . Sebab ikut plan macam ni,


Belajar !

1. Foundation / A-level / International Baccalaureate (1.5 to 2 years)
2011 - 2012

2. Medical Degree (5 years at least )
2013-2017

3. Housemanship / Internship (2 years)
2018-2019

4. Buat master dalam obgyn kot .. [?????????]
2020
Sudah 27 tahun !!


Tu perancangan kasar masa buat folio kerjaya je . Tapi mak bapak aku memang tak kasi kahwin masa belajar  . 

Pasal apa aku dok melalut pasal kahwin nih ? Sebenarnya mencari suami tu tajuk buku la . Buku terbitan Jemari Seni hasil nukilan Syud . My best friend bought that as my birthday present . YEEHA !!!  Tak sabar den nunggu . Hehe



Sahabat saya sorang ini bernama Anis Syafiqa binti Mohd Hilmi . Nama glamour RC stand for Ratu Cantik . Nama manja Ayong . Dia dengan sorang lagi bestfriend Ain Sakinah dah pergi KLIBF . Jealous weh !!! Tapi takpe ain pun belikan saya Contengan Jalanan . HAHA !!

Photobucket

Lain kali nak cerita pasal Ayong sebab pasal Ain dah cerita masa birthday dia hari tu . Kat ENTRI NI .

Lambatnya nak pergi KLIBF . Jadual minggu ni padat gila, rasa macam orang besar pulak .

AHAD [pagi tadi] = IQ test 

ISNIN = study ?

SELASA = Interview Yayasan Teremgganu

RABU = Interview MARA

KHAMIS = KLIBF !!!!  

Saya nak buat esei ! Tolong !

nonsense ranting

Favourites

10:47

Some of my favourites song . I love listening the cover than the original one .

1. Hold My Hand








2. Written in the stars







3. Prefect







4. Who says





Currently I'm preparing for the IQ TEST, interviews . The essay, current issues, resume the forms, and bla bla bla . AAAAAAARRRRGGGGHHHHHHHHH. So many things to take care of . They makes me crazy .


nonsense ranting

Allergi

22:07

Orang kata jangan nilai luaran orang je, "don't judge the book by its cover" , tapi aku memang pantang, alergi, tak boleh blah dengan lelaki-lelaki yang mempunyai kriteria macam ni :



1. Pakai Subang, Rantai dan Gelang .

Photobucket
Photobucket

Nak tiru perempuan ke ? Pakai benda-benda alah tu . Aku pun tak pakai . Ish !! Yang pakai subang tu, nampak macam gay pun ada . Rantai ? Nak buat apa ? Ke pakai tangkal ? Ish3 ! Khurafat ! Kalau nak kata wristband tu bukan gelang memang la tapi nampak macam tak berjenis la .


2. Hisap rokok
Nampak sangat dia belajar sains dulu-dulu tak reti nak aplikasi, nampak sangat jenis keras kepala . Bukan dah belajar ke benda tu boleh bunuh orang, kat kotak rokok tu bukan main banyak iklan kesan-kesan merokok tapi tak insaf langsung . Apa ingat macho sangat ke ? Kalau dia hisap rokok tu dia je dapat kesan buruk takpe, ni tak orang sekitar pun kena, dasar penting diri .



3. Kuku panjang

Kalau kuku panjang ni boleh panggil pemalas . Malas nak potong kuku ke ? Satu lagi, mesti pengotor . Mesti banyak kuman , eewww ... gross . Nak makan tu tangan entah cuci ke tak, sentuh sana, sentuh sini . 

4. Gigi Kotor

Sejak aku kerja kat klinik gigi, mesti aku tengok gigi orang . Haha, jadi nasihat aku, kepada siapa-siapa kalau tahu nak jumpa doktor gigi [nak dating ke ] make sure gigi tu berus elok-elok . Kalau gigi yang kuning tu lagi-lagi kalau yang merokok tu mesti hitam punyalah . Geli !! Gambar tu contoh orang yang tak reti jaga gigi, habis cavity, gigi lubang-lubang . Mesti mulut dia bau busuk sangat .



Kalau muka hensem tapi ada salah satu ciri ni, memang aku anti la . Nak mengaku kawan pun tak kot . Aku tau aku bukannya miss universe nak pilih-pilih , tapi perasaan tak selesa tu tetap akan ada bila jumpa orang macam ni . . 

Maaf kalu entri ini menyebabkan sesetengah pihak tidak selesa . [suka hati aku la nak tulis pape pun !! =p]






nonsense ranting

kecek ore putih deh .

17:57

Siapa tak faham angkat tangan ? Mungkin ada yang tak faham bahasa ni, bahaso klate . Saya mempunyai masalah warganegeri sekarang ye, dilahirkan di kelantan tapi lepas lahir sampai sekarang umur dah cecah 18 tahun duk dalam negeri terengganu je . Sekolah pun kat negeri terengganu je .

Al kisahnya disebabkan oleh Hospital Daerah Besut ni takde kemudahan untuk jalankan pembedahan caesaerean jadi terpaksa lah saya dilahirkan di HUSM Kubang Kerian . Gatal nak keluar ikut tingkap . Sebab tu la aku nak jadi obstetrician, sebab nampak sangat obstetrician tak cukup-cukup sampai sekarang sebab anak sepupu aku yang baru lahir awal bulan empat hari tu pun kena pergi HUSM jugak . Kesian tak dapat nak jadi warganegeri terengganu . 

Best tau jadi anak negeri terengganu . Banyok pitis . [pitis = duit ]

Sudah melalut jauh, padahal topik hari ni pasal SPEAKING .



====ENGLISH MODE=========


This morning I got this notification from the facebook ,

Photobucket

What was that ? Aha !

Photobucket

Who is Azimah Dollah ? Jeng ! Jeng ! Jeng !

She is my "cikgu-est-tak-jadi" . [Why "tak jadi" ? Because I move out from the school and don't sit for the subject in my SPM ] Sorry for using Manglish Languange here . I called her Madam Azie . Do visit her blog "Hope is the thing with feathers"


I was added to a group ,

Photobucket


Le' Best is the abbreviation for Lembah Bidong Elite School of Terengganu, the school where I finished my lower form study before move out to another school, Sekolah Kampong Pauh . 


So, I have found one place where I can improve my English by just sitting in front of the lappie . =)

1. Vocab Size 

Photobucket

2. Idioms

Photobucket
Photobucket














Photobucket

Photobucket

3. Sentence 
Photobucket

Photobucket


I did a mistake when I made a sentence without usage of any verb . So, Madam Azie was there correcting me . There she was a great teacher, always helping her student although i was officially not her student anymore .

Photobucket


Ahmad Muzakkir Mohamad = Mr K . Actually he is 18 but luckily was born on 1st of January, so he is studying tesl now .

Photobucket


Three of us are the SPM Leaver .

Photobucket


Luq Man : The a level student .
Amiru Azri : The CIMP student

There are differences from a spm leaver , a tesl teacher to be , an a level student , a CIMP [Canadian Matriculation Programme] student and of course a teacher . The ways of thinking are different . =)



New video from anwar hadi ,


I love the phrase "excessive tv watching" . So lets go watching any English movie or should I watch House ?

p/s : i really hate spongebob dubbed version . =p

nonsense ranting

interview season !

20:51

Kalau buka group batch mesti banyak post pasal interview . Sekarang ni musim interview gamaknya . JPA dah lepas, KPLSM dalam minggu ni, PETRONAS tak sure, MARA minggu depan dan banyak lagilah interview dari badan-badan yang rela untuk menaja . Biasalah, mula-mula exam, lepas tu result, then isi borang, interview pulak, pastu keluar result interview, kalau result bagus diterima alhamdulillah, kalau gagal pun alhamdulillah . He knows the best .Tapi dalam banyak-banyak interview tu, aku mintak MARA je . 

Tapi kebanyakan student tak tahu cita-cita sendiri . Aku pun pernah alami, nak jadi doktor ? Hidup sibuk sangat . Nak jadi arkitek, hidup sibuk jugak . Nak jadi cikgu ? Mak bapak tak bagi . Nak jadi bini orang kayalah . Siapa nak kat kau ?? Sheeesh . =p

Alhamdulillah, aku diberi petunjuk, nak jadi doktor, biarlah takde life pun, tapi kalau dah nak jadi sangat tak fikir dah sibuk ke tak sibuk . Ye la buat benda yang kita suka, kita tak rasa dah beban walaupun kena kerja 36 hours . Nak belajar susah, banyak syllabus nak kena hadam kan . 

Ini kisah aku bersama "cikgu" Bahasa Inggeris aku yang tak bergaji . [Sebenarnya dia tu sama umur je .]

1. Kenapa nak jadi ........................ ?

Photobucket

Photobucket
Jawapan macam mengarut dan grammar salah . =(


2. Bagaimana anda pasti anda suka kerja ini ?

Photobucket
Photobucket
Photobucket
3. Mara !!!
Photobucket
Photobucket
Photobucket
aku sure sengaja dia tulis insane . haha



4. Soalan yang tak tau nak jawab apa .
Photobucket

Photobucket
Photobucket


Nama dia Khairul Anwar bin Aznan tapi orang panggil Gdol . Sebab apa ? Sebab ramai yang cakap gaya dia macam wartawan tu, Mazidul Akmal kot nama dia . Tapi dia ni boleh jadi seorang yang sangat matang bila bercakap perkara-perkara yang serius dan boleh berperangai kebudak-budakan yang melebihi budak-budak bila datang mood dia nak jadi "gila-gila" .

Dia ni banyak berjasa la jugak . Selalu check esei aku . Tolong aku masa nak masuk SIR , tapi dia tak nak masuk, kalau tak sure boleh menang . Gaya pemikiran dia pun lain dari orang lain . Unik la .

Photobucket

Dulu dia cakap nak jadi chef, tapi sekarang dia dah nak jadi doktor . Semoga kita berjumpa di mana-mana hospital nanti . 
Walaupun aku tahu kau tak baca blog ni, tapi aku nak ucapkan TERIMA KASIH GDOL !!!! . 

p/s :Kalau kau baca sila komen hi ! . Hehehe

p/p/s : Any interview tips ?    S.O.S 


nonsense ranting

Glee Fever

10:02

Pernah tengok cerita glee tak ?








Dalam cerita ni diorang banyak cover lagu-lagu artist lain tapi dalam cara yang lagi segar dan ada kelainan . Okay, aku ambil satu contoh, lagu "Forget You" yang asalnya dinyanyikan oleh Cee Lo Green .





Kemudian lagu ini di"cover" oleh artis glee ini . [Sorry tak tahu ayat yang lebih tepat dalam bahasa melayu]







Selepas itu lagu itu menjadi popular kerana ramai artis cover youtube yang cover lagu tu . Antaranya ,



1. Jason Chen and Megan Nicole






2. Tiffany Alvord






3. Christina Grimmie





Check it Out ! 


p/s : takde idea nak tulis esei untuk interview . Otak dah lama tak berfikir untuk menulis esei, asyik tulis blog je . Hahaha

googling !

19:17

Kenapalah aku banyak sangat guna perkataan yang ada "ing" sekarang ? Semalam post status macam nih,

Photobucket


That was called as gerund . Malas nak cerita pasal gerund . Minggu ketiga tanam anggur, sekarang aku belajar jadi babysitter ! Bukan babysitter pun, tukang mandi bayi . Haha, ada ke kerja macam tu ? Disebabkan aku takde kerja dah, jadi aku tengok movie, main cityville, buat benda-benda pelik dan macam-macam lagi . Tak sedar ke interview tu minggu depan ??????? Nak failed lagi ke ?

Tapi aku nak cerita juga apa yang aku buat tadi, GOOGLE -ING ! Semuanya bermula apabila terlihat status ANDY .


Photobucket


Jadi aku pun godek-godek la Google tu atau aku panggil pak cik google sebab dia memang banyak berjasa dekat aku .


1. Google Sphere

Photobucket


Benda tu berpusing macam bumi berputar atas paksi tau , cantik .


2. Google Gravity

Photobucket

Semua benda jatuh sebab ada tarikan gravity .


3. Google Reverse / Google Mirror

Photobucket

Terbalik mengikut prinsip reflection . Tapi gambar google tu tak keluar .

4. Epic Google

Photobucket

Makin lama tulisan tu semakin besar . Excessive kan .


5. Rainbow Google

Photobucket

Warna - warni sangat . Sakit mata pun ada bila tengok lama - lama .


6. Google Loco

Photobucket

Tulisan Google Loco tu siap berjoget-joget lagi .


7. Annoying Google

Photobucket

Yang ni takde benda yang special pun .


8. Google Pacman

Photobucket

Dah lama tak main pacman . =)

Jadi kalau nak buat benda pelik macam aku pergi la melawat pak cik google


Mesti ada yang cakap, benda macam ni pun nal post . Macam takde benda lain yang aku nak tulis kan, suka hati akulah nak tulis apa pun . Terima kasih kepada yang sudi membaca entry bosan kali ini . =)